
• "Engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih berat lagi daripada semua itu,adalah bilamana engkau mempunyai jiran yang jahat."
1. Bagi penganut mazhab Syafie, solat berjemaah itu adalah fardhu kifayah. Bukan wajib bagi setiap orang tapi sudah cukup bagi sebilangan orang mengerjakannya dalam satu kampung atau kariah, melepaskan dosa yang lain. Tapi jika yang lain buat juga, maka bagi mereka masing-masing dapat pahala fardhu kifayah. Berbeza dengan Mazhab Hanbali yang mengatakan solat berjemaah itu fardhu ain, wajib bagi setiap orang.
2. Sebahagian ulamak mazhab syafie berkata solat berjemaah itu bukan fardhu kifayah, tetapi sunat muakkad sahaja. Maksudnya bawah sikit tingkatannya daripada fardhu kifayah. Sangat dituntut tetapi bukanlah sampai menjadi dosa jika tidak dilakukan dalam satu kampung atau kariah. Namun yang dipegang oleh kebanyakan ulamak mazhab syafie ialah pada hukum fardhu kifayah.
3. Tercatat dalam kitab Sabilal Muhtadin, bahawa untuk terhasil fardhu kifayah mestilah solat jemaah itu nyata syiarnya. Memahami maksud ini, tidak memadai solat jemaah di rumah pada satu kampung atau kariah, untuk dikira sebagai memenuhi tuntutan fardhu kifayah. Untuk itu, dalam sesuatu kampung atau kariah mesti didirikan samada masjid atau surau agar dapat ditegakkan solat berjemaah. Agar dengan itu nyata syiar Islam bilamana ramai orang mendatangi masjid atau surau untuk mengerjakan solat berjemaah.
YB Saifuddin Nasution (MP Machang) sedang berucap di Parlimen. Beliau adalah orang Pokok Sena Kedah (selain YB Mahfuz Omar (MP Pokok Sena) dan YB Dr. Maria Mahmud (MP Kota Raja).
Sahabat-sahabat yang akan menunaikan Fardu Haji tahun ini 1430.
• Yusuf Suparjo – Melapurkan diri pada 2 November 2009 (Isnin) di Kelana Jaya, masa: jam 7.30 pagi. Penerbangan KT 38. Haji Tamattu'.
• Johan Ujang – Akan dberitahu kemudian.
Selamt berangkat ke tanah suci. Semoga mendapat Haji yng mabrul. Setelah menziarahi Nabi saw di Madinah beberapa hari (8 hari), Jemaah Haji akan bertolak ke Mekah berniat Umrah di Bi’r Ali.
Wangi-wangian Pokok gaharu di hutan semulajadi mula mengeluarkan resin gaharu pada usia 20 hingga 45 tahun, bergantung pada ketahanan pokok dan tindakbalas kecederaan pokok. Pokok yang telah matang akan membesar sehingga 40 meter tinggi dan berdiameter 40cm. Pokok gaharu amat diminati kerana dapat menghasilkan aroma yang wangi dan menyenangkan apabila dibakar kayunya.
JENIS-JENIS AGRAWOOD MENGIKUT RANKING DIPEROLEHI
1. AQUILARIA SUBINTEGRA – Thailand
2. AQUILARIA CRASSNA - Loas, Vietnam
3. AQUILARIA MALACCENSIS - Thailand, India, Indonesia
4. AQUILARIA APICULATA - Filipina
5. AQUILARIA BAILLONIL- Thailand, Combodia, Loas, Vietnam
6. AQUILARIA BANEONSIS - Vietnam
7. AQUILARIA BECCARIAN - Indonesia
8. AQUILARIA BRACHYANTHA - Malaysia
9. AQUILARIA CUMINGIANA - Indonesia, Filipina
10.AQUILARIA FILARIA - Nuegini, China
11.AQUILARIA GRANDIFLORA - China
12.AQUILARIA HILATA - Indonesia, Malaysia
13.AQUILARIA KHASIANA - India
14.AQUILARIA MICROCAPA - Indonesia, Malaysia
15.AQUILARIA ROSTRATA - Malaysia
16.AQUILARIA SINENSIS - China Pokok gaharu hidup di kawasan tanah pamah sehingga ketinggian 750m dari aras laut dan memerlukan taburan hujan dan kelembapan yang tinggi. Gaharu digunakan dalam industri minyak wangi, produk perubatan, perubatan Ayurvedic, majlis keagamaan dan sebagainya.
• Harganya boleh mencecah sehingga RM14-18 ribu sekilogram untuk gred Double Super. Malahan harga pasaran untuk minyak gaharu juga amat tinggi iaitu RM45 ribu/kg (kaedah penggredan kualiti kayu dan minyak masih belum dipiawaian dan bergantung kepada penjual dan pembeli).
• Asia Tenggara mengeksport gaharu bernilai RM48.3 million ke Arab Saudi dan bekalan hanya memenuhi 20% daripada permintaan pasaran.
• Buat masa ini, kebanyakkan gaharu dikeluarkan daripada hasil hutan dan amat terhad. Tanpa penanaman semula. spesis ini akan terus diancam kepupusan disebabkan aktiviti pengambilan gaharu.
• Penanaman gaharu di Malaysia masih baru dan belum popular, tetapi di negara lain seperti Indonesia, Thailand dan Kemboja sudah lama diusahakan. Malah ia mendapat sokongan yang amat kuat daripada pihak agensi kerajaan mereka dari segi modal dan teknologi.
• Keseluruhan pokok gaharu (batang, daun & akar) berguna dan dapat dikomensilkan.
• Penanaman pokok gaharu sesuai dijalankan di tanah terbiar, kawasan rezab hutan simpan, kawasan pembalakan yang telah diterokai dan dijalankan secara pertanian hutan ladang dan diintegrasikan dengan pelbagai tanaman lain seperti herba dan tanaman komoditi.Dengan teknologi terkini pokok gaharu boleh ditebang dalam jangka masa 5-6 tahun , selepas 12 bulan suntikan(inducement) ubat, pokok boleh mula ditebang untuk mendapatkan resinnya
Untuk 1 ekar tanah boleh ditanam hampir 1000 pokok dengan jarak antara 6-7 kaki, anggaran pendapatan untuk sepokok ialah RM1000.00 dan seekar ialah RM1juta
1. Kaedah penanaman, jarak penanaman 6'x6' atau 10'x10'.
2. Jumlah tanaman pada 430 pokok atau 1,000 pokok seekar.
3. Selepas pokok karas mencapai usia 5 tahun, suntikan sejenis enzim dilakukan untuk penghasilan gaharu dan dibiarkan selama 2 tahun sebelum mendapat hasil. (Perlu diingatkan, tanpa teknologi ini pokok karas tidak akan membentuk gaharu di dalamnya. Berbeza dengan semulajadi, gaharu terbentuk pada usia pokok 20 - 40 tahun melalui gangguan oleh fizikal atau microrganisme)
4. Pokok yang telah matang akan membesar sehingga 40 meter tinggi dan berdiameter 40cm.
Senario di dalam Industri Gaharu
• Permintaan untuk gaharu semakin tinggi walaupun pengeluaran semakin berkurangan, menyebabkan harganya semakin meningkat setiap tahun.
• Kebanyakan gaharu dieksport kepada pemborong-pemborong di Singapura, Timur Tengah, Hongkong dan Taiwan.
• Harganya boleh mencecah sehingga RM 14 - 18 ribu sekilogram untuk gred Double Super. Malahan, harga pasaran untuk minyak gaharu juga amat tinggi iaitu sehingga RM45 ribu / kg. (kaedah penggredan kualiti kayu dan minyak masih belum dipiawaiankan dan bergantung kepada penjual dan pembeli).
• Penanaman gaharu di Malaysia masih baru dan belum popular, tetapi di negara lain seperti Indonesia, Thailand dan Kemboja sudah lama diusahakan. Malah ia mendapat sokongan yang amat kuat daripada pihak agensi kerajaan mereka dari segi modal dan teknologi.
Penanaman pokok karas sesuai dijalankan di
1. Tanah terbiar
2. Kawasan rezab hutan simpan
3. kawasan pembalakan yang telah diterokai.
Dijalankan secara pertanian hutan ladang dan diintergrasikan dengan pelbagai tanaman lain seperti herba dan tanam.
Tanaman Gaharu di Kelantan
Lebih mahal dari emas
Ladang gaharu 1,000 ekar di Gua Musang
NASIHAT LUQMAN HAKIM KEPADA ANAKNYA
"Hai anakku; seseorang pendusta akan lekas/cepat hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seseorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak mengelamunkan hal-hal yang tidak benar.. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian/nasihat kepada orang yang tidak mahu mengerti atau mendengar nasihat."
"Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih berat lagi daripada semua itu,adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat."(Sumber : Amalan Kesihatan)
SELAMAT MENGUNDI – PANGKAH BULAN TANDA SETUJU BE END PUN KECUNDANG
Peribahasa :