HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Selasa, 11 Januari 2011

MENOREH GETAH TUA DI KAMPUNG KOLAM JABI.

Taklimat berkenaan produk Ibu Tanah EN 4 + 5 pada 15 Jan. 2011 jam 4.30petang bertempat di Pekan Nat Lama Langgar. Semua dijemput hadir.Pelbagi cara penduduk di sini menoreh getah yang telah tua supaya ia dapat mengeluarkan hasil sebelum ditebang untuk tanaman semula. Memandang harga getah scrub sekarang mencecah RM 7.00 sekilogram penduduk di sini bertungkus lumus mengerjakannya.

Saya berkesempatatan melihat sendiri salah seorang penduduk di kawasan kampung Kolam Mukim Jabi melakukan kerja menoreh di kawasan kebunnya yang terletak bersebelahan dengan sawah yang tidak lama lagi akan dituai.
Beliau menoreh menggunakan pisau yang disambung dengan kayu panjang berukuran lebih kurang 2 meter.

Beliau mengambil masa lebih kurang 2 minit untuk menyempurnakan sehingga lateks turun masuk dengan sempurna ke dalam mangkuk.
Berbanding dengan pokok muda dan dewasa masa yang diambil cuma dalam lingkungan 20 saat hingga ke 30 saat.

Bagi mereka yang penting lateks dapat diambil dengan apa cara pun asalkan dapat dijual.
Saya bertanya beliau tentang keluasan kebun dan harga jualan semasa, beliau menjawap rengkas “ 2 ekar ..7.00 ringgit sekilogram”.

Disebabkan banyak pokok yang perlu ditoreh, beliau kelihatan agak sibuk, saya meninggalkan tempat itu untuk sarapan pagi, kebetulan semasa saya menghantar anak ke sekolah saya tidak sempat sarapan. Saya singgah di warung roti canai Amin yang terletak di jalan menuju ke arah kampung Tok Kun.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan