HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Sabtu, 8 Januari 2011

MBAS HIMPUN PELBAGAI JENIS POKOK NADIR

Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menghimpunkan pelbagai jenis pokok nadir di tapak seluas 1.6 hektar berdekatan Wisma Darul Aman untuk tatapan generasi kini.

Menurut Dato’ Bandar, Dato’ Khazali Din, usaha itu dibuat agar pokok-pokok berusia ratusan tahun yang mempunyai pelbagai kegunaan itu dikenali umum selain dijadikan sumber rujukan dan kajian.

Beliau menjelaskan, MBAS baru selesai menjalankan kerja-kerja inventori pokok dalam bandaraya dan pihaknya memiliki pokok hujan-hujan di sekitar Stadium Darul Aman bernilai RM1.3 juta dan pelbagai spesis lain seperti seralat, kandis, setar dan herba.

“Sesiapa yang merosakkan pokok-pokok berkenaan akan dikenakan denda yang tinggi kerana merosakkan inventori milik MBAS,” katanya.

Khazali memberitahu, pihaknya akan mengenakan denda yang nilainya hampir sama dengan kerosakan dan jika pokok itu bernilai jutaan ringgit, dendanya juga tinggi.

“Jika ada pihak menebang pokok ini, mereka perlu membayar denda mengikut harga asal pokok,” ujarnya.

Beliau berkata, taman itu terbuka kepada awam untuk dikunjungi pada bila-bila masa dan boleh dijadikan tempat beriadah seisi keluarga, selain untuk mengekalkan kelestarian bandaraya ini.

“Buat masa ini, kita sedang dalam proses menanam pokok-pokok nadir sebanyak mungkin dan orang ramai yang mempunyai pokok-pokok ini digalakkan menanamnya di situ,” jelasnya.

Tambahnya, MBAS tidak bercadang mengubah suai landskap bandaraya ini pada tahun 2011, tetapi akan memfokus kepada menaik taraf landskap sedia ada.

“Identiti bandaraya ini yang menghijau dengan sawah padi dan landskap sedia ada akan diubah, hanya dibuat sentuhan semula dengan mengekalkan ciri-ciri asalnya,” katanya.
(Sumber: Warta Darul Aman)



KLIK SEBELAH.


• Abiu, Asam Gelugur, Asam Kandis, Asam Kelubi, Avokado.
• Belimbing Buluh, Belimbing Hutan, Beruas, Binjai, Buah Asam, Gelugur, Buah Bertam, Buah Cermai. Buah Kerekup, Buah Kesusu, Buah Larak, Buah Melaka, Buah Mentega, Buah Pala, Buah Rollinia, Buah Rotan, Buah Salak
• Cerapu, Ceri Aserola, Ceri Terengganu, Durian Merah, Durian Sabah
• Engkala
• Jambu Bol
• Kabal Madu, Kelapa Laut, Keriang Dot,
• Labu Kayu
• Markisa, Melinjau
• Nam-nam, Nona
• Pisang Raja Udang
• Rukam
• Sekiat@Khiriat
• Tampoi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan