HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Jumaat, 14 Mei 2010

SUSUN POKOK WUJUDKAN SUASANA DAMAI

@tiblakedah.blogspot.com
Sudah hampir seminggu saya tidak menulis dan melayari blog. Bukan atas sebab sibuk atau keletihan, tetapi kerana hari Sabtu lepas modem computer saya telah disambar petir akibat hujan lebat dan petir yang tidak henti. Hari Isnin barulah saya membuat aduan tentang kerosakannya kerana saya ada urusan temujanji di klinik pakar gigi di Alor Setar.

Hari ini iaitu pada hari Jumaat, jam 12.00 tengahari, baru pihak TM datang menukarnya kepada yang baru. Sekembalinya saya dari dari solat Jumaat saya amat terasa letih dan keadaan persekitaran yang panas menyebabkan saya mengabil keputusan berehat di pondok.

Sambil saya berehat saya melihat kawasan pesekitaran dari pondok, terlintas di hati saya untuk mengambil gambar dari sudut-sudut yang menarik di kawasan laman rumah saya. Antara pokok hiasan yang saya sempat tanam ialah pokok sakat, buluh madu, sirih keling dan pokok-pokok lain yang namanya saya tidak pasti.

Kami menanam pokok ini bertujuan bagi mengimbangi suasana taman supaya wujud rentak yang menarik di halaman. Pokok yang tinggi dan sifat menimbun pula ditanam berhampiran kolam dan pondok untuk meneduhkan kawasan dan dikelilingi tumbuhan renek yang lain.

Halaman tepi rumah ini kami jadikan tempat berehat bersama isteri dan keluarga sekembalinya dari kebun yang berdekatan sebelum membersihkan badan dan mandi. Oleh sebab kami sudah bersara banyak masa yang kami habiskan di kawasan halaman kami sama ada aktiviti minum petang, membaca, dan berbincang bersama keluarga kerana di sini lebih santai dan nyaman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan