HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Khamis, 6 Januari 2011

KERAJAAN NEGERI BERI BANTUAN

Kerajaan negeri menyampaikan bantuan segera sebanyak RM500 kepada setiap keluarga yang menjadi mangsa kebakaran di Bukit Malut, di sini.

Sumbangan wang tunai itu disampaikan sendiri oleh Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak kepada mangsa-mangsa di perkampungan nelayan Bukit Malut, Langkawi.

Kebakaran yang melibatkan 260 mangsa daripada 59 keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka hangus dijilat api pada 11.30 malam 27 Disember dan mereka kini dipindahkan di penempatan sementara surau Bukit Malut.

“Sumbangan ini diharap ibu bapa gunakan untuk membeli baju sekolah anak-anak yang akan bermula sesi persekolahan tidak lama lagi.

“Saya juga telah mengarahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk memberi bekalan makanan kepada mangsa-mangsa selagi mereka tinggal di tempat pindah sementara ini,” ujar beliau ketika melawat mangsa kebakaran.

(Sumber: Portal Kerajaan Negeri Kedah)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan