Para penyelidik mendapati sekumpulan kera berbulu perak di Indonesia mempunyai kemahiran untuk menangkap ikan dengan menggunakan tangan.
Kumpulan penyelidik Lembaga Amanah Pemuliharaan Alam Sekitar dan Monyet Besar yang menjalankan kajian di Kalimatan dan wilayah Sumatera Utara memerhati sebanyak empat kejadian kera menangkap ikan dalam tempoh lapan tahun.
Spesies itu diketahui sebagai haiwan yang memakan buah-buahan, ketam dan serangga tetapi penyelidik tidak pernah mengetahui bahawa ia mempunyai keupayaan menangkap ikan.
Penasihat kanan lembaga amanah itu, Erik Meijaard berkata, setakat ini masih tidak jelas mengapa kera itu menangkap ikan tetapi ia diketahui sebagai haiwan yang mampu beradaptasi dengan keadaan sekitarnya. Sebelum ini, kera-kera berkenaan diperhatikan menangkap ikan pada 2007 dan 1998.
Meijaard berkata, kera itu menangkap ikan mungkin kerana kekurangan makanan, kemarau yang menyebabkan air sungai menjadi cetek sehingga mudah menangkap ikan atau sumber makanan utamanya sudah dimusnahkan. - AP
(Sumber : Kosmo)

Peribahasa :
- Kera sumbang - Tidak suka bergaul dengan orang lain.
- Macam kera – Perangai atau tingkah laku yang buruk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan