HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Sabtu, 11 Julai 2009

JANGAN MUDAH LUPA

Jangan mudah lupa
Kerana esok belum pasti kita ada
Kadang-kadang kita dijemput dengan tiba-tiba
Tidak diduga mungkin kerana alpa
Yang hidup hendahlah sentiasa bersedia
Agar terselamat dari syaitan durjana

Yang dikasihi telah mendahului kita
Yang terkenal di dunia pergi dengan tiba-tiba
Kadang-kadang yang terlantar lama
Masih ada entah bila
Sabar menunggu masa yang akan tiba
Entah bila itulah hakikatnya

Jangan mudah kita lupa
Masa yang datang pantas sentiasa
Sekarang Rejab, Saaban Ramadhan akan tiba
Peluang bertaubat masih luas terbuka
Berkorbanlah dengan masa yang ada
Semogga hidup kita tidak sia-sia

Kita selalu silap dan salah sangka
Kerana kita kata umur masih muda
Jadi yang kemasjid hanya untuk orang tua
Banyak pengajian dan ilmu yang ada
Di masjid adalah tempatnya
Tempat lain pun ada
Tetapi takan sama

Janganlah tunggu esok dan hari seterusnya
Takut terlambat dan kematian sudah tiba
Masa itu menyesal rugi tak terkata
Syaitan suka kerana sudah berjaya
Nasihat diberi untuk kita semua
Agar kita tidak mudah lupa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan