HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Selasa, 6 Oktober 2009

PENANAMAN PADI CARA TRADISIONAL

@ tiblakedah.blogspot.com
Meskipun penggunaan kaedah tradisional seperti menggunakan kerbau untuk membajak sawah dapat mengurangkan kos operasi, namun ia dilihat tidak lagi sesuai untuk diamalkan oleh pesawah di negara ini yang menuju ke era transformasi. sistem penanaman padi moden dan melibatkan kawasan yang luas menyukarkan sebarang cadangan untuk menggalakkan petani kembali semula kepada kaedah lama termasuk menggunakan tenaga kerbau.
Akib koleksi tibla : 'Tenggala' - alat membajak sawah tradisional yang pernah digunakan oleh penduduk di Bukit Lala.
Keadaan ini pasti menyukarkan mereka untuk mengerjakan sawah, lebih-lebih lagi pada masa kita menuju ke arah mengeluarkan hasil padi 10 tan metrik sehektar serta mengamalkan sistem penanaman padi dua kali setahun. Kawasan sawah berskala besar bukan sahaja memerlukan penggunaan tenaga yang banyak, tetapi memerlukan kita berkerja dengan pantas
.

Kaedah mengusahakan padi di negara ini termasuk membajak dan menuai kembali dibuat mengikut cara tradisional bagi mengurangkan kos operasi ekoran kenaikan harga minyak pada masa ini. Di Thailand para petani kini mengubah cara membajak padi daripada menggunakan traktor kepada kaedah lama iaitu menggunakan kerbau berikutan kenaikan harga makanan dan minyak.


Walaupun negara itu mendapat manfaat daripada kenaikan harga beras, namun pesawah di timur lautnya, yang merupakan kawasan pengeluaran terbesar padi dunia, berpendapat kenaikan harga baja mendorong mereka menggunakan kerbau semula untuk membajak sawah. Bagaimanapun masih terdapat segelintir pesawah di negeri ini yang menggunakan kaedah tradisional untuk mengerjakan sawah terutama yang melibatkan keluasan yang kecil.

Para pesawah boleh digalakkan menggunakan kaedah tradisional jika mereka merasakan hasil yang mereka perolehi setimpal dengan pendekatan yang digunakan, tetapi mungkin ia tidak sesuai lagi pada masa kini ketika kita mengamalkan penanaman padi dua kali setahun.
Peribahasan : 'Serkap jarang' - Tuduhan yang dibuat secara agak-agak

Menangkap ikan menggunakan 'serkap' semasa membajak sawah dilakukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan