HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Jumaat, 2 Oktober 2009

MENJALA IKAN AIR TAWAR

@ tiblakedah.blogspot.com
Menjala ikan adalah satu aktiviti riadah yang menguntungkan. Disamping ikan yang diperolehi badan kita berpeluh kerana banyak berjalan dan banyak melakukan pergerakan badan dan tangan . Pekara yang paling menyeronokkan apabila jala yang kita tebar mendapat ikan.
Bayangkan bila jala ditebar terasa gegaran yang ikan telah terperangkap, kita tarik jala perlahan-lahan dan ikan pula terperangkap dalam jala kemudian kita naikkan. Hari hari minggu lepas pada 27 September 2009 sekitar jam 10 pagi bersamaan hari Ahad, saya dan abang ipar telah pergi menjala ikan di tepi sungai yang berhampiran dengan Kuala Nerang. Saya pilih kawasan di mana air sungai mengalir dengan pelahan di kawasan tepi sungai yang berbatu.

Banyak juga ikan-ikan kecil berlompatan disitu. Disinilah berhimpunnya ikan-ikan sungai haruan, keli, puyu dan sepat yang kami temui. Tentu tidak menghampakan ikan yang kami jala dapat kami tangkap. Saya mengangarkan ikan yang kami perolehi sekitar 10kilo. Kami behenti menjala dalam pukul 1.00 tengah hari, setelah hilang penat kami pun terus pulang membawa
hasil tangkapan yang kami perolehi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan