Seseorang yang suka berhutang dengan niat untuk tidak membayarnya adalah amat keji mengikut pandangan islam "Sesiapa juga yang berhutang dan dia bercita-cita tidak akan membayarnya, dia akan menemui Allah sebagai pencuri." (Hadis riwayat Ibn Majah dan Baihaqi).
Manakala dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Thabarani dalam Al-Saghir dan Al-Awshat dengan sanat perawi-perawinya yang tsiqah menyatakan bahawa orang yang enggan membayar hutang telah menipu sehingga dia mengambil wang dan harta orang yang menghutanginya. Jika dia mati dalam keadaan dia tidak membayar hutangnya, dia akan menemui Allah sebagai seorang pencuri.
Imam Ahmad, Al-Nasa’i dan Al-Hakim yang mensahihkan riwayat daripada Abu Sa’id Al-Khudriy Radiallahu anhu yang maksudnya : "Saya mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : " Aku berlindung dengan Allah daripada kekufuran dan hutang. Lalu berkata seorang lelaki : " Wahai Rasulullah! Adakah setanding hutang itu dengan kufur?" Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : "Ya!"
Dari itu, selaku orang-orang yang beriman, jika kita berhutang hendaklah dijelaskan kepada orang yang memberi hutang supaya kita terhindar daripada segala kemurkaan Allah Subhanahu wataala dan balasan buruk kerana menanggung hutang sepertimana yang diterangkan di atas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan