HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Khamis, 8 Oktober 2009

ATAP RUMBIA


@ tiblakedah.blogspot.com
Bukan semua orang yang tahu buat atap rumbia hari ini dengan sebab itu atap rumbia sukar untuk diperolehi. Di kawasan Sungai Durian Pokok Sena, masih ada orang kampung di sini yang membuat atap dari daun pokok rumbia yang mereka ambil berhampiran dengan kawasan lembah yang berhampiran dengn sawah padi.
Kebiasaannya mereka menggunakan parang yang agak besar untuk memotong dahan daun rumbia dan parang kedua agak kecil sedikit serta perlu tajam untuk merintis daun rumbia agar tidak rosak. Untuk memudahkan pengumpulan daun-daun rumbia yang telah dirintis ini, pancangan perlu dibuat dengan dahan daun rumbia supaya senang untuk dikumpulkan dan diangkat.

Bagi proses pembuatan atap rumbia, hanya tiga minit sahaja diperlukan untuk menyiapkan sebuah atap atau orang Kedah memanggilnya sebagai satu mengkawan. Apa yang diperlukan ialah buluh sebagai bahan asas dan batang bemban sebagai jarum merangkap benang untuk mencantum setiap daun rumbia yang dianyam. Untuk memudahkan kerja membuat atap kesemua bahan-bahan asas daun rumbia, kayu bemban dan buluh ada di sekitar kawasan rumah.

Kini sudah ramai orang berminat yang ingin menggunakan atap rumbia sebagai atap untuk mendirikan kedai-kedai makan atau pondok wakaf bagi mencantikkan kawasan rumah mereka. Kalau hendak diikutkan, atap rumbia ini boleh tahan sehingga 40 tahun selain ia juga boleh menyejukkan rumah.

Kalau hujan, rumah tidak akan dimasuki air, cuma pantangnya hanya satu iaitu api. Kalau mahu atap rumbia ini tahan lebih lama, selepas siap menjalinkannya ia perlu direndam dalam air selama seminggu, kemudian barulah dijemur hingga kering dan bolehlah digunakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan