HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Ahad, 23 Mei 2010

LAWATAN PENERANGAN DARI UPPT

Puan Murnita melihat pokok yang dijangkiti penyakit dibantu oleh En. Samsusah dan En. Kamarulzaman@tiblakedah.blogspot.com
18 Mei 2010 - Kami bertolak dari jalan Titi Haji Idris Langgar pada pukul 8.30 pagi. Setelah menunggu hampir 10 minit rombongan dari Unit Pembaikan dan Pengembangan Tanaman (UPPT ) tiba. Pihak UPPT dari Lembaga Getah Malaysia (LGM) yang diketuai Puan Murnita. Kami tiba di kebun kampung Rawa, Tanah Merah lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi.

En. Soni memberi penjelasan kepada Ustaz Ghazali.
Kami melawat kawasan kebun yang dijangkiti penyakit di sekitar kawasan tersebut sambil diberi penerangan oleh tuan tanah Ustaz Ghazali tetang kawasan yang telah dijangkiti dan kesan terhadap hasil keluaran lateks mereka yang telah berkurangan.

Sedang meneliti pokok yang tela dijangkiti penyakit. Dari kiri R. Segar, Cik Noorliyna dan En. Samsusah.
Puan Murnita telah memberi penjelasan tentang pekara ini dengan dibantu rombonganya.
• Jangkitan penyakit ini berpunca dari jangkitan akar pokok getah.
• Disebabkan pokoknya telah dewasa dan sukar dirawat dengan menggunakan bahan kimia dan belanjanya mahal.
• Caranya ialah dengan membena alur di sekeliling kawasan atau pokok yang telah dijangkti.
• Ukuran alur (parit kecil) berukuran lebar 1’ dan dalam 2’ (30cm X 60cm)
• Manakala akar yang menyeberangi ke kawasan pokok yang sihat hendahlah dicantas dan dibersihkan.
• Akar dan pokok yang mati hendaklah dikumpulkan dan diasingkan di satu tempat yang selamat.
• Sisa tadi hendaklah dibakar jika perlu.

Kesan akibat pokok yang telah terkena penyakit.
Setelah jam menunjukkan pukul 11.00 pagi kami pun beredar dari kawasan kebun berpenyakit kerana ada lawatan ke kawasan tanaman semula getah untuk melihat kerja-kerja yang sedang dilakukan.

Mecari dan melihat akar pokok yang dijangkiti penyakit.
Kami tiba di kebun di Bukit Lala pada pukul 12.00 tengah hari. Puan Murnita telah memberi penjelasan tentang apa yang harus dilakukan terhadap tanah dan kawasan persekitaran yang akan ditanam untuk mengelakkan terjadinya jangkitan penyakit yang dibawa oleh akar pokok yang bermasalah. Hampir jam 1.00 tengah hari baru selesai.

Saya dan isteri menyediakan jamuan ala kadar sebagai menghilangkan sedikit rasa lapar dan dahaga. Pihak kami merasa beruntung mendapat penerangan dan penjelasan dari pihak LGM. Semoga majlis lawatan dan penerangan ini dapat membantu kami untuk menyebarkan maklumat yang diperolehi kepada orang kampung yang memerlukan.

Perhimpunan bulanan MB dengan kakitangan kerajaan Negeri Kedah - Agama adalah nasihat, nikmat sihat, nikmat masa lapang, tugas kakitangan awam dan dll....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan