HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Jumaat, 28 Januari 2011

PENANTIAN YANG BELUM BERAKHIR

Pergi ke kebun baliknya senja
Singgah mandi air telaga
Badan letih penat berkerja
Nikmat disyukuri solat dijaga

Menjual sayuran di pasar Pokok Sena
Kawasannya lapang sangat selesa
Masa terluang diguna sempurna
Amal yang baik istikomah sentiasa

Tinggal di kampung sudah dirasa
Malam-malam pasang pelita
Buat baik berusaha sentiasa
Kemenangan dicapai yakinlah kita



• Atas: Jalan kebun ke Bukit Kapal kiri kanan getah.
• Tengah: Memetik jagung di kawasan tanaman semula getah.
• Youtube: “ Keletihan dirasa nikmatilah suasanan”.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan