Isnin, 31 Mei 2010
GENAP 3 TAHUN MENINGGALKAN LGM
Ahad, 30 Mei 2010
JAUHILAH DARI SIFAT SUKA BERHUTANG
• Hai anakku; Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
(Luqmann Hakim)
Sabtu, 29 Mei 2010
JELAPANG PADI KEDAH
Jumaat, 28 Mei 2010
BERFIKIR SEJENAK
Berhenti seketika lihat papan tanda
Akal yang cerdik disalah guna
Suasana harmoni purak puranda
Ke Kubur Panjang lihat papan tanda
Naik motor sakitnya lengan
Fikiran terbuka berlapang dada
Pandangan didengar luaskan pebincangan
Khamis, 27 Mei 2010
KERAMAHAN MASYARAKAT KAMPUNG ASET HOMESTAY TARIK PELANCUNG
Banyak perkara baru yang dipelajari selain penguasaan bahasa Melayu yang bertambah baik setelah bersama mereka.Jelasnya, program bersama keluarga angkat mengajar beliau untuk menghormati nilai-nilai budaya Malaysia di samping menghilangkan rasa rindu terhadap kampung halaman.Manakala.
Pelajar dari Somalia Mohamed Hassan Abdilahi, berkata, program ini memberi peluang kepada pelajar antarabangsa mendekati masyarakat kampung di samping memberi pendedahan mereka terhadap budaya sebenar masyarakat Malaysia.
Ujarnya, aktiviti berkumpulan membantunya untuk berkomunikasi dengan berkesan selain dapat mengeratkan hubungan silaturahim.
Sementara itu, Pengarah CIAC, Lt. Kol. Prof Dr Abdul Razak Chik, berkata, program yang disertai 30 pelajar tempatan dan antarabangsa dapat memberi nilai tambah kepada pembangunan kemahiran insaniah pelajar antarabangsa untuk melahirkan pelajar yang berfikiran kritis dan inovatif.
Jelasnya, bilangan pelajar antarabangsa yang melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia semakin bertambah dan mereka menjadi ‘duta kecil’ Malaysia di negara masing-masing sekali gus membantu mempromosikan pengajian tinggi di Malaysia.
“Program ini menunjukkan keprihatinan kementerian dan UUM terhadap pembangunan pelajar antarabangsa di samping memastikan mereka mendapat pengalaman berguna sepanjang berada di Malaysia seterusnya mempromosikan pengajian tinggi Malaysia di negara masing-masing,” katanya.
Tambahnya, objektif program ini adalah selaras dengan Teras 2 Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara(PSPTN) iaitu Menambah Baik Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran serta Agenda Kritikal iaitu Pembangunan Sahsiah Pelajar Holistik.
“Dengan adanya penganjuran program seumpama ini membuka peluang kepada pelajar untuk membuat networking dengan berkomunikasi dan bekerja dalam kumpulan tanpa mengira perbezaan latar belakang budaya, ideologi dan negara,” katanya. Menurutnya, ia turut memupuk sifat-sifat positif dalam diri dan nilai profesionalisme berorientasikan matlamat, beretika tinggi dan rasa tanggungjawab dalam kalangan pelajar.
Rabu, 26 Mei 2010
MEMBUKA PANEL TOREHAN – POKOK KLON
•Ukur lilitan pokok klon 45cm.
•Panjang ketinggian dari paras tanah 150cm.
•Kecerunan alur torehan 30 °.
•Penanda hendaklah di buat dengan menoreh dari atas ke bawah, sebagai sempadan penel yang hendak ditoreh.
•Torehan dibuat sebagai alur untuk lateks mengalir.
•Kebiasaannya pokok klon kulitnya nipis, pastikan torehan dibuat jangan sampai luka.
Masa yang sesuai untuk menoreh adalah keluar awal di waktu pagi , kerana cuasa masih sejuk dan lateks mengalir lancar. Hasil yang diperolehi pastinya memuaskan, selamat mencuba.
Selasa, 25 Mei 2010
NIKMAT SEJAHTERA
Pemandangannya indah tidak terkata
Hidup tenang nikmat sejantera
Impian tercapai bahagialah kita
Isnin, 24 Mei 2010
‘The Royal Kedah International Hot Air Balloon Festival 2010’ . 28 - 30 Mei.
Dirasmikan oleh : Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah.
Tempat : Taman Jubli Emas, Suka Menanti, Alor Setar.
Tarikh : 28 – 30 Mei 2010.
Masa : 6.30 hingga 9.00 pagi / 5.30 hingga 7.30 malam.
Bayaran : RM 10.00 seorang.
Keterangan lanjut sila hubungi :
Tuan Syed Shafulamin Syed Ahmad Fuzi (013-6444464) di Unit Perancang Ekonomi Negeri Kedah atau Rozad Crative di talian 019-3301003 (Zulhelmi Salman), 019-6472477,
(Abu Zarim Abu Talib) dan 016-2117350 (Diana Daud).
Negara yang mengambil bahagian New Zealand, Jepun, Belgium, Thailand, Perancis dan juga negara tuan rumah Malaysia.
Sebanyak sepuluh buah belon akan melakukan penerbangan. Kapasiti setiap belon yang naik hanya muat tiga orang termasuk juruterbang.
Program ini anjuran Kerajaan Negeri dengan kerjasama Rozad Creative. Lain-lain agensi yang terlibat ialah Jabatan Kerja Raya, SADA, MBAS, Kementerian Pelancongan Malaysia, Tourism Malaysia, Yayasan Sultanah Bahiyah, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Pertahanan Awam (JPA3),Lembaga Perlesenan Kenderaan Persekutuan, Transnasional, Mara Liner dan Mada.
Ahad, 23 Mei 2010
LAWATAN PENERANGAN DARI UPPT
• Jangkitan penyakit ini berpunca dari jangkitan akar pokok getah.
• Disebabkan pokoknya telah dewasa dan sukar dirawat dengan menggunakan bahan kimia dan belanjanya mahal.
• Caranya ialah dengan membena alur di sekeliling kawasan atau pokok yang telah dijangkti.
• Ukuran alur (parit kecil) berukuran lebar 1’ dan dalam 2’ (30cm X 60cm)
• Manakala akar yang menyeberangi ke kawasan pokok yang sihat hendahlah dicantas dan dibersihkan.
• Akar dan pokok yang mati hendaklah dikumpulkan dan diasingkan di satu tempat yang selamat.
• Sisa tadi hendaklah dibakar jika perlu.
Saya dan isteri menyediakan jamuan ala kadar sebagai menghilangkan sedikit rasa lapar dan dahaga. Pihak kami merasa beruntung mendapat penerangan dan penjelasan dari pihak LGM. Semoga majlis lawatan dan penerangan ini dapat membantu kami untuk menyebarkan maklumat yang diperolehi kepada orang kampung yang memerlukan.
Jumaat, 21 Mei 2010
TETAMU DARI UPPT.LGM
Rombongan kakitangan UPPT (Unit Pembaikan dan Pelindungan Tanaman ) telah singgah ke rumah saya di Teratak Impian Bukit Lala pada jam 12.00 tengah hari setelah melakukan lawatan sambil berkerja di kebun getah Kampung Rawa, Tanah Merah, Pendang.
Bersambung: Lawatan ke kebun yang mengalami masalah penyakit akar.
Isnin, 17 Mei 2010
TERPIJAK DURI
Penat berjalan rehat di titi
Rakyat bermarwah ada harga diri
Kekayaan negara tidah dikhianati
Ahad, 16 Mei 2010
BERTANYALAH JIKA TIDAK FAHAM
Kampungnya terpencil kemudahan ada
Wang banyak ditabur rakyat terima
Keputusan diterima nak pecah dada
Pergi ke sawah di kawasan Mada
Padi yang akan dituai sebelum raya
Rakyat bermaklumat terbuka minda
Harapan murni ke Puterajaya
Sabtu, 15 Mei 2010
SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU
Sawah terletak di tepi jalan
Jadi murid jaganlah nakal
Nasihat guru jadikan amalan
Jumaat, 14 Mei 2010
SUSUN POKOK WUJUDKAN SUASANA DAMAI
Sudah hampir seminggu saya tidak menulis dan melayari blog. Bukan atas sebab sibuk atau keletihan, tetapi kerana hari Sabtu lepas modem computer saya telah disambar petir akibat hujan lebat dan petir yang tidak henti. Hari Isnin barulah saya membuat aduan tentang kerosakannya kerana saya ada urusan temujanji di klinik pakar gigi di Alor Setar.
Hari ini iaitu pada hari Jumaat, jam 12.00 tengahari, baru pihak TM datang menukarnya kepada yang baru. Sekembalinya saya dari dari solat Jumaat saya amat terasa letih dan keadaan persekitaran yang panas menyebabkan saya mengabil keputusan berehat di pondok.
Sambil saya berehat saya melihat kawasan pesekitaran dari pondok, terlintas di hati saya untuk mengambil gambar dari sudut-sudut yang menarik di kawasan laman rumah saya. Antara pokok hiasan yang saya sempat tanam ialah pokok sakat, buluh madu, sirih keling dan pokok-pokok lain yang namanya saya tidak pasti.
Kami menanam pokok ini bertujuan bagi mengimbangi suasana taman supaya wujud rentak yang menarik di halaman. Pokok yang tinggi dan sifat menimbun pula ditanam berhampiran kolam dan pondok untuk meneduhkan kawasan dan dikelilingi tumbuhan renek yang lain.
Halaman tepi rumah ini kami jadikan tempat berehat bersama isteri dan keluarga sekembalinya dari kebun yang berdekatan sebelum membersihkan badan dan mandi. Oleh sebab kami sudah bersara banyak masa yang kami habiskan di kawasan halaman kami sama ada aktiviti minum petang, membaca, dan berbincang bersama keluarga kerana di sini lebih santai dan nyaman.
Khamis, 13 Mei 2010
KETENANGAN HIDUP
Jalannya becak tidak selesa
Rugi didunia undang sengsara
Rugi di akhirat hancur binasa
Potong rumput penat terlena
Rumput diikat dengan sempurna
Amalan judi apalah guna
Kehidupan derita jiwa merana
Ahad, 9 Mei 2010
TUMBANG DAN KEBOSANAN
Laluan di titi berjalan pun gayat
Tumbang pokok akibat ribu
Pemerentahan tumbang yang undi rakyat
Cuba teka nama kawasan
Tempat isterehat orang pilihan
Jika di pejabat dah rasa bosan
Pergi bercuti hilang, mudah-mudahan
Sabtu, 8 Mei 2010
KEDAH AKAN JADI PENGELUAR ANGGUR
Hasrat tersebut dinyatakan ketika melakukan lawatannya ke ladang anggur di Tasik Beris di sini.“Sebelum ini daerah Sik terkenal dengan ikan pekasam sekarang kita mahu Sik juga dikenali sebagai daerah pengeluar anggur. Bila orang sebut Sik orang akan teringat anggur,” katanya ketika berucap dalam majlis yang diatur sempena lawatan beliau ke situ.
Beliau memberitahu telah memaklumkan perkara ini kepada DYMM Tuanku Sultan Kedah dan baginda berasa bangga dengan pencapaian rakyat Kedah dalam bidang pertanian.
“Ketika mengiringi Tuanku pada majlis santapan amal Persatuan Bencana Alam Negeri Kedah di Pusat Konvensyen Sime Darby di Kuala Lumpur semalam saya memaklumkan kepada Tuanku, saya akan balik cepat kerana akan menghadiri majlis di ladang anggur ini, jadi Tuanku tanya anggur Siam ka? Saya kata bukan, ini anggur kita ladangnya di Sik,” ujarnya.
Ladang seluas empat ekar diusahakan oleh Excel Agrotech menempatkan 1000 pokok anggur yang subur dan mengeluarkan buah-buah yang sekarang dalam peringkat matang dan boleh dipetik.
Dato’ Seri Ustaz Azizan melahirkan rasa gembira kerana rakyat Kedah telah berjaya mengusahakan ladang anggur, kurma, jagung, betik, nenas dan mempelam serta kolam ikan untuk komersil.
Beliau mencadang supaya diwujudkan ladang berkonsep agro-tourisme dengan binaan chalet berdekatan ladang-ladang berkenaan bukan sahaja untuk menarik pelancong datang ke ladang tetapi memikat mereka supaya tinggal lebih dari sehari menikmati suasana ladang dan keindahan alam di situ.
Bangunan yang disediakan untuk pelancong di mana pengunjung boleh menikmati pemandangan suasana ladang dan tasik kerana hampir 90 peratus berdinding kaca.
Terdapat galeri jualan yang menjual anggur segar, jus, kordial dan produk berasaskan anggur seperti sabun, losyen badan dan mandian.
Galeri jualan dibuka untuk orang ramai setiap hari dari jam 9.30 pagi hingga 6.30 petang. Sesiapa yang berminat untuk membeli atau untuk melawat ladang ini boleh menghubungi talian 04-4620466 atau faks 04-4620611.
Jumaat, 7 Mei 2010
DAMAI YANG HILANG
Untuk dibuat 'warung kembara'
Fitnah dijaja kebenaran terpelihara
Di dunia menderita akhirat sengsara
Naik motor ke Pedu sudah dicuba
Perjalanannya jauh sampai terlena
Maksiat berluasa musibah tiba
Bala yang datang semuanya kena
Di sungai Tualang tiada buaya
Ikan yang dapat dijual di Pokok Sena
Hebat didunia mati akhirnya
Harta yang haram apalah guna
Khamis, 6 Mei 2010
SAWAHNYA INDAH TERBENTANG LUAS
Sawah dibajak tanahnya lembut
Jika hidup sentiasa bermewah
Hutang tertunggak jangan nak cabut
Sawah indah di waktu petang
Lembu berkeliaran banyak betina
Jika hidup banyak berhutang
Fikiran rungsing tidur tak lena
Ambil gambar di kawasan sawah
Persekitaranya cantik sangat selesa
Jadi pemimpin nasihat yang bawah
Hidup sejahtera aman sentosa