HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Ahad, 18 Oktober 2009

SEBIJAK-BIJAK MANUSIA

" Sebijak-bijak manusia ialah banyak ingatannya kepada kematian serta terbanyak persiapannya untuk menghadapi kematian itu. Mereka itulah orang-orang yang benar-benar bijak dan mereka akan pergi ke alam baqa dengan membawa kemuliaan dunia serta kemuliaan akhirat."
- (Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Ibnu Abiddunnya)

Semasa hidup di dunia ini, dengan mengingati mati itu seseorang itu akan dapat menjalani hidup di dunia ini dengan melakukan tugas-tugas yang di benarkan oleh Allah dengan tidak melalukan maksiat. Kenikmatan dan keseronokan dunia yang diperolehinya seperti kekayaan harta benda, tempat tinggal, pakaian , kemudahan makanan dan lain-lain yang meyeronok jika tidak bersandarkan kepada hukum-hukum Allah ia akan hanya melalaikan manusia daripada ingat kepada Allah swt, tetapi kenikmatan itu semuanya berakhir dengan kematian selepas nyawaya di cabut oleh Allah swt

Oleh itu kita hendaklah mengamalkan amal soleh serta membawa bekalan untuk akhirat.Jika kita sentiasa mengingati mati, kita akan sentiasa tabah akan menghadapi kedatangannya bila-bila masa, dan sekiranya kita di dalam taat kepada perintah Allah, saat kematian itu bagi kita merupakan saat yang amat bahagia , kerana saat itulah kita dapat bertemu dengan Allah swt.

Kenikmatan dunia yang tidak berpandukan kepada hokum Allah akan menjadikan seseoraag itu terlupa dari mengingati kematian. Bahkan ia ia akan lalai sama sekali dari mengingati mati dan adanya kehidupan yang kekal abadi di akhirat selepas kematiannya. Malahan orang yang tidak mengingati mati akan tidak takut mati dan berangapan akan terlepasa dari mati walaupun dia mungkin diberi peringatan mengenainya.

Oleh itu jauhuilah dari sifat lalai dari mengingati Allah, jangan melakukan maksiat, jauhilah kemegahan kekayaan duniawi, jangan mensia-siakan masa atau umur hidup semasa sihat dan masa yang diberi nikmat oleh Allah swt. dengan banyak berzikir kepadaNya.
(Sumber : Sedutan kefahaman dari kuliah Magrib Ustaz Ahmad Yahya – Sungai Durian 171009)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan