HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Isnin, 24 Januari 2011

SARANG TEMBUAN JANGAN DIJOLOK

Hari ini saya kira semua sahabat sudah mendapat gaji semoga anda dapat berjimat cermat sementara wang belum kehabisan, harga barangan keperluan kian mahal, sedangkan pendapatan tidak bertambah oleh itu beli barangan mengikut keperluan, elakkan budaya suka berhutang. Luqman Hakim - " Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam ". (Nasihat Luqman kepada anaknya).Jalan kampung berbelok-belok
Pemandanganya indah cantik sentiasa

Sarang tembuan jangan dijolok

Terbangnya deras sengatnya bisa

Tanam pisang jaganya mudah
Dibiarkan tumbuh baja diberi

Sarang tebuan dijolok sudah
Kena sengat tak sempat lari



• Atas: Jalan di kawasan sawah di kg. Telaga Mas, Pokok Sena.
• Tengah: Kebun pisang di tepi bekas sawah di belakang rumah.

• Youtube: “ Satu hari dalam kehidupan ”.

• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan