
Sekiranya anda ingin bercuti di Kedah atau kebetulan mengziarahi kawan-kawan di sini ada kawasan peranginan yang patut anda kunjungi iaitu Hutan Lipur Bukit Wang. Hutan Lipur Bukit Wang terletak dalam Hutan Simpan Bukit Perangin yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah.

Kemudahan asas yang disediakan untuk berkelah, berkhemah, trekking dan jogging. Selain daripada itu terdapat chalet dan gerai, padang permainan disediakan. Hutan lipur ini sesuai untuk pengunjung menjalankan aktiviti bersiar-siar, mendaki gunung dan berkelah.

Lokasi :
- Jitra, Kedah
- Terletak 12 km dari Pekan Jitra Kedah, 40 km dari Bandar Alor Setar. Boleh dihubungi melalui jalanraya.
- Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Bandar Jitra.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan