HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Jumaat, 21 Mei 2010

TETAMU DARI UPPT.LGM

@tiblakedah.blogspot.com
Rombongan kakitangan UPPT (Unit Pembaikan dan Pelindungan Tanaman ) telah singgah ke rumah saya di Teratak Impian Bukit Lala pada jam 12.00 tengah hari setelah melakukan lawatan sambil berkerja di kebun getah Kampung Rawa, Tanah Merah, Pendang.

Gambar kenang-kenangan dari kiri : En. Kamarulzaman, En. Soni, En. R. Segar, Puan Murnita, Cik Noorliana dan En. Samsusah.
Sebelum jamuan ringan disediakan Puan Murnita dan kakitangan UPPT sempat melawat ke kawasan kebun kami yang baru ditebang untuk ditanam semula getah secara berkelompok di bawah anjuran pihak RISDA. Mereka diberi penerangan oleh Pak Cik Ghazali (Pak cik saudara isteri) tentang proses pembersihan kawasan kebun bagi projek tanaman semula yang sedang dijalankan iaitu tanaman secara berkelompok di bawah anjuran pihak RISDA. Isteri saya adalah salah seorang yang termasuk dalam projek ini.

Berehat seketika dari kiri : En. Kamarulzaman dan En. Soni.
Setelah selesai perbincangan dan penerangan diadakan saya sebagai tuan rumah menjemput mereka sebagai tetamu untuk datang ke rumah dan menyediakan makanan. Sambil menjamah makanan, kami sempat berbual dan berbincang mengenai hal-hal terkini yang berlaku di LGM dan perkara yang bersangkutan dengan pokok getah. Sedang asyik berbual, kadangkala hal-hal peribadi turut menjadi topik dalam perbualan kami.

Berehat setelah melawat ke tapak projek tanaman semula getah.
Saya berasa gembira dapat bertemu kembali dengan warga LGM. Kebetulan tidak beberapa hari lagi hampir genap 3 tahun saya telah meninggalkan LGM kerana telah melepaskan jawatan untuk pulang ke kampung. Untuk makluman sahabat-sahabat, saya melepaskan jawatan pada 31 Mei 2007.

Saat perpisahaan selepas lawatan ke tapak projek tanaman semula getah di Kampung Bukit Lala, Pokok Sena.
Sebelum berpisah saya sempat mengambil gambar staff UPPT untuk dibuat kenang-kenangan dan buat tatapan sahabat-sahabat yang mengenali. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Puan Murnita dan rombongannya iaitu Cik Noorliana, En. Soni, En. R. Segar dari LGM Sungai Buloh, En. Samsusah dari LGM Sungai Petani dan juga En. Kamarulzaman dari LGM Alor Setar kerana sudi datang melawat kebun bagi membantu proses pemulihan pokok getah yang menghadap serangan penyakit, semogga pertemuan pertama ini dapat memberi pengelaman baru dan pengetahuan yang berguna buat diri saya.

Bersambung: Lawatan ke kebun yang mengalami masalah penyakit akar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan