Isnin, 31 Januari 2011
BEBASKAN DIRI DARI BERHUTANG
Penat tunduk boleh berdiri
Kemewahan yang dinikmati janganlah berangan
Banyak berhutang menyusahkan diri
Pergi ke kebun bekal dibawa
Nasik lemak dan kueh kouci
Budaya berhutang menyeksakan jiwa
Kebebasan tiada bagaikan terkunci
• Atas: Di kawasan kebun di belakang rumah.
• Tengah: Jalan ke kawasan kebun di Bukit Lala.
• Youtube: “ Carilah jalan keluar dan jangan berputus asa ”.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.
Ahad, 30 Januari 2011
SOKONGAN YANG DIBERI PERLU DITERUSKAN
Penduduknya ramai berbangsa-bangsa
Pembangunan dinikmati semuanya ada
Yang belum dapat menunggu masa
Tanam jagung diganggu kera
Dijaga dan diawasi setiap masa
Kedah aman rakyatnya sejahtera
Rakyat dan pemimpin hubungannya selesa
Menoreh getah memandu kereta
Kereta lama 'Volvo' nama yang tertera
Kedah banjir yang buruknya saja dicerita
Labis banjir mungkin sementara
• Atas: Tanaman jagung di kawasan Dun Bukit Lada, Pokok Sena.
• Tengah: YB Dato' Mahfuz Omar di rumah contoh. Bandar Sejahtera.
• Bawah : Menoreh getah guna kenderaan Volvo di kebun Bukit Lala.
• Youtube: “ Kawasan Pokok Sena, pesat membangun ”.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.
Sabtu, 29 Januari 2011
MENGHARAPKAN CAHAYA YANG BERSINAR
Rehat sebentar memicit tangan
Suami isteri sibuk di pejabat berpanjangan
Anak yang ditinggalkan sering bersendirian
Memukat ikan di kampung Tualang
Pukat ditahan membasahi lengan
Seawal pagi keluar malamnya pulang
Pembantu diharapkan sepenuh jangan
• Atas: Kawasan halaman yang sudah dibersihkan.
• Tengah: Kawasan memukat ikan di kg. Tualang, Pokok Sena.
• Youtube: “ Santai bersama kawan-kawan di tepi kolam ”.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.
Jumaat, 28 Januari 2011
PENANTIAN YANG BELUM BERAKHIR
Singgah mandi air telaga
Badan letih penat berkerja
Nikmat disyukuri solat dijaga
Menjual sayuran di pasar Pokok Sena
Kawasannya lapang sangat selesa
Masa terluang diguna sempurna
Amal yang baik istikomah sentiasa
Tinggal di kampung sudah dirasa
Malam-malam pasang pelita
Buat baik berusaha sentiasa
Kemenangan dicapai yakinlah kita
• Atas: Jalan kebun ke Bukit Kapal kiri kanan getah.
• Tengah: Memetik jagung di kawasan tanaman semula getah.
• Youtube: “ Keletihan dirasa nikmatilah suasanan”.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.
MEMERIKSA KEBUN GETAH DI BUKIT KAPAL
Maklumlah sudah lama kami tidak pergi menyerjakannya. Saya menghantar mereka di kebun dan menunjukan tempat-tempat yang perlu ditebang dan ditebas.
Pada sebelah petangnya saya pergi memeriksa kerja-kerja yang mereka lakukan untuk melihatnya sendiri bagi memastikan kerja-kerja yang dibuat memuaskan hati kami. Masih ada juga kerja yang tertinggal kerana pokok-pokok yang ditebang tidak dihimpunkan dan dilonggokkan di satu tempat.
Saya menyuruh mereka ulangi semula sehingga selesai. Setelah semunya selesai barulah kami pulang, sampai saja di rumah saya terus memberi upah yang kami telah persetujui.
Rabu, 26 Januari 2011
SENTUHAN YANG PERLU DITERUSKAN
Sungainya dalam di paras dada
Sentuhan jari langit terbuka dilayari
Maklumat disekat menjumudkan minda
Kampung kami sudah ternama
Nama diberi kampung Bukit Lala
Maklumat disekat ramai yang tak terima
Keadilan dituntut supaya masyarakat terbela
• Atas: Menjala di sungai kampung Yoi, Pokok Sena.
• Tengah: Jalan di kampung Bukit Lala, Pokok Sena.
• Youtube: “ Dari SMSPS ke Bukit Lala, Pokok Sena ”.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.
Selasa, 25 Januari 2011
PERSEKITARAN YANG BERSIH DAN INDAH
Masyarakat di setiap kampung atau taman dapat menggunakan kesempatan yang ada untuk bersama-sama berganding bahu untuk membersihkan persekitaran supaya bertambah bersih dan indah. Dengan ada program ini penduduk dapat menikmati kehidupan yang lebih sempurna, selesa dan selamat dari sebarang penyakit.
Walaupun aspek kebersihan di kawasan masing-masing adalah di bawah tanggungjawab pihak berkuasa tempatan, kita sebagai masyarakat yang prihatin tentang masaalah kebersihan patut bersama-sama menjaga kebersihan kawasan persekitaran tempat tinggal kerana ia adalah untuk kepentingan kita bersama.
Masyarakat setempat perlu didedahkan dengan aktiviti-aktiviti berhubung dengan kepentingan dalam menjaga kebersihan kawasan masing-masing. Program kebersihan perlu dipertingkatkan lagi terutamanya di peringkat anak-anak kecil di alam persekolahan dan tidak ketinggalan juga kepada masyarakat umum.
Semoga usaha yang kita lakukan dapat memberi menafaat kepada alam dan kehidupan manusia keseluruhanya. Sekiranya semua pihak memberi kerjasama yang baik pastinya ia akan menjadi kenyataan buat kita semua. Kedah sejahtera nikmat untuk semua.
• Atas: Tempat rehat pagi dan petang bersama keluarga.
• Tengah: Rumah tradisional di Jalan Sultanah, Alor Setar.
• Bawah: Berehat dan berbual di Inang Flora, Bukit Tembaga.
• Bawah sekali: Tmn. Tabung Haji di Kepala Batas, Alor Setar.
• Youtube: “ Sesuatu yang diimpikan menjadi kenyataan.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.
Isnin, 24 Januari 2011
SARANG TEMBUAN JANGAN DIJOLOK
Pemandanganya indah cantik sentiasa
Sarang tembuan jangan dijolok
Terbangnya deras sengatnya bisa
Tanam pisang jaganya mudah
Dibiarkan tumbuh baja diberi
Sarang tebuan dijolok sudah
Kena sengat tak sempat lari
• Atas: Jalan di kawasan sawah di kg. Telaga Mas, Pokok Sena.
• Tengah: Kebun pisang di tepi bekas sawah di belakang rumah.
• Youtube: “ Satu hari dalam kehidupan ”.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.
Ahad, 23 Januari 2011
KEMATIAN PASTI AKAN MENJEMPUT KITA
Di cicah sambal rasanya tidak terkata
Miskin kaya tua muda akan tiada
Kematian datang menjemput kita
Mandi sungai di Bukit Lada
Airnya dalam di paras dada
Kematian datang sesaat dilewatkan tiada
Selamat tinggal semua yang ada
Sabda Nabi S.A.W.:
Akan datang kasih mereka lima perkara dan lupa mereka lima perkara:
- Kasih mereka kepada hidup,lupa mereka kepada mati.
- Kasih mereka kepada harta, lupa mereka kepada hisab.
- Kasih mereka kepada mahligai, lupa mereka kepada kubur.
- Kasih mereka kepada makhluk, lupa mereka kepada Allah.
- Kasih mereka kepada dunia, lupa mereka kepada akhirat.
Apabila hampir mati seseorang hamba Allah maka terbahagilah dia kepada limabahagi.
- Hartanya untuk warisnya.
- Nyawanya untuk Malaikal Maut.
- Dagingnya untuk ulat-ulat.
- Tulangnya untuk tanah.
- Amalan dan kebajikannya untuk orang yang dianayainya.
• Atas: Perkuburan di kg. Kiew, Pokok Sena.
• Tengah: Perumahan di Taman Baru Pokok Sena hampir siap.
• Youtube: “ Laluan ke Taman Bandar Baru Pokok Sena”.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.
Sabtu, 22 Januari 2011
KHUTBAH JUMAAT DI MASJID SG. DURIAN, POKOK SENA.
Tempat: Masjid Sungai Durian km 20, Pokok Sena.
Khatib: Ustaz Muhammad Ramli
Tarikh: 17 Safar 1432 / 21 Jan. 2011.
Jumaat, 21 Januari 2011
KEMATIAN PASTI MENJEMPUT KITA
Di cicah sambal rasanya tidak terkata
Miskin kaya tua muda akan tiada
Kematian datang bersedialah kita
Mandi sungai di Bukit Lada
Airnya dalam di paras dada
Kematian datang sesaat dilewatkan tiada
Selamat tinggal semua yang ada
• Atas: Jalan ke kawasan kebun di Bukit Lala.
• Tengah: Kawasan sawah di Kubang Lintah, Mukim Lepai.
• Youtube: “ 'Budak kampung' di suatu petang di Bukit Larik”.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.
Khamis, 20 Januari 2011
PERSEKITARAN INDAH YANG DIIMPIKAN
Laluannya sempit janganlah leka
Bumi hijau persekitarannya indah
Sampah saraf dielak dibuang mengikut suka
Pergi ke pekan membeli bata
Singgah sebentar di Taman Pertama
Sampah dan plastik elak dibuang merata-rata
Supaya persekitaran yang indah dapat dikongsi bersama
• Atas: Rumah lama kayu masih ujud di kampung-kampung.
• Tengah: Jalan besar dan simpang masuk ke kg. Bukit Lala.
• Youtube: “Menikmati hembusan udara segar ”.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.
Rabu, 19 Januari 2011
PILIH PEMIMPIN YANG BERWIBAWA
Letihnya badan berehat di pondok terus terlena
Pemimpin yang dipilih adil dan berwibawa
Agar kekayaan negara tidak disalah guna
Tanam pisang dimakan kera
Kera dihalau dihangguknya kepala
Pemimpin berakhlak perlu diambil kira
Negara bemarwah rakyat terbela
• Atas: Impian menjadi nyata halaman dan pondok.
• Bawah : Tanaman pisang dan kelapa di belakang.
• Youtube: “ Perahatikan dan renungilah apa-apa yang di bumi ”.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.
Selasa, 18 Januari 2011
MENGHARAP KEHIDUPAN YANG DIBERKATI
Rumput diangkut melalui titi
Dosa yang dilakukan perlu diinsafi
Agar kehidupan sentiasa diberkati
Buah padi sudah berisi
Yang sudah dituai jagung dan cili
Maksiat berluasa perlu dibentrasi
Musibah datang tiada yang terkecuali
• Atas: Titi di kawasan sawah Kepala Bendang,Tualang.
• Tengah: Padi baru berbuah di kg. Kiew di Pokok Sena.
• Youtube: “ Alam untuk direnungi dan dihayati ”.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.
Isnin, 17 Januari 2011
KESABARAN DAN KEMENANGAN
Dipenuhi tumbuh-tumbuhan disinari cahaya
Tohmah dan fitnah perlu bersabar
Kemenangan yang hakiki pasti berjaya
Mengutip skrub lenguhnya tangan
Kerja yang dibuat tidak biasa
Tenang dan sabar dalam perjuangan
Kemenangan dicapai menunggu masa
• Atas: Laluan di tepi sawah di Kg. Yoi, Pokok Sena.
• Tengah: Mengutib skrub di kebun Kg. Bukit Larik, Pokok Sena.
• Youtube: “ Walau pun tua, hasinya masih ada ”.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.
Ahad, 16 Januari 2011
HARGAILAH ALAM SEKITAR JAGA KEBERSIHAN
Kicauan burung pula suaranya bergema
Sampah dikitar persekitaran dijaga
Kehidupan ceria akan dinikmat bersama
Pegi ke kebun kutip pegaga
Pegaga mudah ditemui merata-rata
Kebersihan persekitaran sama-sama dijaga
Nikmat yang dirasa tidak terkata
• Atas: Kawasan selekoh di jalan kampung Kolam, Jabi, Pokok Sena.
• Tengah: Di sawah boleh di perolehi ulam, kg. Yoi, Pokok Sena.
• Youtube: “ Meneroka dan menikmati keindahan alam”.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.
Sabtu, 15 Januari 2011
Jumaat, 14 Januari 2011
ILMU DAN KEBENARAN
Sejuknya terasa hingga ke malam
Kesulitan yang dihadapi perlu bersabar
Kebenaran tertegak kebatilankan tengelam
Hujan turun tidak berhenti
Lebat dan deras menyelubuni malam
Ilmu yang banyak tidak bererti
Maksiat diamalkan hati menjadi kelam
- Pemberian kontrak bina Insaniah bersih dari rasuah.
- Berjaya melangkau paras defisit RM19 juta.
- MB gembira, pelajar Insaniah berani bersuara!.
- Ada orang Yan tanya, “Kerajaan Negeri buat apa?”.
- Kenaikkan air (SADA) kenapa belaku?.
• Atas: Di kawasan kolam di kawasan rumah.
• Tengah: Di pondok ini digunakan tempat berteduh ketika hujan.
• Youtube: “ Hujan turun lagi”.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.
Khamis, 13 Januari 2011
JANGAN BIARKAN AIR MENJADI KERUH
Sungainya panjang tepinya sawah
Jangan cuba menangguk di air yang keruh
Dikhuatari buaya menunggu di bawah
Pergi ke kebun mengambil benih
Benih yang ditanam perlu dipagari
Buangkan yang keruh ambil yang jernih
Kejernihan datang kebenaran menghampiri
• Atas: Pemandangan di waktu pagi di sungai Tualang.
• Tengah: Terung bulat mudah ditanam di kawasan rumah.
• Youtube: “ Sayangilah sungai dalam kehidupan kita”.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.
Rabu, 12 Januari 2011
PASTIKAN RAKYAT DIDAHULUKAN
Ikan dipancing mencucuk tangan
Pembangunan diberi rakyat didahulukan
Yang tidak sealiran dibiarkan jangan
Pergi ke Jitra hari selasa
Ikut Derhang naik kereta
Rakyat tertindas peritnya dirasa
Mengharap keadilan di negara tercinta
• Atas: Menangkap ikan di kawasan sawah di kampung Kolam.
• Tengah: Leburaya menuju ke Pekan Jitra, Kedah.
• YouTube: "Berehat bersendirian sambil melihat keindahan sawah".
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.
Selasa, 11 Januari 2011
MENOREH GETAH TUA DI KAMPUNG KOLAM JABI.
Saya berkesempatatan melihat sendiri salah seorang penduduk di kawasan kampung Kolam Mukim Jabi melakukan kerja menoreh di kawasan kebunnya yang terletak bersebelahan dengan sawah yang tidak lama lagi akan dituai. Beliau menoreh menggunakan pisau yang disambung dengan kayu panjang berukuran lebih kurang 2 meter.
Beliau mengambil masa lebih kurang 2 minit untuk menyempurnakan sehingga lateks turun masuk dengan sempurna ke dalam mangkuk. Berbanding dengan pokok muda dan dewasa masa yang diambil cuma dalam lingkungan 20 saat hingga ke 30 saat.
Bagi mereka yang penting lateks dapat diambil dengan apa cara pun asalkan dapat dijual. Saya bertanya beliau tentang keluasan kebun dan harga jualan semasa, beliau menjawap rengkas “ 2 ekar ..7.00 ringgit sekilogram”.
Disebabkan banyak pokok yang perlu ditoreh, beliau kelihatan agak sibuk, saya meninggalkan tempat itu untuk sarapan pagi, kebetulan semasa saya menghantar anak ke sekolah saya tidak sempat sarapan. Saya singgah di warung roti canai Amin yang terletak di jalan menuju ke arah kampung Tok Kun.
Isnin, 10 Januari 2011
KUASA MEMBELI TELAH BERKURANGAN
Penatnya tiada sambil berbual
Peniaga pasar malam kini mengeluh
Barang yang dibawa kurang terjual
Tanam pisang dimakan kera
Perangkap dipasang kera cuma lalu
Barang yang dibeli berkira-kira
Jimatkan belanja membeli yang perlu
• Atas: Halaman hijau dapat menceriakan pengelihatan.
• Bawah: Kawasan kebun pisang di kebun getah kg. Bukit Lala.
• Youtube: “Hujan lebat di sebelah petang”.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.
Ahad, 9 Januari 2011
KEDAH SEJAHTERA NIKMAT UNTUK SEMUA
Terjumpa kawan lama di kedai makan
Kesungguhan kita perlu dibuktikan
Kedah sejahtera perlu dipertahankan
Pasang taut haruan menyambar
Taut diangkat terkena dada
Kekurangan yang ada perlu bersabar
Tiga tahun PR memerentah jasanya ada
• Atas: Jualan di pasar borong Pekan Pokok Sena.
• YouTube: “Suasana pagi di Pasar Pekan Pokok Sena.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.
Sabtu, 8 Januari 2011
MBAS HIMPUN PELBAGAI JENIS POKOK NADIR
Menurut Dato’ Bandar, Dato’ Khazali Din, usaha itu dibuat agar pokok-pokok berusia ratusan tahun yang mempunyai pelbagai kegunaan itu dikenali umum selain dijadikan sumber rujukan dan kajian.
Beliau menjelaskan, MBAS baru selesai menjalankan kerja-kerja inventori pokok dalam bandaraya dan pihaknya memiliki pokok hujan-hujan di sekitar Stadium Darul Aman bernilai RM1.3 juta dan pelbagai spesis lain seperti seralat, kandis, setar dan herba.
“Sesiapa yang merosakkan pokok-pokok berkenaan akan dikenakan denda yang tinggi kerana merosakkan inventori milik MBAS,” katanya.
Khazali memberitahu, pihaknya akan mengenakan denda yang nilainya hampir sama dengan kerosakan dan jika pokok itu bernilai jutaan ringgit, dendanya juga tinggi.
“Jika ada pihak menebang pokok ini, mereka perlu membayar denda mengikut harga asal pokok,” ujarnya.
Beliau berkata, taman itu terbuka kepada awam untuk dikunjungi pada bila-bila masa dan boleh dijadikan tempat beriadah seisi keluarga, selain untuk mengekalkan kelestarian bandaraya ini.
“Buat masa ini, kita sedang dalam proses menanam pokok-pokok nadir sebanyak mungkin dan orang ramai yang mempunyai pokok-pokok ini digalakkan menanamnya di situ,” jelasnya.
Tambahnya, MBAS tidak bercadang mengubah suai landskap bandaraya ini pada tahun 2011, tetapi akan memfokus kepada menaik taraf landskap sedia ada.
“Identiti bandaraya ini yang menghijau dengan sawah padi dan landskap sedia ada akan diubah, hanya dibuat sentuhan semula dengan mengekalkan ciri-ciri asalnya,” katanya.
(Sumber: Warta Darul Aman)
KLIK SEBELAH.
• Abiu, Asam Gelugur, Asam Kandis, Asam Kelubi, Avokado.
• Belimbing Buluh, Belimbing Hutan, Beruas, Binjai, Buah Asam, Gelugur, Buah Bertam, Buah Cermai. Buah Kerekup, Buah Kesusu, Buah Larak, Buah Melaka, Buah Mentega, Buah Pala, Buah Rollinia, Buah Rotan, Buah Salak
• Cerapu, Ceri Aserola, Ceri Terengganu, Durian Merah, Durian Sabah
• Engkala
• Jambu Bol
• Kabal Madu, Kelapa Laut, Keriang Dot,
• Labu Kayu
• Markisa, Melinjau
• Nam-nam, Nona
• Pisang Raja Udang
• Rukam
• Sekiat@Khiriat
• Tampoi
Jumaat, 7 Januari 2011
KESABARAN DAN KEMENANGAN
Bacang dan belimbing mudah dan senang
Usaha ikhtiar sentiasa berterusan
Sabar dan istikomah pastikan menang
Menangkap ikan jala ditebar
Ikan yang diperolehi banyak dijual ke pekan
Susah senang perlulah sabar
Agar kemenangan sentiasa dipertahankan
• Atas: Pokok bacang dan belimbing di tanam di halaman.
• Tengah: Jalan besar menuju ke Pekan Pokok Sena.
• You Tube: “Kuliah tafsir Tuan Guru Nik Aziz.”
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.