HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Selasa, 25 Januari 2011

PERSEKITARAN YANG BERSIH DAN INDAH

Program Bersih dan Indah yang berkonsepkan gotong-royong merupakan satu usaha yang baik untuk masyarakat setempat untuk mengenali antara satu sama lain.

Melalui program ini, ia bukan sahaja dapat memelihara kebersihan dan keindahan kawasan persekitaran, malah dapat mengeratkan silaturahim dan kerjasama masyarakat setempat.

Masyarakat di setiap kampung atau taman dapat menggunakan kesempatan yang ada untuk bersama-sama berganding bahu untuk membersihkan persekitaran supaya bertambah bersih dan indah. Dengan ada program ini penduduk dapat menikmati kehidupan yang lebih sempurna, selesa dan selamat dari sebarang penyakit.

Walaupun aspek kebersihan di kawasan masing-masing adalah di bawah tanggungjawab pihak berkuasa tempatan, kita sebagai masyarakat yang prihatin tentang masaalah kebersihan patut bersama-sama menjaga kebersihan kawasan persekitaran tempat tinggal kerana ia adalah untuk kepentingan kita bersama.

Masyarakat setempat perlu didedahkan dengan aktiviti-aktiviti berhubung dengan kepentingan dalam menjaga kebersihan kawasan masing-masing. Program kebersihan perlu dipertingkatkan lagi terutamanya di peringkat anak-anak kecil di alam persekolahan dan tidak ketinggalan juga kepada masyarakat umum.

Semoga usaha yang kita lakukan dapat memberi menafaat kepada alam dan kehidupan manusia keseluruhanya. Sekiranya semua pihak memberi kerjasama yang baik pastinya ia akan menjadi kenyataan buat kita semua. Kedah sejahtera nikmat untuk semua.


• Atas: Tempat rehat pagi dan petang bersama keluarga.
• Tengah: Rumah tradisional di Jalan Sultanah, Alor Setar.
• Bawah: Berehat dan berbual di Inang Flora, Bukit Tembaga.
• Bawah sekali: Tmn. Tabung Haji di Kepala Batas, Alor Setar.
• Youtube: “ Sesuatu yang diimpikan menjadi kenyataan.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan