Sudah lama kami tidak pergi kebun, cuma sekali sekala bila ada hal yang mustahak itu pun bila ada orang yang datang mengambil upah meracun atau membaja.
Kebetulan pagi ini ada dua orang pekerja Maymar yang tiada kerja di kebun nenas, mereka bersetuju untuk menebas di kebun kami. Setelah selesai membersihkan kawasan rumah, saya terus menghantar mereka pergi untuk menebas pokok-pokok yang tumbuh di kawasan kebun getah kami.
Maklumlah sudah lama kami tidak pergi menyerjakannya. Saya menghantar mereka di kebun dan menunjukan tempat-tempat yang perlu ditebang dan ditebas.
Pada sebelah petangnya saya pergi memeriksa kerja-kerja yang mereka lakukan untuk melihatnya sendiri bagi memastikan kerja-kerja yang dibuat memuaskan hati kami. Masih ada juga kerja yang tertinggal kerana pokok-pokok yang ditebang tidak dihimpunkan dan dilonggokkan di satu tempat.
Saya menyuruh mereka ulangi semula sehingga selesai. Setelah semunya selesai barulah kami pulang, sampai saja di rumah saya terus memberi upah yang kami telah persetujui.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan