HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Khamis, 9 Julai 2009

PANTUN NASIHAT 7

Kehijauan hutan tenang dan nyaman
Pelbagai tumbuhan mudah didapati
Jika hidup tidak mahu beriman
Harta yang banyak tidak bererti

Kedah sejahtera sudah terbukti
Pemimpinnya telus ada pegangan
Jika kejahatan dilakukan hingga kemati
Semasa nazak menyesal apalah erti

Balik kampong anak menanti
Naik bas expres duduk di tepi
Duit yang banyak tidak bererti
Halal dan haram ditolak tepi

Ramai berkampung di Manik Urai
Tanda sokongan capai kemenangan
Sudah lima puluh tahun rakyat terabai
Baru sekarang nak beri bantuan

Selesema babi peristiwa yang ngeri
Datang bersama pelawat ke dalam negeri
Pemimpin yang baik dihormati
Pemimpin yang khianat sentiasa diawasi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan