“Persekitaran yang hijau, bersih dan selesa jauh lebih penting berbanding kediaman bernilai ribuan ringgit”. Itulah harapan bagi sesetengah orang terhadap konsep kediamannya. Oleh itu ramai yang mengharapkan sebuah kediaman berkonsepkan gaya hidup yang sihat dan selesa.
Saya amat suka melihat persekitaran yang hijau, bila saya keluar rumah saya selalu mengambil gambar tempat-tempat yang menarik seperti kawasan sawah, sungai, air terjun, rumah-rumah tradisional, titi dan pemandangan yang berkonsepkan kehijauan.
Manakala apabila saya membena rumah inilah konsep yang saya guna pakai. Adunan rumah lama dan baru tidak lari dari apa yang saya inginkan. Sekarang ini saya cuma mengekalkan suasana yang ada. Aktiviti yang dijalankan membersihkan kawasan pesekitaran, menanam pokok dan mengantikan pokok yang mati di samping membuat kerja di kebun.
Seawal pagi biasanya saya lebih suka membersih di kawasan rumah dan persekitaran. Ada kalanya menyangkul di kawasan kebun yang berdekatan saja sudah cukup untuk mengeluarkan peluh di samping menanam sayuran yang mudah ditanam termasuk kacang bendi, cili, kunyit, serai, kangkung ada juga kami menanam jagung dan kacang tanah.
Memang puas dapat merasa sayur-sayuran segar yang kita tanam sendiri. Selain untuk kegunaan sendiri, sayur-sayuran itu juga boleh diberikan kepada jiran-jiran. Sudah tentu tindakan ini akan menjimatkan perbelanjaan dan secara tidak langsung boleh merapatkan hubungan sesama.
Di samping itu ia dapat meringankan beban perbelanjaan harian yang kian meningkat akibat kenaikan kos pengangkutan akibat kenaikan minyak dan gas di pasaran.
Kami turut menanam pokok nenas, pisang dan betik. Walaupun kawasan tanaman tidak luas, namun berbaloi dengan hasil yang diperolehi. Ternakan seperti kambing biri-biri, itik dan ikan juga kami usahkan sebagai usaha menambahkan sumber makanan tambahan buat keluarga.
Bercucuk tanam di kebun merupakan salah satu hobi kami sebagai memenuhi masa lapang setelah selesai kami meluangkan masa mengikuti perkembangan berita dunia dan berita semasa melalui IT.
Dengan adanya kawasan persekitaran yang hijau bersih dengan udara segar dan nyaman membuatkan kita lebih ceria untuk terus menjalani kehidupan harian yang semakin mencabar.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan