Bagi meningkatkan pendapatan golongan berpendapatan rendah, kerajaan negeri menggalakkan mereka untuk menyertai program ‘contract farming’, seperti tanaman jagung dan ternakan ikan keli.
Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, YB Dato’ Ir Amiruddin Hamzah berkata, dana sebanyak RM2 juta disediakan untuk mereka memulakan usaha ‘contract farming’ ini.
Tanaman jagung sebagai usaha bagi menambahkan pendapatan.
Dalam tanaman jagung manis, dengan kerjasama Sime Darby, kerajaan telah mewujudkan ladang latihan pengeluaran jagung manis di Bukit Tangga.“Para pelatih diajar cara menanam jagung selama satu pusingan, dan kemudiannya mengusahakan atas plot yang diperuntukkan untuknya selama dua pusingan sebelum ianya dibenarkan untuk memulakan tanamannya di atas tanah sekurang-kurangnya satu hektar, dan semua hasil pengeluaran dibeli oleh Sime Darby.
Mengawal rumput tumbuh. Jagung boleh dituai dalam masa 65 hari. Lokasi: kampung Bukit Lala, Pokok Sena, Kedah.
“Pihak kerajaan sedang berusaha untuk mempertemukan penanam-penanam jagung manis sedia ada agar mereka juga dapat menjadi ‘contract farming’ kepada Sime Darby, kilang memproses jagung manis telah dikenalpasti oleh Sime Darby.“Dalam bidang perikanan, kerajaan menggalakkan ternakan ikan keli, tilapia dan pelbagai jenis ikan laut dalam sangkar atau kanvas,” jelas beliau bagi menjawab soalan bertulis ADUN Kuala Ketil, YB Md Zuki Yusof mengenai perkembangan pertanian yang telah diusahakan oleh kerajaan negeri dalam usaha membantu mereka yang berpendapatan rendah.
Menurut beliau, melalui Jabatan Pertanian, kerajaan negeri juga mensasarkan keluasan 4,050 hektar untuk tanaman nenas menjelang 2015.
“Sehingga sekarang, terdapat lebih 500 penanam dengan keluasan melebih 1,600 hektar, Jabatan Pertanian juga sedang memperkenalkan tanaman dengan kepadatan tinggi agar jumlah tanaman dapat ditingkatkan sekali ganda atas keluasan yang sama,” jelas beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan