Nastolgia - Kenderaan utama tahun 50 - 60an basikal
Jika individu lain berlumba-lumba untuk mendapatkan kereta atau motosikal terkini yang lebih moden, tetapi sekumpulan masyarakat di Kedah lebih gemar memiliki basikal lama. Di sini basikal lebih dikenali sebagai 'gerek' menjadi pilihan sekumpulan individu sehingga berjaya menubuhkan persatuan yang dikenali Persatuan Gerek Klasik Negeri Kedah.
Bagi pengemar basikal tua mereka sanggup menjelajah ke seluruh negara untuk mencari kelengkapan basikal lama. Kadang-kala mereka terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi untuk mendapatkan kelengkapannya kerana kebanyakannya tidak dijual di pasaran terbuka.
Mereka memerlukan banyak kenalan terutama di kalangan 'orang-orang lama' bagi memudahkan pencarian ini, Ahli-ahli yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat ini berada dalam lingkungan umur antara 20 hingga 70 tahun. Kebanyakan ahli Persatuan Gerek Klasik Negeri Kedah memiliki sekurang-kurangnya lima buah basikal klasik yang berharga antara RM2,000 hingga RM3,000 sebuah.
Anak saya yang berumur 10 tahun, Mohd. Shukri mengajukan satu soalan" Jika gajah naik basikal, orang naik apa?". Sila beri jawapan yang paling sesuai.
Hasrat tiga sekeluarga untuk membeli barangan persiapan Aidilfitri tidak kesampaian apabila seorang daripada mereka terkorban selepas kereta yang dinaiki dirempuh sebuah treler di Kilometer 18, Lebuh Raya Persekutuan berhampiran bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 10.30 pagi, Abdul Karim Abd. Aziz, 51, meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit dalam kereta Perodua Kancil yang dipandunya. Manakala isterinya cedera parah dan anaknya mengalimi cedera ringan.
Semasa kemalangan, Abdul Karim bersama isteri dan seorang anak lelakinya yang berusia 11 tahun dari Kampung Darul Hidayah KM 25 Dusun Tua, Hulu Langat dalam perjalanan menghala ke pasar raya Mydin di Subang Jaya untuk membeli-belah. sebaik tiba di tempat kejadian, kereta dipandu mangsa dirempuh sebuah treler yang terbabas dari arah jalan bertentangan.
Jenazah beliau telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Dusan Tua sebelum waktu magrib dan selesai saja bacaan talkin selesai waktu berbuka puasa pun tiba. Ramai sahabat handai yang turut hadir di tanah perkuburan termasuk wakil rayat kawasan Hulu Langat.
Sekalung kenangan: # "Pagi sebelum kejadian beliau masih kami lihat berada di surau Darul Hidayah sedang membaca Harakah, semasa muslimat di sini akan mengadakan tadarus Al Quran" kata isteri kepada saudara Shamsuddin Patani.
# Kali terakhir kami bertemu ialah pada dua tahun lepas pada sembilan Ramadhan ketika pekampungan Darul Hidayah mengadakan jamuan berbuka puasa dan pada keesokan harinya saya berpindah ke Pokok Sena Kedah.
# Abdul Karim seorang yang aktif dalam kegiatan masyarakat setempat terutamanya di Hulu Langat. Beliau menguruskan peniagaaannya sendiri, di samping akhtif dalam NGO dan Parti Islam Semalaysia, beliau sering di lantik sebagai pengerusi dalam mesyurat agung , keistemewaan beliau ialah bijak dalam mengendalikan perjalanan mesyuarat dengan baik dan mudah mesra dengan sesiapa yang ditemui, semoga rohnya dimasukkan dalam gulungan orang yan soleh, Al fatihah.
@ tiblakedah.blogspot.com Boer merupakan baka kambing yang paling popular dan mendapat perhatian penternak-penternak kambing sejak kebelakangan ini. Walaupun terdapat baka lain seperti saanen, jamnapari dan anglo-nubian yang juga mempunyai harga pasaran tinggi, boer menjadi pilihan para penternak kerana ia merupakan baka kambing pedaging terbaik.
Ini kerana boer yang berangka besar boleh mencecah berat melebihi 100 kilogram dan mempunyai nisbah daging yang tinggi berbanding tulang. Dagingnya juga dianggap lebih berkualiti berbanding kambing biasa dan dengan harga RM38 hingga RM40 sekilogram, ia tentunya menjanjikan pulangan lumayan.
Melihat kepada potensi yang ada pada baka kambing yang berasal dari Afrika Selatan itu, Encik Miswari 38 tahun seorang bekas pelajar di Universiti Putera Malaysia memberanikan diri mengambil keputusan untuk bersara awal untuk melaksanakan projek ternakan kambing boer di kawasan seluas 1.5 hektar di Jabi di kawasan Pokok Sena Kedah pada 2004.
Katanya, fasa pertama projek tersebut menelan kos sebanyak RM80,000 bagi membeli 50 induk baka boer dari Australia serta membina infrastruktur termasuk ladang, padang ragut dan rumah pekerja.
''Sekarang kita sudah ada 100 ekor kambing boer dan dengan tambahan 100 ekor lagi pada September ini, kita harap dapat membiakkannya menjadi 300 ekor dalam tempoh dua tahun," katanya ketika ditemui di di pekan Pokok Sena baru-baru ini.
Bagi rancangan jangka panjang, Encik Miswari yang berkelulusan dalam bidang kejuruteraan berhasrat untuk membangunkan ladang ternakan itu sebagai pusat pengeluaran kambing boer secara bersepadu termasuk menghasilkan makanan serta ubat-ubatan sendiri.
''Ada syarikat yang melahirkan minat untuk membina kilang memproses pelepah sawit kepada palet (makanan kambing) dan mereka sedang membuat kajian mengenainya tetapi ia mungkin memakan masa. ''Selain itu, kita juga menaman rumput napier di kawasan seluas dua hektar di kawasan ini untuk makanan kambing boer ini," kata encik Miswari.
Katanya, sistem ladang yang ada sekarang adalah terbaik kerana menggunakan sistem lantai berbanding pasir sebelum ini bagi membantu kambing boer menjadi lebih produktif. "Pada masa sama, kita turut melantik konsultan dari jabatan veterinar yang akan datang membuat pemeriksaan kesihatan terhadap kambing boer antara dua hingga tiga kali sebulan," katanya.
Pokok mahkota dewa atau nama saintifiknya phalenia macrocarpa tidak begitu dikenali jika dibandingkan dengan pokok tongkat ali. Namun rahsia dan khasiat yang terkandung di sebalik pokok herba itu dikatakan setanding dengan tumbuhan-tumbuhan herba lain.
Malah, sewaktu perang di antara Belanda dengan Indonesia, pokok-pokok tersebut kononnya dimusnahkan oleh tentera Belanda kerana didakwa memberi kekuatan luar biasa kepada askar Indonesia.
Di Indonesia, pokok mahkota dewa digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit seperti kanser, masalah buah pinggang, darah tinggi, angin ahmar, kencing manis, kolesterol tinggi dan pelbagai kegunaan yang lain.
Pokok itu mula ditanam pada 2002 oleh seorang bekas guru, Romli Hussain, 57, setelah memperoleh benih pokok tersebut daripada seorang rakannya yang berasal dari Indonesia.
"Pokok ini mengambil masa sembilan bulan untuk berbuah dan bermula dari akar, batang, daun, ranting dan buahnya mempunyai pelbagai khasiat. "Ia amat mujarab untuk mengurangkan suhu badan yang meningkat akibat demam dan saya mencipta satu formula dipanggil H5+5 untuk merawat demam serta batuk yang begitu mudah tersebar pada masa kini," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Kuang di sini,
Jelasnya, penularan wabak influenza A (H1N1) amat membimbangkan dan anaknya yang belajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam juga menghidap demam panas tiga minggu lalu.
Anaknya yang berumur 24 tahun itu terpaksa pulang ke kampung setelah pihak pentadbiran menutup kampus itu selama seminggu. "Apabila anak saya balik, habis semua orang dalam rumah saya dijangkiti demam dan saya begitu khuatir apabila ubat yang diambil di hospital tidak berkesan untuk mengubati demam mereka.
"Dalam keadaan terdesak, saya yang risaukan keadaan anak saya mendapat ilham untuk mengadun ekstrak mahkota dewa bersama lima campuran herba yang lain bagi menghasilkan ubat H5+5 ini," katanya.
Jelasnya, di antara herba yang diadun bersama ekstrak mahkota dewa adalah pokok hempedu bumi, mengkudu hutan, daun malberry dan mambu. "Kesemua bahan itu dihantar ke Kedah Bio Resources Corporation Sdn. Bhd. (KBio Corp) di Kulim untuk diekstrak dan diadun bagi dijadikan kapsul.
"Setiap ekstrak herba ini telah diuji dan selamat untuk kegunaan manusia," ujarnya. Katanya, dia menggunakan modal sendiri untuk menjalankan perniagaan ubat-ubatan berasaskan herba dan sehingga kini sebanyak RM20,000 dilaburkan dalam bidang penyelidikan dengan KBio Corp.
"Saya turut mendapat ilmu dalam bidang herba melalui buku-buku herba tradisional India dan Cina. "Selain itu nenek saya yang merupakan seorang bidan juga memainkan peranan penting untuk mendorong minat saya dalam bidang perubatan herba ini," katanya.
Menurut Romli, dia mula bergiat aktif menghasilkan 13 produk berasaskan mahkota dewa sejak 2003 dengan menghasilkan produk seperti sabun, syampu, minyak urut serta minyak rambut.
Tambahnya, beliau pernah menyertai Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) di Putrajaya pada 2008. Bagi yang ingin mencuba herba tradisional Romli boleh menghubungi beliau di talian 012-4774415.
Sudah seminggu kami tidak ke kebun. Pagi ini baru saja memulakan torehan pertama hujan sudah turan. Terpaksalah kami pulang, beginilah kehidupan kami untuk menyara kehidupan keluarga. Pekerjaan kami di sini kebanyakannya adalah penoreh dan petani. Cuma getah saja yang membolehkan kami mendapatkan wang dengan segera.
Walaupun harga getah telah merudum kami terpaksa menoreh getah kerana tiada pilihan yang kami fikirkan yang lebih sesuai, itulah harta yang peninggalan yang masih ada. Bilalah agaknya harga getah akan naik, dengan harga yang lebih setabil, harga keperluan harian tidak pernah turun?.
Walau bagaimanapun kami tidak pernah berputus asa, keputusan di Permatang Pasir cukup menggembirakan buat kami, sekurang-kurangnya ia dapat mengubati hati kami, harapan kami ialah semoga pentadbiran yang ada dapat di tukar mengikut saluran yang dibenarkan oleh demokrasi melalui pilihanraya. Kerajaan yang adil dan telus itulah impian dan harapan rakyat. Berilah peluang, kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
Suatu aktiviti mental yang memainkan peranan besar dalam membina ketenangan, keceriaan dan kemajuan hidup ialah ar-raja’ atau bergantung hidup. Seluruh umat Islam dituntut supaya menaruh pengharapan yang tinggi kepada Allah s.w.t untuk memperolehi rahmat dan nikmat-Nya yang disediakan bagi hamba-hamba yang salih.
Manusia sebagai makhluk yang tidak sunyi daripada melakukan kesalahan dan kesilapan juga amat perlu mengharap keampunan (maghfirah) daripada Illahi. Harapan ini akan memberi dorongan yang berterusan untuk maju mendekatkan diri kepada Allah kerana percaya bahawa Allah akan menyambut setiap langkah pendekatan hamba-Nya sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadis Qudsi:
“Sesiapa yang mengerjakan kebaikan, maka untuknya sepuluh kali ganda pahala, bahkan mungkin lebih. Sesiapa yang berbuat kejahatan, maka dibalas dengan satu dosa, bahkan mungkin diampuni. Dan sesiapa yang menghampiri-Ku (Allah) sejengkal, Aku akan menghampirinya sehasta. Sesiapa yang datang kepada-Ku berjalan, maka Aku akan berlari kepadanya. Sesiapa yang menghadap kepada-Ku dengan dosa sepenuh isi bumi, sedangkan dia tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu apa pun, nescaya Aku akan menemuinya dengan keampunan sebesar itu pula.” (Riwayat Muslim).
Begitulah kemurahan dan keampunan Allah terhadap hamba-hamba-Nya yang tidak musyrik (menyekutukan Allah). Kemurahan Allah ini sememangnya telah ditetapkan oleh Allah sendiri sewaktu mula-mula Dia menjadikan makhluk.
Ini jelas berdasarkan sepotong hadis yang bermaksud: “Sewaktu Allah menjadikan makhluk, maka Allah telah menetapkan atas dirinya sendiri dalam sebuah kitab di atas Arasy bahawa: ‘Rahmat-Ku mengalahkan murka-Ku (Rahmat Allah mengahului kemurkaan-Nya)”. (Riwayat Bukhari dan Muslim). Pernah terjadi pada zaman Rasulullah, seorang wanita yang menjadi tawanan perang telah buntu fikirannya untuk mencari anaknya yang telah hilang. Dalam kerinduan kepada anaknya, setiap kali dia melihat kanak-kanak di dalam tempat tawanan tersebut dia akan menimang kanak-kanak itu dan menyusukannya.
Melihat betapa kasihnya seorang ibu terhadap anaknya, Rasulullah lantas bertanya kepada sahabat-sahabat: Adakah kamu semua fikir wanita itu sampai hati untuk mencampakkan anaknya ke dalam api?”
“Tentu sekali tidak,” jawab sahabat-sahabat serentak. Rasulullah menambah lagi, “demi Allah, sesungguhnya Tuhan lebih kasih kepada hamba-Nya melebihi kasih ibu itu kepada anaknya/”
Sehubungan dengan ini juga kita dapat menilai sendiri kasih sayang Allah kepada kita sehingga seboleh-bolehnya. Dia tidak mahu hamba-Nya masuk ke dalam neraka, namun kedegilan dan keengkaran hamba untuk berbakti kepada-Nya membuatkan hamba itu sendiri dihumbankan ke dalam api neraka, kerana Allah itu sekali-kali tidak akan memungkiri janji-Nya.
Dalam sebuah hadis lain Rasulullah ada mengungkapkan: “Allah memberi kasih sayang seratus bahagian, sembilan puluh sembilan bahagian ditahan untuk sementara dan satu bahagian diturunkan ke bumi. Dari satu bahagian itulah seluruh makhluk hidup berkasih sayang, hinggakan kamu dapat melihat binatang mengangkat kakinya kerana khuatir terpijak anaknya.”
Dalam konteks ini juga, dalam surat az-Zumar ayat 54 Allah menyampaikan berita gembira agar manusia tidak mudah berputus asa daripada rahmat dan keampunan-Nya. Hanya rahmat Tuhan yang dapat menjauhkan orang-orang beriman daripada sentuhan api neraka. Rasulullah mengulas berhubung ayat ini dalam hadisnya bermaksud: “Setiap orang yang mempercayai bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu adalah hamba Allah dan utusan-Nya, dengan pengakuan yang sungguh-sungguh dalam hatinya, melainkan Allah akan mengharamkan orang itu daripada disentuh api neraka.”
Sebaik sahaja mendengar hadis ini, seorang sahabat, Muaz bin Jabal terus meminta izin daripada Rasulullah untuk menyebarkan berita gembira ini kepada semua orang namun tidak dibenarkan oleh Rasulullah kerana baginda khuatir orang ramai akan bertawakal sahaja tanpa beramal.
Walau bagaimanapun hadis ini terpaksa juga diceritakan oleh Muaz kerana beliau takut terhadap dosa orang yang menyembunyikan ilmu.
Menurut Abu Musa al-Asya’ari, Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “Apabila tiba hari kiamat, Allah akan memberikan kepada setiap Muslim seorang Yahudi atau Nasrani dan dikatakan: inilah tebusanmu dari neraka.”
Keperihatinan hidup orang yang beriman ialah kerana selalu membayangkan rahmat Allah sentiasa di hadapannya. Mereka akan terus terdorong untuk meningkatkan amal baktinya kerana menaruh harapan yang penuh kepada Tuhan akan beroleh ganjaran yang besar di sisi-Nya. Ini berdasarkan surah az-Zumar ayat 10 yang bermaksud:
“Sampaikanlah: Wahai hamba-hamba-Ku yang beriman, berbaktilah kepada Tuhanmu. Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini memperolehi kebaikan.”
Selain mengharapkan kasih sayang Illahi dengan sebarang nikmat-Nya yang tidak terhitung banyaknya di dunia ini, mereka juga penuh harapan untuk memperolehi rahmat kebahagiaan yang kekal abadi di akhirat kelak.
Rasulullah pernah mengunjungi seorang pemuda yang sedang menghadapi maut. Lalu baginda bertanya kepada pemuda itu mengenai keadaan dirinya. Pemuda itu lantas menjawab: ”Aku mengharapkan ampunan Illahi dan aku juga khuatir mengenai dosa-dosaku yang aku lakukan,”
Rasulullah lalu bersabda: “Tidak terkumpul kedua-dua perasaan ini di dalam hati seseorang hamba Allah pada saat seperti ini, kecuali pasti Allah memberikan segala yang diharapkannya dan mententeramkan apa yang dikhuatirkannya.
Di Permatang Pasir, PAS kekalkan kemenangan besar Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 25 Ogos 2009 :PAS bakal mengulangi kemenangan besar yang dicapai dalam Pilihan Raya Umum ke-12 pada Mac tahun lalu apabila kiraan undi menunjukkan calonnya, Mohd Salleh Man mendahului pesaing daripada Barisan Nasional, Rohaizat Othman dengan majoriti 4,451.
Kiraan terbaharu menunjukkan PAS mendapat 9618 undi berbanding 5067 diperolehi BN, menambahkan lagi pukulan kepada BN yang belum pernah memenangi pilihan raya kecil di Semenanjung sejak pilihan raya umum lebih setahun lalu.
Kerusi Dun Permatang Pasir dimenangi wakil PAS Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman dengan majoriti 5,433 undi dalam Pilihan Raya Umum-ke 12, kemenangan ketiga dan dengan majorit terbesar dalam tiga pilihan raya dimenangi PAS sejak 1999.
Terima kasih kepada semua yang terlibat, Penyokong, Pencita kepada kebenaran, Petugas Pakatan Rakyat, Kakitangan Kerajaan, Anggota Keselamatan dan juga Pegawai SPR yang bertugas.
Menaiki bot menyusuri Sungai hingga ke kawasan laut merupakan pengalaman yang menyeronokkan. Ini kerana selain melihat keindahan alam semula jadi yang menakjubkan, kita dapat melihat aktiviti harian penduduk di kawasan pedalaman yang jarang dapat disaksikan di tempat lain.
Inilah pengelaman kami semasa menyusuri sungai untuk ke laut menangkap ikan bersama abang saya yang tinggal di Sungai Tiram, Lekir Sitiawan. Kebanyakan penduduk Sungai Tiram yang masih berada pada garis sederhana, bekerja sebagai nelayan, mencari kayu bakau, petani dan pekebun sawit. Satu keunikan yang boleh disaksikan di sini ialah kebolehan menangkap ikan untuk dijadikan makanan harian dan selebihnya dijual bagi memperoleh pendapatan.
Sungai Tiram yang belum tercemar dipenuhi habitat pelbagai spesies ikan air laut yang lumayan harganya jika dipasarkan di pekan. Restoran di pekan Sitiawan dan Manjung mendapat permintaan yang tinggi untuk ikan laut dan udang samping menu yang lain.
Ikan yang dijual terdiri daripada bawal, tenggiri, sembilang dan udang galah yang ditangkap menggunakan alat tradisional seperti jaring, pukat dan jala. Nelayan di sini keluar mencari ikan di laut pada awal pagi dan petang. Mereka menahan jaring di samping menjala dan ada juga yang memancing.
Seorang penduduk Kampung Parit Chee Leong, Jamiron 58, berkata, menangkap ikan laut merupakan sumber pendapatan penduduk di Sungai Tiram, Sitiawan sejak zaman dahulu lagi. "Kami menangkap ikan untuk keperluan makanan keluarga dan selebihnya dipasarkan ke pekan Sitiawan dan Manjung " kata- nya.
Penduduk Kampung Tanjung Kepah, Pak Hassan, 65 berkata, sesetengah nelayan yang berkemampuan menggunakan bot berenjin 45 dan 55 kuasa kuda menyusuri laut sejauh 20 kilo meter untuk menangkap ikan.
Harga ikan laut di kawsan laut Tanjung Kepah kini melonjak selepas kenaikan harga minyak dan permintaan tinggi daripada orang ramai serta pengusaha calet Telok Batik di Daerah Manjung. Bagi ikan hidup, ia dijual antara RM30 hingga RM70 sekilogram. Kadang kadang harganya boleh turun akibat permainan orang tengah.
Manusia adalah makhluk unik dan berinovasi. Maka, perubahan adalah suatu kemungkinan yang pasti akan berlaku. Perubahan berlaku seiring dengan peredaran masa kerana kedua-duanya adalah sinonim. Justeru, perubahan itu perlu kepada bimbingan Islam yang berpaksikan wahyu Allah yang juga pembeza antara hak dan batil.
Hal itu bertepatan dengan Islam sebagai addin, yang memberi manusia pandangan dan matlamat hidup jelas. Ia juga sebagai panduan kehidupan manusia untuk menjadi lebih baik dan sempurna. Islam meletakkan asas kukuh bagi manusia mengurus lapangan kehidupannya iaitu ilmu pengetahuan. Ajaran dalam wahyu Allah bertujuan membina, membentuk, mendidik dan membangunkan manusia agar segenap sendi kehidupannya cemerlang di dunia serta mengecapi kebahagiaan di akhirat.
Perubahan yang dikehendaki Islam bersifat manusiawi dan bukan berasaskan kepada kebendaan semata-mata. Manusia yang dibangunkan rohaninya dengan berasaskan inti pati ajaran Islam sebenar akan dapat membantu mengembangkan sumber kemanusiaan dalam dirinya. Ia juga mampu meningkatkan daya produktiviti dari segi kebendaan. Ajaran Islam yang diterjemah dengan berpandukan al-Quran dan sunnah serta diamalkan dalam kehidupan akan menjadikan setiap insan mampu mencerna dan menggerakkan dirinya untuk lebih hampir dengan Penciptanya.
Pandangan hidup yang berakar umbi al-Quran dan sunnah, mampu mengolah dan mencerna nikmat kesejahteraan dan kejayaan sama ada dalam konteks agama, bangsa dan negara. Daripada Ali, katanya, “Aku mendengar Rasulullah bersabda bermaksud: Sesungguhnya akan berlaku kekacauan yang besar.” Aku bertanya: “Apakah caranya untuk menyelamatkan diri daripada bencana itu, ya Rasulallah?” Baginda menjawab: “(Caranya adalah berpegang teguh kepada ajaran) kitab Allah, ia mengandungi kisah perihal umat terdahulu daripada kamu, dan berita perkara yang akan datang sesudah kamu, serta hukum mengenai apa yang berlaku antara kamu.
(Kitab al-Quran) dialah yang menjadi pemutus (antara yang benar dan yang salah), bukan keterangan olok-olok, sesiapa juga daripada golongan yang sombong angkuh, meninggalkannya (dengan tidak menurut hukumnya), akan dibinasakan oleh Allah, dan sesiapa yang mencari petunjuk selainnya akan disesatkan oleh Allah.
Al-Quran adalah tali Allah yang teguh kukuh, dan dialah pengajaran yang menjadi ikutan, dan dialah juga siratulmustaqim (jalan yang lurus). Dialah kitab yang dengan sebab berpegung teguh kepada ajarannya, hawa nafsu tidak akan menyeleweng atau terpesong, dan dialah kitab yang kalimahnya tidak akan bercampur aduk atau berkesamaran dengan kata-kata makhluk, dan ulama pula tidak berasa puas daripada mengkaji isi kandungannya (demikian juga) keindahan, kemanisan dan kelazatan membacanya tidak akan susut atau hilang, meskipun ia dibaca berulang-ulang, dan kandungannya yang menakjubkan, tidak berkesudahan.
Dialah kitab yang menjadikan sekumpulan jin ketika mendengarnya tidak tertahan hati menerimanya sehingga mereka memujinya dengan berkata: “Sesungguhnya kami mendengar bacaan al-Quran yang menakjubkan, yang memimpin ke jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya.” (Demikian juga) sesiapa yang memperkatakan sesuatu berdasarkan kitab ini, benarlah perkataannya, dan sesiapa yang beramal dengan ajarannya, diberikan pahala, dan sesiapa yang membuat keputusan berdasarkan hukumnya, adillah keputusannya, dan sesiapa berdakwah supaya orang ramai menurut ajarannya, sudah tentu ia (dan mereka) beroleh hidayah petunjuk ke jalan yang lurus.” – (Hadis riwayat at-Tirmizi dan ad-Darimi).
Masyarakat bertamadun dengan nilai peradaban yang tinggi wajar menepati beberapa ciri berikut:
Pegangan hidup diadaptasikan kepada teras paradigma tauhid dan iman yang kukuh dengan mengimbangkan antara tuntutan duniawi dan ukhrawi;
Pendekatan dalam pengamalan agama berasaskan kepada ajaran agama yang sebenar;
Matlamat hidup dipenuhi dengan memaksimumkan produktiviti atau keuntungan duniawi dan ukhrawi serta tanggungjawab sosial dengan memberi penekanan kepada kejayaan individu, masyarakat, negara dan ummah seluruhnya;
Perjalanan kehidupan berasaskan perpaduan, persaudaraan dan amalan syura diamalkan dengan berpandukan kepada wahyu Ilahi;
Fungsi hidup individu adalah dengan mengabdikan diri kepada Allah dengan menjalankan tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah-Nya;
Ganjaran yang diharapkan bersifat lahiriah dan menjadikan kepuasan rohani sebagai jalan untuk mendapat keberkatan dalam hidup dan memperoleh reda-Nya; dan
Falsafah kerja dan hidupnya bersandarkan kepada konsep ibadah dan khalifah agar segala urusan dan sumber rezeki yang diperoleh memenuhi kehendak syariat. (Koleki : AziziAbdullah)
Sekumpulan pensyarah Universiti Teknologi Petronas (UTP) hari ini berjaya menghasilkan biodiesel daripada biji getah yang terbukti lebih murah serta lebih berkualiti berbanding biodiesel yang dihasilkan daripada minyak sawit.
Apa yang menakjubkan biodiesel daripada biji getah ini bukan sahaja boleh digunakan di negara yang beriklim panas tetapi boleh digunakan di negara beriklim sejuk tanpa memerlukan pengubahsuaian kimia.
Ketua Pengkaji biodisel daripada biji getah UTP, Mohd. Tazli Azizan, 26, berkata, ini kerana biji getah yang berlambak di negara ini, terbiar dan tidak digunakan langsung di lebih satu juta hektar ladang getah, dapat menghasilkan biodiesel dengan lebih murah berbanding persaingan terhadap minyak sawit dan bahan tumbuhan yang lain.
Beliau berkata, pihaknya mengkaji produk ini sejak tiga tahun lalu, berikutan biodisel yang dihasilkan daripada minyak sawit dianggap terlalu mahal ekoran kenaikan harga komoditi itu di pasaran antarabangsa.
Katanya, daripada kajian yang dijalankan, setiap hektar ladang getah mampu menghasilkan antara 800 hingga 1,200 kilogram biji getah setahun. Beliau berkata, daripada jumlah itu mengikut jumlah keluasan ladang yang terdapat di negara ini, Malaysia mengeluarkan lebih sejuta biji getah dengan kira-kira 450,000 tan isinya setahun.
‘‘Berdasarkan kajian, setiap sekilogram biji getah dapat menghasilkan satu pertiga atau sebanyak 300 hingga 400 gram minyak biodisel,” katanya kepada Utusan Malaysia di UTP di sini hari ini.
Hasil daripada kajian luar biasa Mohd. Tazli bersama dua lagi pensyarah iaitu Prof. Madya Dr. Suzana Yusup dan Prof. Madya Ir. Abdul Aziz Omar dan beberapa pelajar telah merangkul pingat emas di Pameran Innova Eureka di Brussels, Belgium baru-baru ini. Beliau bersama pensyarah itu memperoleh pingat emas menerusi Penghasilan Biodiesel Daripada Biji Getah: Dalam Bentuk Transesterifikasi pada pertandingan inovasi antarabangsa itu.
Katanya, proses menghasilkan biodiesel daripada biji getah ini begitu mudah iaitu dengan terlebih dahulu biji getah dikisar halus dan dicampur bahan untuk mengurangkan asid lemak seperti alkohol dan katalis tertentu yang menjadi ramuan khas yang dicipta oleh pensyarah berkenaan.
Beliau berkata, alkohol dan katalis ini bertindak sebagai penapis mengeluarkan minyak daripada biji getah dan selepas itu melalui dua peringkat penapisan. ‘‘Apabila berlaku proses mengurangkan asid lemak maka tindak balas untuk menghasilkan minyak biodiesel berkenaan sudah selesai,” katanya. Menurutnya, pada masa kini, kos penghasilan di makmal setiap kilogram biodiesel biji getah ini dianggarkan hanya RM2.60.
Mohd. Tazli, pensyarah Jabatan Kejuruteraan Kimia yang berasal dari Mata Air, Perlis itu begitu optimis penghasilan biodisel daripada biji getah ini boleh dikomersialkan dengan lebih serius pada masa depan berdasarkan beberapa maklum balas yang diperoleh daripada beberapa buah negara seperti Australia. Katanya, pihaknya memerlukan peruntukan sebanyak RM3 hingga RM4 juta untuk membina sebuah loji penapisan biodisel ini.
‘‘Kami menganggarkan setiap 100 hektar ladang getah boleh dibina sebuah kilang berkapasiti sederhana untuk menghasilkan biodisel ini dan kilang ini boleh dibina dalam kawasan ladang getah itu sendiri,” katanya. Beliau berkata, apa yang penting sekarang ialah mencari kaedah untuk mengutip biji getah yang bertaburan di ladang bagi mengurangkan kosnya.
‘‘Saya berharap dengan berjayanya pencetusan biodisel ini, penyelidik pokok getah dapat mencetuskan pula bagaimana untuk menambah pengeluaran biji getah dari setiap pokok,” katanya.
Di antara punca stres ialah beban kewangan, masalah rumah tangga, menunggu terlalu lama, mangsa buli, beban kerja yang tinggi, suasana persekitaran yang tidak sihat, rasa rendah diri, kesesakan jalan raya, serta tragedi.
Seseorang yang mengalami stres akan menunjukkan kegelisahan, risau keterlaluan dan gangguan emosi, insomnia (tidak dapat tidur), kurang fokus dan tumpuan kerja serta resah dan cepat marah.
Mereka digalakkan mengambil 10 langkah ‘B’ iaitu bertenang, bernafas dengan dalam, berkata ‘relakslah’, beribadat, bercakap dengan seseorang, berurut, berehat, beriadah, bersenam dan berfikiran positif.
"Dan antara tanda-tanda kebesaran Allah ialah kejadian langit dan bumi, serta kejadian kamu yang berbeza bahasa dan warna kulit. Sesungguhnya itu adalah tanda kebesaran-Nya bagi mereka yang mempunyai pengetahuan."
(Ar-Rum: 22)
" Firman Allah s.w.t: Sesungguhnya Kami menciptakan kamu terdiri daripada lelaki dan wanita, dan Kami jadikan pula kamu pelbagai bangsa dan puak untuk kamu berkenalan dan berkasih sayang antara kamu. Dan orang yang paling mulia di sisi Allah dari kalangan kamu ialah yang paling tinggi takwanya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Bijaksana. "
DALAM mengharungi kehidupan rumah tangga pasti akan melalui saat-saat getir yang kadang-kala boleh menggoncang bahtera yang dibina itu. Orang kita kerap menyebut sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula suami isteri
Kita tidak dapat menafikan sebagai manusia, suami atau isteri mempunyai kelemahan masing-masing. Cara terbaik untuk mengatasinya dengan bersabar dan tidak membesar-besarkan kelemahan itu.
Firman Allah bermaksud: "Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri kamu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (berasa) benci kepada mereka (kerana tingkah lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya) kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedangkan Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak untuk kamu." (Surah an-Nisa, ayat 19).
Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud: "Mana-mana lelaki yang bersabar di atas keburukan perangai isterinya, Allah akan berikannya pahala seperti yang diberikan kepada Ayyub kerana bersabar di atas bala yang menimpanya. Dan mana-mana isteri yang bersabar di atas keburukan perangai suaminya, Allah akan berikannya pahala seperti yang diberikan kepada Asiah binti Muzahim, isteri Firaun."
Di sini, elok juga jika direnungi kisah seorang lelaki yang mengunjungi Umar bin Khattab untuk mengadu mengenai perangai isterinya. Dia berdiri di luar pintu menunggu Umar keluar.
Tiba-tiba dia terdengar isteri Umar sedang meleterinya, sedangkan Umar diam tidak menjawab walau sepatah pun. Lelaki itu beredar sambil berkata kepada dirinya sendiri: "Kalau beginilah keadaan Umar, seorang Amirulmukminin yang selalu keras dan tegas, maka bagaimana dengan aku?"
Selepas itu Umar keluar dari rumahnya dan melihat lelaki tadi beredar. Umar memanggilnya dan bertanya tujuan kedatangannya. Lelaki itu berkata: "Wahai Amirulmukminin, aku datang untuk mengadu mengenai perangai isteriku yang buruk dan suka berleter kepadaku.
Tadi aku mendengar isteri anda pun begitu juga. Lalu aku berkata kepada diriku: Kalau begini keadaan Amirulmukminin dengan isterinya, maka bagaimana dengan aku?" Umar berkata kepadanya: "Wahai saudaraku, sesungguhnya aku bersabar mendengar leterannya kerana dia mempunyai hak ke atas aku.
"Sesungguhnya dia memasak makanan aku, mengadun roti untuk aku, membasuh pakaian aku dan menyusui anakku, padahal semua itu tidak diwajibkan ke atasnya. "Dia juga menenangkan hatiku daripada melakukan perbuatan yang haram (zina). Sebab itulah aku bersabar dengan kerenahnya."
Lelaki itu menjawab: "Wahai Amirulmukminin, demikian jugalah isteriku." Umar pun berkata kepadanya: "Maka bersabarlah wahai saudaraku. Sesungguhnya kerenahnya itu tidak lama, hanya seketika saja."
Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna. (9) Katakanlah (wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertakwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat) dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira. (10) Katakanlah lagi (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat kepadaNya; (11)
Selamat Menyambut Ramadhan Muslimin Muslimat Lipatgandakan Amalan Kebaikan. Bersyukur kita kerana dipertemukan lagi dengan Ramadhan tahun ini. Semoga kita semua diampuni dan dirahmati Allah, serta dijauhkan dari api neraka.
@ tiblakedah.blogspot.com Semasa kanak kanak dulu kami suka tangkap Ikan laga di kawasan paya di tepi sungai. Di kampong kami ikan laga lebih popular di sebut sempilai. Warnanya kebiru biruan dengan mata yang juga berwarna biru. Ada satu tanda (dot) hitam dekat badan dia. Saiznya yang kecil dan warna yang sedemikian agak menarik untuk dijadikan ikan peliharaan.
Pada masa ini sempilai boleh didapati dengan banyak kat sawah atau alur alur sungai. Banyak cara untuk tangkap ikan ni. Cara yang biasa kami buat ialah dengan menahan perangkap dimana satu tempurung kelapa atau tin susu diletakkan di kawasan yang selalu dia bermain. Kalau time dia bertelur, ikan sepilai ni akan ada buih (yang terdapat telur dia tu). Dekat buih ni ada sempilai jantan (sempilai jantan lebih cantik dari sempilai betina) yang jaga buih sempilai betina.
Bila kita letakkan tempurung, sempilai tersebut akan tinggal dalam tempurung ini sebagai tempat tinggal mereka , jadi dia akan masuk ke dalam tempurung tersebut. Biasanya kami letakkan tempurung ini sebelum pergi ke sekolah. Kami akan ambil selepas balik dari sekolah nanti.
Ikan yang telah masuk perangkap tadi akan dibawa pulang dan dimasukkan kedalam botol minuman yang transparent warnanya. Botol itu biasanya kami cari di tempat sampah di kawasan kampung kami. Makanan utama ikan peliharaan ini ialah nyamok atau jentik jentik. Jadi bila bela sempilai , bolehla juga mengurangkan jumlah nyamuk tu. Tapi takder pula yang kena denggi masa tu.
Bila terdapat ramai kawan kawan yang mpunyai ikan laga, timbul satu rasa untuk membandingkan sempilai antara kami. Salah satu acara ialah beradu kekuatan sempilai. Sesuai dengan namanya ikan laga, kami memang gunakannya untuk berlaga. Ikan yang hendak digunakan untuk berlaga perlu lah mempunyai ciri ciri tertentu yang menunjukkan keberaniannya. Selain dari mendapatkan ikan laga yang bersaiz lebih besar dari average, warna ikan yang kehitam hitaman juga dikatakan mempunyai sifat keberanian yang tinggi.
Terdapat juga antara kawan kawan saya yang lebih kreatif menanam botol ikan laga tu tadi kat dalam tanah sampai dua tiga hari sebelum masuk bertanding supaya ikan tu lebih berani. Pada pandangan mereka, ikan yang diletakkan ditempat yang gelap dan tak jumpa sapa sapa, bila keluar saja dari tempat gelap tu tadi, ikan tu akan jadi garang.
Untuk melakukan acara berlaga, dua ekor ikan laga yang nak bertanding akan dimasukkan kedalam botol atau bekas yang lebih besar bagi memberi ruang pada mereka. Ikan akan berlaga bila bertemu antara satu sama lain. Cara dia menyerang adalah dengan menggunakan mulut. Dia akan mematuk dan menggigit pihak lawan sehinggalah salah satu akan mengalah. Istilah kami untuk ikan yang melarikan diri bila kalah ialah .
Sekali seekor ikan kalah, dia tidak akan berlawan dengan mana mana ikan lagi seumur hidupnya. Hukuman untuknya adalah dibuang balik dekat sawah. Saat yang menyeronokkan bila berlaga ikan ialah bila dua dua mempunyai kekuatan yang sama, terdapat adegan bila kedua dua menggigit mulut masing masing macam bercium tu, dan ada yang sampai tercabut bibir dia. Ikan laga akan mengeluarkan satu bunyi “krrr..” bila berlawan yang menambahkan lagi keseronokan kami.
Biasanya tempat diadakan perlawanan sempilai ini di rumah kawan yang banyak membelanya. Masa tu yang saya ingat ialah rumah Osman (Man), kawan sepermainan yang masih ingat ialah Samsuddin Leman, Rosni, Abas, Haris, Halaji, Roslan, Lias, Katan, Dolah dan ramai lagi yang saya tidak ingat. Di antara mereka ada yang jadi guru besar, jurutera, kerani, polis, askar dan ada yang kerja kampung, dah lama kami tak jumpa.
Kalau mereka terbaca kisah ini tentu mereka senyum kerana ada cerita yang menarik yang belaku yang kami masing-masing rasai dan alami. Rupa-rupanya sudah 45 tahun masa itu berlalu, kenangan lama masih mengamit dalam kehidupan di mana ia berlaku di kampong Batu Sepuloh Lekir.