HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Selasa, 14 Julai 2009

TAHNIAH & TERIMA KASIH

@ tiblakedah.blogspot.com
Tahniah kami ucapkan kepada seluruh pengundi Manik Urai yang telah memberi kepercayaan untuk memenangkan calun PAS YB Mohd Fauzi Abdullah. Kami juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua penyokong dan petugas-petugas di semua peringkat dalam Pakatan Rakyat yang bertungkus lumus dari awal hingga akhir membantu PAS hingga dapat memenangkan calun yang kita pilih.

Semoga kerja sama ini dapat diteruskan hingga ke PRU13. Kemerosot undi yang kita perolehi tidak akan melemahkan semangat perjuangan kita. Anggaplah ini sebagai satu cabaran untuk kita terus berjuang hingga mencapai kemenangan yang mutlak untuk Pakatan Rakyat.

BN tewas 65 undi
Kuala Krai: Pas memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai apabila calonnya, Mohd Fauzi Abdullah, menang tipis 65 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat.

Mohd Fauzi, 50 memperoleh 5,348 undi berbanding Tuan Aziz yang mendapat 5,283 undi. Sebanyak 117 undi rosak. Pada pilihan raya umum 2008, Pas memenangi kerusi itu dengan majoriti 1,352 undi.

Keputusan Manik Urai lewat berkumandang
Petanda calun PAS akan menang
Rakyat bebas memilih BN tak senang
Lima kali Pilihanraya kecil BN masih kecundang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan