HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Rabu, 30 September 2009

KEBUN DI PINGGIR HUTAN


@ tiblakedah.blogspot.com

Pada 7 Syawal 1430 bersamaa 26 September 2009, hari raya yang ke Tujuh saya isteri dan anak (Shukri) telah pergi melawat kebun getah tua yang tidak jauh dari rumah. Kami bertolak dari rumah pada jam 10pagi, perjalanan dengan motorsikal memakan masa kira-kira 15 minit dari rumah. Kami menggunakan dua buah motosikal, Shukri membonceng uminya. Jalan yang kami gunakan jalan tanah merah dan ada kalanya berlumpur.

Keadaan kebun boleh tahan, nak kata hutan bukan, nak kata kebun macam hutan , itulah kebun tua peninggalan orang tua untuk isteri saya. Keluasan tanah 1.6 hektar, yang cantiknya ada sedikit dusun buah-buahan, durian, rambutan dan dukung. Di samping itu ada anak sungai yang mengalir di dalam kawasan kebun kami, airnya cukup bersih dan sejuk. Orang Kedah panggil 'carok' kalau tidak silap saya.

Sekiranya anda berminat untuk keluarkan darah (bekam) boleh juga datang ke sini, ada lintah yang sedia menanti anda untuk menghisap darah anda, sekejap sahaja, sudah kenyang lintah pun tanggal. Memang seronok bila berada di sini, dengan udara yang segar dan menceriakan. Kami sempat ambil rebung buloh untuk dibuat gulai daging, pastinya enak. Rebungnya sangat manis dan lembut.

Kami sempat mandi dan melihat anak-anak ikan seluang bermain di kaki kami. Babi dan harimau tidak ada, mungkin belum berjumpa, kami taklah cari. Saya ada cadangan nak buat rumah atap bertiangkan kayu hutan, modal belum cukup.
Mana tahu sekiranya sahabat-sahabat yang ingin berubah angin untuk berehat dalam kawasan yang berdekatan hutan untuk menginginkan suasana kelainan di tempat lain, mungkin akan jadi kenyataan. Tunggulah, bila sudah siap nanti kami jemput anda datang.

Selasa, 29 September 2009

SAWAH PADI DISTINASI BARU CUTI REHAT

@ tiblakedah.blogspot.com
P
ernahkah anda membayangkan berada di sebuah rumah di tengah-tengah sawah padi yang menghijau sambil dibelai oleh tiupan angin sepoi-sepoi bahasa yang cukup mendamaikan jiwa. Tidak cukup dengan itu, anda juga dihidangkan dengan masakan kampung seperti masak lemak keladi, ikan puyu goreng berlada, ikan bakar bersama air asam dan juga ulam-ulaman segar.
Bayangkan pula anda bersantap di bawah pohon-pohon merimbun sambil melihat sawah padi yang terbentang luas dan dihiburkan pula dengan kicauan unggas. Sesekali kedengaran pula bunyi air berkocak apabila ikan-ikan di kolam melompat-lompat di gigi air. Pemandangan yang mengasyikkan dan kedamaian yang menanti anda ini bukan khayalan, sebaliknya boleh dinikmati jika anda berada di kawasan sawah padi di sekitar Pokok Sena Kedah.
Bagi warga kota yang tidak pernah merasai engalaman sebegitu, kini anda tidak perlu bayangkannya lagi, sebaliknya boleh merasainya sendiri. Kedamaian itu menanti anda hanya kira-kira 30 minit memandu dari tol Langgar Alor Setar.

Sekiranya ada masa datanglah ke kampong kami, pasti ada kelainan yang anda inginkan, luangkanlah bersama keluarga anda alamilah sendir. Jika anda fikirkan terlalu sibu dengan tugas, sampai bila pun kerja tidak akan selesai, pentingkan juga kesihatan diri anda dan keluarga, berehatlah sementara waktu

Isnin, 28 September 2009

JUS MATE5 - MENGURANGKAN BERAT BADAN


Pada 27 September 2009, Sahabat lama saya En. Radzi Ahmad yang berkerja di Lembaga Getah Malaysia telah datang ke rumah kami dengan keluarganya untuk berhari raya.
Melihat keadaan tubuh badan saya yang gemuk dan amat berbeza semasa berkerja dulu, beliau telah memperkenalkan jus Mate5 kepada saya. Pada hari itu saya dibawa En Radzi terus mendaftar sebagai ahli di pejabat HPM di Pekan Jitra yang terletak 20 km dari rumah kami.
Dengan bayaran RM450.00 saya telah diberi 3 kotak jus Mate5 dan secara langsung telah menjadi ahli seumur hidup. Untuk maklumat anda semua berat badan saya masa kini 139kg lihat gambar di sebelah.
Sama ada berjaya atau tidak tunggulah kesannya 1 hingga 3 bulan akan datang, saya akan beritahu anda semua tentang berat badan saya dapat dikurangan dalam jangka masa yang di tetapkan semoga ia menjadi kenyataan.
Hari pertama dan kedua yang saya alami setelah meminum jus Mate5.
  • Perut rasa selesa
  • Perut terasa kenyang dan keinginan untuk makan berlebihan kurang.
  • Pengambilan nasi yang sedikit sudah terasa kenyang.
Sila layari : HERBA PRIMA SDN. BHD.


Ahad, 27 September 2009

GYMNEMA KURANGKAN GULA DARAH

Makanan dan minuman manis sememangnya sedap dan menyelerakan, tetapi pernahkah anda terfikir tentang kandungan gula dalam hidangan atau minuman tersebut? Adakah anda sedar bahawa segelas (250 ml) air minuman berkarbonat mengandungi lebih kurang 25 gram gula? Bayangkan sekiranya anda mengambilnya lebih daripada satu hidangan sehari.

Apa yang turut membimbangkan adalah hasil kajian mendapati rakyat Malaysia secara puratanya mengambil gula melebihi 100 gram sehari berbanding saranan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hanya 50 gram sehari. Penyakit diabetes boleh berlaku pada sesiapa sahaja, tetapi obesiti atau berat badan berlebihan meningkatkan risiko penyakit diabetes jenis kedua. Faktor keturunan dan gaya hidup yang tidak sihat juga merupakan faktor risiko diabetes.

Jika anda mempunyai ahli keluarga yang menghidap diabetes, diet yang sihat dan senaman berterusan adalah disarankan untuk mengawal peningkatan paras gula. Penggunaan herba terpilih juga merupakan alternatif yang boleh dijadikan pilihan. Kajian ke atas herba Gymnema mendapati ia mengandungi asid gymnemic yang boleh mengurangkan penyerapan gula dari saluran penghadaman. Fenugreek (halba) pula membantu meningkatkan tindak balas tisu terhadap insulin serta memperbaiki metabolisme karbohidrat.

Berdasarkan kajian yang dibuat ke atas penghidap diabetes mendapati ia memberi kesan yang memberangsangkan untuk mengawal paras gula dalam darah. Permakanan yang seimbang dan pengambilan herba-herba tersebut didapati memberi kesan yang lebih baik untuk tubuh dan dapat menggurangkan berat badan.

PERCUTIAN KE PULAU PANGKOR

Kehidupan di bandar sememangnya memenatkan. Apa tidaknya masallah kesesakan lalulintas terpaksa dihadapi apabila pergi ke tempat kerja. Masa ke tempat kerja amatlah meletihkan dan membosankan. Ini adalah Sebagai ganjaran pada diri sendiri. Bercuti atau melancung ke pulau yang banyak terdapat di perairan negara ini kini menjadi trend bagi warga kota untuk menyegarkan fikiran akibat beban kerja.
Memang benar, pemandangan indah dan suasana damai di pulau adalah ‘spa’ terbaik untuk memulihkan semula semangat selepas sekian lama terperangkap dalam kesibukan. Namun kebebasan tanpa kerenah pejabat dan deringan telepon boleh membuatkan masa begitu pantas berlalu. Sehari dua di pulau sekadar cukup, tetapi tidak pernah memuaskan.
Untuk percutian yang lebih lama, kos pula perlu difikirkan. Tetapi bagi yang lebih mengutamakan masa berbanding keselesaan penginapan (mengikut taraf atau bintang), tempoh percutian pasti dianjak. Untuk percutian lebih lama, persinggahan ke Pulau Pangkor di Lumut Perak mungkin pilihan penginapan yang tepat.

Dari jeti Lumut , kita menaiki bot dan akan terus membawa kita ke Pulau Pangkor. Keindahan di Pulau ini yang bersih, redup dipenuhi pokok-pokok kelapa dan hutan rendang membuatkan hati tidak sabar untuk berehat melepaskan penat dilambung ombak seketika lalu.

Selain itu, tarikan yang terletak di pulau ini membuatkan kita ingin melanjutkan penginapan sehingga berminggu-minggu, terutama pelancong luar Negara. Keselesaan tinggal di situ juga dilengkapkan dengan pusat selam, Internet, kedai runcit, perkhidmatan dobi, pakej snorkeling dan juga aktiviti rekreasi lain.

Makan malam di restoran yang dikelilingi pokok dengan irama desiran ombak memberikan pengalaman yang cukup tenang dan menyeronokkan. Jika kita ingin bersiar di pulau ini kenderaan sewa disediakan, sama ada naik van secara berkumpulan, atau sewa motor secara bersendirian mengelilingi kawasan pulau, terpulang kepada anda. Yang pastinya ia dapat menjanjikan percutian yang terbaik buat keluarga anda.

Sabtu, 26 September 2009

PILIHLAH YANG TERBAIK

Pandu kereta mata mengantuk
Rehat sebentar jangan terlena
Kesilapan kawan jangan mengutuk
Elak pegaduhan cemar suasana

Hari Isnin tugas dimulai
Langkah longlai kampung diingati
Urusan pejabat hendailah didahului
Agar pelangan berpuas hati
Menyusur sungai raya di Desa
Desanya indah berbukit bukau
Jika khidmat diberi tidak selesa
Gaji yang diambil rasa berdosa
Pergi ke pantai ikut saudara
Sambil bersiar singgah beraya
Kerja banyak hendaklah mesra
Agar di dunia sentiasa berjaya

Pinjam kereta kawan yang punya
Balik sekeluarga di Seri Menanti
Kerja yang banyak ada hikmatnya
Pengalaman
diperolehi rezeki menanti

Buat ketupat daun palas
Beri kawan tunggu jeti
Kerja di dunia hendaklah iklas
Agar hidup sentiasa diRahmati

Jumaat, 25 September 2009

SELAMAT DATANG KE NEGERI KEDAH

Malaysia adalah salah sebuah negara yang tercantik di dunia. Dimana kebudayaan, alam semulajadi dan persekitarannya yang sungguh indah dan unik membuatkan pelancong mengaguminya. Hutan tropika, kejernihan air laut dengan pantainya yang landai dan sungainya yang sangat bersih jauh dari sebarang pencemaran.

Terdapat banyak tempat yang menarik di Malaysia untuk dilawati, di sini kami akan membawa anda untuk melawat Negeri Kedah sebagai destanasi pelancungan. Terdapat banyak kawasan dan tempat yang perlu anda kunjungi:-
Lokasi : Langkawi
Hutan Lipur Air Terjun Temurun terletak di Hutan Simpan Machinchang Langkawi. Sungai Temurun mempunyai air terjun yang menarik dengan ketinggian 30 meter, sesuai digunakan untuk bermandi-manda, berkelah dan berehat.

Hutan Lipur Gua Cerita, Langkawi terletak di Hutan Simpan Gua Cerita terdapat pelbagai ?ora dan fauna dari Hutan Bukit Pantai. Keunikan hutan lipur ini terdapat sebuah gua yang mempunyai legenda terdiri iaitu kononnya burung garuda menjadikan gua ini sebagai tempat bersembunyi Tuan Puteri Maharaja China dalam Hikayat Merong Mahawangsa.
Lokasi: Jitra
Hutan Lipur Bukit Wang terletak dalam Hutan Simpan Bukit Perangin yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Keistimewaan disini ialah terdapat sebatang sungai yang dinamakan Sungai Tosak mempunyai batu-batan yang unik. Hutan Lipur ini terdapat pelbagai fora dan fauna dari Hutan Dipterokarp Pamah.

Lokasi : Baling
Hutan Lipur Latar Bayu terletak dalam Hutan Simpan Rimba Teloi yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Hutan lipur ini juga dikenali sebagai Lata Asam Jawa. Keunikan hutan lipur ini ialah terdapat air terjun yang menarik setinggi 20 meter dan membentuk kolam semulajadi yang dikenali sebagai Lubok Lesung.
Lokasi : Kulim
Hutan Lipur Sungai Sedim berada dalam Hutan Simpan Gunung Inas yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Hutan lipur ini juga dikenali sebagai tapak perkelahan Di Raja Kedah. Sungai Sedim yang mengalir sepanjang 15 km yang berarus deras serta mempunyai beberapa buah jeram sesuai untuk aktiviti berkayak.
KEDAH SEDANG MEMBANGUN

Khamis, 24 September 2009

TENANG, ELAKKAN SIFAT MARAH

Tekanan atau stres berpunca daripada sifat semula jadi yang tidak stabil seperti terlalu inginkan kemenangan, bersikap terlalu mementingkan kesempurnaan, suka mendesak, risau keterlaluan, tidak mahu menerima teguran, bersangka buruk dan berdendam.

Bagi menghindarkan diri daripada keadaan ini, kita perlu menangani tekanan dengan bijak. Jika tidak boleh dihilangkan sepenuhnya, sekurang-kurangnya kita dapat mengawal perasaan tertekan dengan bijak.

Cabaran hidup sekarang mendedahkan kita kepada pelbagai bentuk tekanan dan cara menghadapinya banyak bergantung kepada ketahanan diri. Mereka yang berjaya menangani tekanan, akan berjaya menguruskan diri.

Hakikatnya, ujian tekanan adalah perkara lumrah selagi kita bergelar manusia. Ujian yang mendatang sama ada dalam bentuk yang kita suka atau sebaliknya ada kalanya menjadikan seseorang itu lebih kuat.

Namun, tidak kurang yang terjebak dalam perkara negatif kerana gagal menangani tekanan seperti bergantung hidup kepada pengaruh dadah, membiarkan diri tidak terurus serta meneruskan hidup dalam tekanan.

Antara punca tekanan ialah sifat semula jadi, terlalu mengharap yang terbaik, tidak dapat menerima teguran orang lain, cemburu dengan kejayaan orang lain, kerja yang membosankan dan pelbagai sebab lagi, bergantung kepada bagaimana seseorang itu melihat sesuatu keadaan.

Punca tekanan boleh dikenal pasti melalui perubahan emosi seperti cepat marah, mudah menangis dan sentiasa bersedih, kecewa, hampa, mudah mengamuk, prestasi merosot, kekeringan idea, sukar tidur dan hilang selera makan.

Untuk mengatasinya, berdoa adalah jalan terbaik sama ada selepas solat fardu atau sunat, adalah cara untuk memohon pertolongan dari Allah, Bangun solat sunat di tengah paling sesuai doa di mustajabkan oleh Allah. Jika sekiranya doa kita belum tertunai, janganlah berputus asa, lakukanlah berulang-ulang kerana masanya mungkin belum tiba. Doa melindungi kita daripada tekanan termasuk doa ketika berasa takut, doa memohon diselamatkan daripada bala dan doa ketika marah.

Tekanan mungkin tidak dapat dihilangkan sepenuhnya, tetapi hidup akan lebih mudah.Pekara yang paling penting hendaklah kita sentiasa bersabar dalam menghadapi musibah serta tekanan hidup di dunia ini demi mencapai kehidupan yang lebih bermakna di Dunia dan Akhirat.


“Hai anakku; usahakanlah dan jagalah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.”
(Nasihat Luqman Hakim)

Rabu, 23 September 2009

MENCARI KEBERKATAN DALAM HIDUP

Kebanyakan umat Islam kurang memahami erti keberkatan dalam hidup. Lantaran itu terdapat sesetengah daripada kita yang sentiasa berlumba-lumba untuk memiliki kekayaan tanpa menghiraukan halal atau haram. Kekayaan yang dimiliki secara haram atau tidak diredai oleh Allah, tidak akan membantu kita memperoleh keberkatan di dunia dan di akhirat.
Satu daripada ciri keberkatan ialah apabila kita mendapat ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Orang-orang miskin walaupun menderita dan sukar untuk mendapat sesuatu yang dihajati kemungkinan memperolehi kebahagiaan nurani di mana mereka mampu bersabar menghadapi dugaan tersebut. Kepenatan dan kegigihan mereka mencari nafkah hidup secara halal untuk menyara anak-anak dan ahli keluarga diberkati oleh Allah dengan pelbagai cara.
Keberkatan itu mungkin dipertonjolkan dalam bentuk kejayaan selepas mereka menempuh penderitaan hidup atau kejayaan anak-anak sama ada dalam pelajaran atau sebagainya. Islam mengajar umatnya supaya gigih mengharungi cabaran hidup di dunia dan memperkukuhkan kerohanian dengan keimanan. Jika kedua-dua unsur ini digabungkan dalam diri seseorang Muslim maka hidupnya akan sentiasa diberkati oleh Allah.

Selasa, 22 September 2009

HARI PERKELAHAN BERSAMA KELUARGA

HUTAN LIPUR PUNCAK JANING
Kawasan untuk melakukan aksi terjunan (batu atas sebelah kiri). Di belakan baju biru kawasan air dalam, jika tidak pandai berenang boleh mati lemas (Awas). Dari kiri Mohd Faiz, Penulis, belakan Mohd Shukri, Ahmad Sobri dan Mohd Firdaus, hari ini seorang remaja hampir lemas, dia sangka kawasan itu cetek nasib baik anak saya berada di situ dia terus menolaknya ke hadapan saya.
@tiblakedah.blogspot.com
Hutan Lipur Puncak Janing terletak di kawasan Kuala Nerang Kedah. Jaraknya dari Pekan Pokok Sena ialah sejauh 28km. Dari Pekan Kuala Nerang sila lihat papan tanda arah ke Ampangan Janing terus ke hadapan melalui jambatan dan terus ikut jalan yang diarahkan. Jarak dari Pekan ialah sejauh 14km.
Kami sampai ke Puncak Janim pada pukul 11.00 pagi. Setibanya di sini kami terus ke pondok rehat yang disediakan. Anak-anak kami menyediakan jamuan dan kami makan bersama keluarga. Selesai menjamu selera kami terus mandi sehingga hampir pukul 1.20 petang hari baru kami berangkat pulang.

Kami tiba di rumah dalam pukul 1.50 petang. Masa yang diambil dari rumah kami cuma 20 minit jika jalan yang dilalui tidak belaku kesesakan kenderaan berat yang melalui jalan Kuala Nerang untuk ke Durian Burung, (Kawasan Bebas Cukai yang baru) di Bukit Kayu Hitam.

Isnin, 21 September 2009

ELAK MINDA DARI DIBELENGGU

Pemandangan di Pulau Pangkor, Lumut, Perak
Semanis gula semut binasa
Kail berduri besalut umpan
Kehidupan rakyat haruslah selesa
Untuk kesejahteraan masa hadapan

Ku sangka aur di pinggir tebing
Tebingnya tinggi hanya sehasta
Hidup di dunia terumbag ambing
Jika hidup dipagari dusta

Seindah kata seindah wajah
Wajah manis penghias diri
Masa kempen bijak berhujah

Bila kecundang janganlah lari
Rambut hitam diselangi uban
Tanda awal penantian ditunggu
Kerana budi rakyat terkorban
Bantuan diberi untuk dibelenggu

Gambar diambil waktu matahari hampir terbenam berhampiran jeti di Lumut. Bawah gambar video perjalanan arah ke utara, Lumut arah distanasi.

Ahad, 20 September 2009

PERJUMPAAN KELUARGA AIDIL FITRI

Gambar beramai-ramai sempena 1 Syawal 1430 (20 Sep. 2009)
Di Teratak Impian Bukit Lala, telah diadakan satu perjumpaan keluarga sempena Aidilfitri, Keluarga di sebelah isteri. Keluarga yang berhimpun ialah keluarga Mohd Akhir, Majid, Syed Ismail dan keluarga kami.
Keluarga Suratman

Anak-anak kami

Sabtu, 19 September 2009

TEMAN SEJATI



Pergi ke kebun meyeberangi titi
Kebun redup dihiasi pelangi
Teman sejati perjuangan hidup dan mati
Kemenangan mutlak akan mengiringi

Rumah kecil dihiasi taman
Taman dibena sekadar menikmati
Perjuangan kebenaran sepanjanga zaman
Sejarah silam menjadi bukti

Selamat datang beramai-ramai bertugas di Bagan Pinang Negeri Sembilan, pada hari penamaan calun dan masa kempen dijalankan. Takbir.

Jumaat, 18 September 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Kepada : Muslimin dan Muslimat di mana saja berada dan tidak lupa juga buat kakitangan Lembaga Getah Malaysia.
Daripada : Kami sekeluarga, Kampung Bukit Lala, Pokok Sena, Kedah.
1 Syawal 1430

Khamis, 17 September 2009

HIDAYAH MU YA ALLAH

Ambil air menggunakan timba
Air dicedok sambil berdiri
Syawal ditunggu menjelang tiba
Kerajaan prihatin bonus diberi


Memancing ikan lalu Segari
Ikan yang dapat ikan tenggiri
Wang ringgit boleh dicari
Rosak iman hilang harga diri


Jalan pintas melalui titi
Sebelum sampai terpijak duri
Ilmu dan kekayaan tidak bererti
Tanpa hidayah menyesatkan diri


Balik kampung di waktu pagi
Kereta dipandu di sebelah kiri
Kawan karib sudah pun pergi
Kita yang hidup perlu mensyukuri


Keluar ke masjid di awal pagi
Jalan sungai melintas titi
Tibanya Syawal takbir diulangi
Kebesaran Allah perlu dihayati


"Hai anakku; orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari Allah. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari Allah juga."
(Nasihat Luqman Hakim)

Rabu, 16 September 2009

SETIAP PERMASALAHAAN ADA JALAN KELUAR

@ tiblakedah.blogspot.com
Keperluan kehidupan itu walaupun perlu ada tetapi biarlah ia berpadanan, berpatutan atau berwajaran dengan kemampuan yang ada. Sekiranya mampu memiliki tetapi janganlah berlaku pembaziran.
Bekerja dan berusaha bukan sahaja untuk memenuhi keperluan asas tetapi kena bijak merancang kewangan seperti peruntukan untuk pendidikan anak-anak, Di samping itu, kita juga kena beringat bahawa setiap yang Allah beri itu, akan ditanyakan oleh-Nya terutamanya berkaitan harta yang dimiliki, masa, usia dan sebagainya.

Lantaran itu, kita sebagai ibu bapa kini perlulah berusaha menyediakan suasana dan persekitaran rumah yang sesuai atau selesa bagi anak-anak kita. Ini secara langsung, dapat mengelak anak-anak ini mencari keseronokan dan ketenangan di luar rumah.
Perkara pokok yang perlu ada bagi setiap seorang daripada kita ialah belajar untuk menjadi orang yang bersyukur kepada Allah SWT. Malah kita kena percaya dan mengakui bahawa tidak ada sesuatu yang sempurna di dunia ini kecuali-Nya.
Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk menyemarakkan rasa cinta dan kasih dalam sesebuah keluarga iaitu; melaksanakan solat berjemaah, makan bersama, membaca al-Quran, berzikir, beriadah, berpuasa, bergurau senda serta tidak kurang penting iaitu menghadiri majlis-majlis ilmu di masjid atau surau .
Di samping adanya kemudahaan Teknoloji maklumat di rumah, kita sepatunya menggunakannya untuk mendapatkan ilmu yang berguna termasuk ilmu islam seperti program tazkirah dan kuliah agama. Dengan cara ini kita boleh belajar serta dapat menambahkan ilmu pengetahuan untuk digunakan sebagai benteng menghadapi kehidupan yang kian mencabar kita dalam berkeluarga.


"Hai anakku; ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, ramai manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama Takwa, Isinya ialah Iman dan Layarnya adalah Takkal kepada ALLAH." (Nasihat Luqman Hakim)

Selasa, 15 September 2009

HANYA SEKADAR PEMBUKA MINDA

Panjat pokok beruk betina
Buah yang diambil kelapa muda
Pantun disiar bukan menghina
Sekadar panduan pembuka minda

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Ada kuasa suka bermegah
Hilang kuasa tanpa diduga

Buloh runcing
tajam berbisa
Ia diguna di zaman yang lalu
Jiwa kosong hidup tersiksa
Saat kematian lidah pun kelu

Baling selipar sudah biasa
Kalung selipar luar biasa
Lidah yang lemput kadang berbisa
Tiada panduan lupakan dosa

Pisang emas bawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang di dunia wajib dibayar
Perlu dijelas sebelum mati

Kalau roboh kota Melaka
Papan di Jawa saya dirikan
Jika sungguh bagai dikata
Di Bagan Pinang undi berikan
Dengar hiburan di ruang tamu
Lagu nasihat cara tersendiri
Sudah lama tidak bertemu
Datang ke rumah jemput kenduri
Op sikap di musim raya
Peraturan dibuat elak trajedi
Sempena syawal maafkan saya
Datang rumah kiranya sudi

Isnin, 14 September 2009

BUKIT LALA DAN PENEROKAAN HUTAN

Jalan ke Bukit Larik, laluan penduduk di sini mencari sumber di hutan.
@ tiblakedah.blogspot.com
Kebanyakan penduduk yang tinggal di kampong Bukit Lala Pokok Sena Kedah merupakan peneroka hutan yang gigih. Kegigihan mereka dalam peneroka hutan belantara adalah satu perkara yang patut dibanggakan. Hutan belantara yang begitu tebal bertukar menjadi kampung halaman dan ladang. Kegiatan ini belaku sekitar tahun 50an sebelum merdeka.
Tradisi meneroka hutan untuk kegunaan manusia, tidak dapat dielakkan kerana mempunyai hubung kait yang rapat dengan kepentingan manusia. Selain darpada itu mereka meneroka hutan untuk dijadikan kampong halaman mereka, selain itu mereka begitu gigih meneroka hutan bagi mencari bahan-bahan hutan untuk dijual atau digunakan sendiri.

Pada masa itu keperluan mereka terhadap hutan juga begitu penting dari banyak aspek. Mereka mengambil kayu-kayan di dalam hutan untuk mendirikan rumah, membuat perabot dan sebagainya. Umumnya tumbuh-tumbuhan di hutan adalah sangat penting kepada mereka. Penerokaan hutan telah lama dilakukan dan sehingga kini masih diterusan dilakukan oleh penduduk di sini.

Terdapat beberapa sebab dan kepentigan mereka masuk ke hutan. Penerokaan atau penebangan balak tidaklah merupakan perkara yang penting pada masa lampau. Namun demikian terdapat juga orang berusaha ke arah itu, mereka hanya sekadar untuk membina rumah, tetapi apa bagi mereka ialah untuk mencari damar, rotan, buluh serta akar-akar kayu menangkap ikan dan juga berburu binatang.

Umumnya tujuan mereka ke hutan pada masa dahulu adalah sekadar untuk memenuhi keperluan asas sahaja. Usaha mencari damar yang dilakukan adalah bertujuan untuk mendapatkan cahaya dari damar tersebut. Selain itu bahan tersebut juga boleh dijual untuk kegunaan pembuatan sarung peluru. Semasa zaman penjajahan British dahulu damar dibeli untuk dieksport ke luar negeri.

Selain mencari damar, mereka juga memasuki hutan untuk mencari rotan serta buluh. Rotan pada masa itu bukanlah untuk tujuan industri. Buluh pula digunakan untuk membuat rumah, bubu dan sebagainya. Mereka juga ke hutan untuk mencari petai, jering, umbut. keladi dan sebagainya. Kesemua bahan ini menjadi makanan kepada mereka.

Mereka menganggap hutan sebagai punca untuk mendapatkan bahan-bahan perubatan. Akar-akar kayu dan lain-lain mudah diperolehi dari hutan rimba tempatan. Bahan yang diperoleh dari hutan ini adalah penting kepada mereka untuk ramuan membuat ubat-ubatan tradisional.

Penerokaan penduduk di sini dilakukan bagi tujuan menjerat atau memburu binatang. Berbagai-bagai ikhtiar dilakukan oleh mereka untuk memperolehi sesuatu daripada hutan. Dengan kata lain mereka memang tidak dapat mengelakkan dirinya daripada hutan. Ini termasuk bapa mertua saya Haji Ahmad Hanafiah yang amat suka ke hutan memburu rusa dan pelanduk dengan kawan-kawannya di sini. Boleh dikatakan setiap kali beliau memburu ada saja hasil yang diperolehinya. Minatnya terhadap kegiatan memburu hinggalah beliau meninggal dunia pada tahun 2004.
Kesimpulanya peneroka hutan belantara ini, manusia memang memerlukan keperluannya untuk hidup. Walau bagamana kita haruslah mempunyai sikap yang bertanggungjawap terhadap hutan, sekiranya kita rakus ia akan memberi kesan buruk terhadap manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan di masa akan datang. Kehijauan, ketenangan dan kedamaian itulah di antara harapan dan kenyataan. Kita jumpa lagi.

"Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yg mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya."(Nasihat Luqman Hakim)

Ahad, 13 September 2009

SEKADAR INGATAN DIPERJALANAN.

Seminggu lagi Syawal menjelang
Semuanya sibuk inginkan pulang
Pastikan semuanya periksa
Rumah yang akan ditinggalkan
Kerja beres tidak ditanggukan
Keadaan kereta selamat digunakan

‘Start’ kereta doa dimulakan
Barang semuanya ada didalam
Masa nak jalan lihat kiri dan kanan
Cerialah fikiran, kusut dihindarkan
Dah jauh perjalanan mata pun nak pejam
Rehat dulu bang sebelum kelam

Bila tiba waktu solat didirikan
Jamak taqdim,takkhir sunat digalakan
Kepenatan sudah pun hilang
Perjalanan yang jauh hampir kesampaian
Bacalah yang patut dalam ingatan
Elakan bincangkan pekara yang tak ketahuan

Tempat yang dituju sudah pun sampai
Alhamdulillah secara sepontan
Tanda kita ucapkan kesukuran
Nikmat kesejahteraan penuh pujian
Sebagai hamba Allah yang ikut jalan
Jalan lurus mardarsah di bulan Ramadan



Sabtu, 12 September 2009

SAAT-SAAT KETIKA MENGHADAPI MATI

Ajal maut di tangan Allah. Tak kira usia kita muda atau tua dan kita tetap akan dijemput-Nya. Tapi tak tahu bila. Ingatlah bahawa mati itu terlalu hampir kepada kita. Walaupun kita berada jauh di perantauan, berada di tempat yang laungan azan tidak kedengaran untuk mengingatkan kita tentang kebesaran-Nya, di kelilingi dengan manusia yang sering memandang ringan akan perintah Allah dan hanyut dengan hanya kesukaan sahaja di atas dunia ini. Oleh itu marilah kita ingat-mengingati tentang datangnya hari di mana hanya amal dan kiriman doa saja yang akan mengiringi kita untuk menemui-Nya.

Baginda Rasulullah saw pernah bersabda: "Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan seseorang dan kemudian mereka menarik ruhnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain yang masuk dan menarik ruh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Kemudian datang pula satu kumpulan malaikat yang lain, masuk dan menarik ruhnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik ruh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasulullah saw lagi: "Kalau orang yang bernazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibril a.s. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang bernazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibril a.s."

"Kalau orang yang bernazak itu orang munafik, maka Jibril a.s. akan menebarkan sayapnya di sebelah kiri. Maka orang yang bernazak itu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya."
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah SWT menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya, maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut ruh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut ruh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah SWT."

Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah SWT dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain."

Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah daripada Allah SWT maka malaikat maut pun cuba mencabut ruh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: "Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut ruh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut ruh orang mukmin dari arah tangan, maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukannya sebab kaki berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."

Apabila gagal malaikat maut mencabut ruh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."

Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut ruh orang mukmin dari arah mata, tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka mata berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah."

Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah SWT. Kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikat-Ku, tulis AsmaKu di telapak tanganmu dan tunjukkan kepada ruh orang yang beriman itu."
Sebaik saja mendapat perintah Allah SWT, maka malaikat maut menghampiri ruh orang itu dan menunjukkan Asma Allah SWT. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah SWT, maka keluarlah ruh tersebut dari arah mulut orang mukmin dengan tenang.

Abu Bakar r.a. telah ditanya tentang ke mana ruh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar r.a: "Roh itu menuju ketujuh tempat:

1. Roh para nabi dan utusan menuju ke syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara, tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka disiksa berserta jasadnya sehingga sampai hari kiamat."

Telah bersabda Rasulullah saw: "Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.
3. Orang yang berpuasa dihari Arafah."
(Sumber : Tranung Kite)

Jumaat, 11 September 2009

JIKA AJAL BELUM SAMPAI

Di baham singa dalam kandang

Pastikan tindakan kita cepat,tepat dan betul.

Buat baik berpada-pada
Dengan singa terkena sekali

Gendang gendut tali kecapi
Perutnya tak kenyang separuh mati

Sebab pulut santan binasa
Sebab kalut badan binasa

Sorong papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Suruh bagi makan saya beri makan
Singa terkam mana saya tahu


Khamis, 10 September 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDUL FITRI

Motong getah rasa tak jemu
Kehijauan pokoknya menyegarkan mata
Di hari raya kita bertemu
Salah dan silap maaf dipinta


Hari raya tinggal seminggu
Selesaikan kerja yang paling perlu
Kepulangan anak sentiasa ditunggu
Semoga kasih mekar selalu

Kepada : Istemewa buat kakitangan Lembaga Getah Malaysia, sahabat handai di Kuala Lumpur dan Hulu Langat dan tidak ketinggalan kepada semua sahabat yang mengenali saya. Ada kelapangan ruangkan masa, setahun sekali takkanlah sibuk sentiasa.

Rabu, 9 September 2009

KU INGIN PULANG

Ku ingin pulang tiket sudah tiada
Maklumlah orang baru kerja di kota
Ku ingin jumpa ayah dan bonda
Tanpa mereka siapalah kita

Banjir kilat di paras dada
Barang yang musnah tidak terkira
Ibu bapa tidak mengharapkan benda
Anak-cucu balik mereka cukup gembira

Potong kambing baka betina
Tempat menyembelih sangat selesa
Pangkat dan harta tidak berguna
Jika ibu bapa terbiar sibuk sentiasa

Buat batas hari selasa
Pokok ditanam buah peria
Jaga ibu bapa sabar sentiasa
Agar kehidupan sentiasa bahagia

Naik sampan berdua selesa
Sampai ke laut turun bertiga
Keluarga bahagia aman sentosa
Itulah aset yang paling berharga

HATI-HATI DI JALAN RAYA, BERHENTI DAN REHAT BILA MENGANTUK. ELAKKAN TRAJEDI, KELUARGA TERSAYANG SENTIASA MENANTI.

Selasa, 8 September 2009

BERITA KEPADA KAWAN

Hari menerima email dari Dr. Fauzi (Facebook) kebetulan dah lama tak dengar berita tentangnya, “Depa dah jadi pegawai besak sebok memanjang”. Elok juga apalah kiranya saya saya siarkan gambaknya untuk hampa tengok kot-kot kenai kawan lama. Dia adalah kawan lama saya semasa di LGM. Mempunyai tiga orang cahaya mata, dua lelaki seorang perempuan.

• Terima SMS dari Ethiopia: "Salam! ni no tepon saya di ethopia +25191271191" kawan lama, bekas pelajar UTM, sebelum ini pernah berkerja di Petronas. Berhenti di Petronas kemudian berkerja di Sebuah Syarikat carigali, sebelum di hantar ke Ethopia bertugas di Arab Saudi. sesiapa yang sahabat yang telah terputus hubungan boleh hubungi beliau - Abu Bakar Che Mat.

Addis Ababa Ethopia : The Best