Sudah dua hari kami tidak menoreh sejak hari Khamis hingga Sabtu di sebabkan hujan. Harga jualan getah skrap di kampung kami pada masa ini mencecah hampir ke RM 7.00 sekiogram.
Bagi mereka yang telah menoreh pada hari-hari sebelumnya, bolehlah mengutip skrap pagi ini. Hujan reda sekitar jam 8.00 pagi hari Sabtu, jam 10.00 pagi skrap sudah siap untuk dijual.
Kebiasaannya kami di sini mengumpulkan skrap selama tiga hari baru dijual kepada pembeli yang berdaftar yang datang ke kebun kami. Hari ini dapatlah kami kumpulkan sebanyak 79 kilogram.
Skrap biasanya kami isikan dalam karung plastik yang boleh memuatkan di antara 70 hingga 80 kilogram. Manakala setelah ditimbang setiap karung akan ditolak sebanyak 1 kilogram.
Harga jualan skrap hari ini ialah RM 6.80 sekilogram, hari ini kami memperolehi pendapatan sebanyak RM 530.00 dengan keluasan kebun getah 2 ekar, yang mempunyai kira-kiira 400 batang pokok getah yang boleh ditoreh.
Dalam sebulan bolehlah kami menikmati pendapatan sebanyak RM 4500.00 sehingga RM 5000.00 dalam keadaan cuaca yang biasa. Dalam sehari kami hanya menoreh selama 3 jam bermula jam 6.30 pagi setelah selesai solat subuh, jam 9.30 pagi tugas kami sudah selesai, selepas itu bolehlah berehat bersama keluarga.
Pekerjaan menoreh amat menyeronokkan, apa tidaknya kebun kami sentiasa berseh sejak harga getah mahal, dengan persekitaran kebun menghijau ,udaranya bersih, tiada masaalah kesesakkan di jalanraya dan masa bekerja kami cuma 3 jam saja sehari dengan pendapatan yang sunguh lumayan.
Walaupun harga getah mahal kami tidak akan lupa dengan kenaikan harga barangan di pasaran yang sentiasa naik dan tidak pernak turun, maka jika kita boros berbelanja, pendapat yang banyak pun tidak akan mencukupi.
Dengan ada masa yang terluang seharusnyalah kita perlu menanam sayuran dan membela ternakan seperti ayam, ikan dan kambing untuk mengelakkan membeli sayur-sayuran, ikan dan daging yang mahal di pasaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan