HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Ahad, 5 Julai 2009

PERGI BUAT SELAMA-LAMANYA

Olih : @ tiblakedah.blogspot.com
“Abang, bangun ada call”, isteri
ku memanggil. Semasa itu saya sedang tidur lena. Apabila terjaga daripada panggilan, saya terus mencapai handset dan menjawab panggilan. ”Man isteri saya dah meninggal semalam hari Sabtu” . Dalam keadaan terpinga-pinga, saya cuba bertanyakan siapa yang bercakap ni?. “Harun”, jawabnya ringkas. “Innalillah wainailaihirojiuun” jawapku. Jam pada ketika itu menunjukkan pukul empat petang, hari Ahad, 5 Julai 2009.

Sebenarnya pada hari Harun membuat panggilan itu, kami baru saja pulang dari Hulu Langat iaitu dalam tiga hari yang lepas. Hari sebelum kami pergi ke Hulu Langat, kami telah menghadiri majlis perkahwinan anak abang saya di Sitiawan. Kami pergi ke sana dengan menaiki bas. Manakala anak saya, Firdaus turut menghadiri majlis perkahwinan tersebut dengan menaiki kereta daripada Hulu Langat. Setelah selesai majlis kami bercadang untuk pulang ke Hulu Langat untuk berehat di sana selama beberapa hari. Kami pulang ke sana dengan menaiki kereta anak saya.

Ada juga terlintas di hati ingin menziarahi kawan saya Harun yang tinggal di Taman Jasmin, Kajang. Saya selalu juga menghubunginya, bertanyakan khabar tentang kesihatan dirinya. Dia mengalami penyakit kencing manis, darah tinggi dan yang terbaru sebelah matanya tidak dapat melihat disebabkan kencing manis yang dihidapinya.

Baru-baru ini saya menelefon Harun. Menurut Harun, dia baru saja menjalani dua kali pembedahan mata, tetapi matanya masih belum dapat melihat. Dia terpaksa dihantar dan diambil oleh isteri apabila hendak ke pejabat. Manakala isterinya suri rumah sepenuh masa. Itulah rutin harian isterinya. Manakala dia berkerja sebagai ahli lembaga pengarah di sebuah syarikat perundingan yang berurusan dengan KTM.

Saya amat terkejut dengan berita tentang kematian isterinya kerana sebelum ini isterinya sihat dan tidak mengalami sebarang penyakit yang serius. Hanya dalam dua tiga hari mengalami demam biasa, kemudian arwah meninggal dunia. Untuk makluman, saudara Harun Hilmi adalah anak Ustaz Aziz yang pernah mengajar di Sekolah Kebangsaan Batu Sepuloh sekitar tahun 60an. Semogga Allah mencucuri Rahmatnya isterinya bersama orang yang beriman dan beramal soleh, Amin.
Get this widget Track details Hanya Ingatan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan