HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Jumaat, 31 Julai 2009

POKOK SENA, PELBAGI ULAM BOLIH DIPEROLEHI


Pelbagai jenis ulam menjadi pembuka selera yang digemari bukan sahaja oleh penduduk kampung, tetapi warga kota yang sanggup mencarinya di merata-rata tempat terutama untuk dinikmati bersama nasi.

Antara jenis ulam yang paling digemari oleh masyarakat di negara ini ialah pucuk gajus. Pucuk gajus yang juga dikenali sebagai 'jambu golok' ini mempunyai rasa yang sedikit kelat tetapi sedap dimakan terutama apabila dicicah dengan budu atau sambal belacan.

Melihat kepada potensi perniagaan yang boleh diusahakan daripada pokok gajus yang berasal dari Brazil itu, seorang peniaga sayur, Zainun Ahmad, 44, mengusahakan tanaman berkenaan di belakang rumahnya di Kampung Bukit Lada di sini.

Zainun memberitahu, dia menanam sebanyak 600 pokok gajus di atas tanah seluas 0.4 hektar sejak beberapa tahun lalu bagi mengambil pucuk untuk dijadikan ulam. Menurutnya, dia memilih untuk menanam pokok yang hampir pupus itu kerana ia mudah dijaga selain mempunyai permintaan pasaran yang tinggi.

"Pengusaha tanaman ini juga tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan hasil kerana pokok gajus cepat berpucuk. "Ia biasanya boleh mula dikutip dalam masa lapan bulan atau sembilan bulan sahaja selepas ditanam," katanya di sini baru-baru ini.

Zainun memberitahu, pucuk gajus yang dijual pada harga 50 sen seikat kepada pemborong begitu laris sehingga dia hanya mampu memenuhi permintaan di sekitar kawasan Pokok Sena dan Kuala Nerang, dekat sini sahaja. "Kebiasaannya saya memetik pucuk gajus dalam masa dua atau tiga hari sekali. Setiap kali dipetik, saya dapat menjual hingga 500 ikat," katanya lagi.

Sehubungan itu, dia menyarankan orang ramai yang meminati bidang perniagaan pertanian supaya memilih penanaman pokok gajus yang mampu memberi pulangan lumayan kepada pengusahanya.

Rabu, 29 Julai 2009

ANAK ADALAH AMANAH


Sifat percaya diri tidak hanya harus dimiliki oleh orang dewasa, tetapi anak-anak juga memerlukannya dalam perkembangannya menjadi dewasa. Sifat percaya diri sulit dikatakan secara nyata. Tetapi kemungkinan besar orang yang percaya diri akan bisa menerima dirinya sendiri, siap menerima tantangan dalam erti mau mencuba sesuatu yang baru walaupun ia sadar bahwa kemungkinan salah pasti ada. Orang yang percaya diri tidak takut menyatakan pendapatnya di depan orang banyak.
Rasa percaya diri membantu kita untuk menghadapi situasi di dalam pergaulan dan untuk menangani berbagai tugas dengan lebih mudah. Untuk anak-anak, rasa percaya diri membuat mereka mampu mengatasi tekanan dan penolakan dari teman-teman sebayanya. Anak yang percaya diri bijak menghadapi situasi sulit dan berani ke hadapan.
Jesteru mereka sering mempunyai daya tarikan yang membuat orang lain ingin bersahabat dengannya. Mereka sentiasa menunjukkan prestasi yang memberangsangkan di sekolah sama ada dalam bidang pelajaran mahupun bidang kokurikulum. Anak-anak sering merasa rendah diri dan tidak yakin pada kemampuan diri kerana banyak hal yang mereka harus dipelajari.
Kesimpulannya, ibu bapa berperanan penting dalam membentuk perilaku anak memiliki peribadi unggul seperti mempunyai keyakinan dan shasiah diri yang tinggi. Mereka juga memerlukan bimbingan dan dorongan secara terus-menerus daripada ibu bapa mahupun guru-guru di sekolah. Jika anda ingin membangun rasa percaya diri dalam diri anak anda, tak ada istilah terlambat untuk memulai. Hal ini merupakan hadiah terbaik untuk anak anda dan diri anda sendiri jika anda berjaya melakukannya.

Selasa, 28 Julai 2009

KEISTEMEWAAN BULAN RAMADHAN


Berdoa agar Allah swt. memberikan umur panjang kepada kita sehingga kita berjumpa dengan bulan Ramadhan dalam keadaan sihat. Dengan keadaan sihat, kita boleh melaksanakan ibadah secara maksimal: puasa, shalat, tilawah, dan dzikir. Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahawa Rasulullah saw. apabila masuk bulan Rajab selalu berdoa, ”Allahuma bariklana fii rajab wa sya’ban, wa balighna ramadan. Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rajab dan Sya’ban, dan sampaikan kami ke bulan Ramadan.” (HR. Ahmad dan Tabrani)

Pada bulan untuk ramadhan Allah telah memberi lima perkara yang tidak pernah diberikan pada umat- umat sebelumnya :-
  1. Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum disisi Allah Azza wa Jalla dari pada minyak kasturi.
  2. Para malaikat selalu memintakan ampunan untuk mereka hinga berbuka.
  3. Setiap hari Allah menghiasi surga-Nya sambil berkata hamba-hamba-Ku yang soleh ingin melepas beban dan penderitaan yang mereka rindu untuk memasukinya.
  4. Pada bulan ini diikatlah syaitan-sayitan yang durhaka sehinngga mereka tidak leluasa mencapai apa yang dapat dicapainya pada bulan lainnya.
  5. Mereka diampuni oleh Allah Azza wa Jalla . pada malam yang terakhir dari bulan itu. Para shabat bertanya wahai Rasulullah, apakah itu malam lailatul qadar ? Beliau menjawab, tidak karena orang yang bekerja itu akan dipenuhi upahnya manakala sudah menyelesaikannya pekerjaannya.

Inilah 5 perkara yang Allah simpan dan anugerahkan khusus hanya untuk kita, bukan diperuntukkan untuk umat yang lain, karena ia hendak menyempurnakan nikmatnya atas kita. Semogga peluang ini kita tidak sia-siakan.

Isnin, 27 Julai 2009

RAYUAN BANTUAN DERMA

SURAU PERKAMPUNGAN DARUL HIDAYAH Sumbangan derma adalah dalam bentuk :-
  • Wakaf lantai (RM 50/ka. persegi)
  • Zakat
  • Sumbangan/ Amal Jariah
  • Bahan binaan

Bayaran atas nama “SURAU DARUL HIDAYAH” No Akaun Bank : CIMB : 1210-0004507-05-6
Untuk keterangan lanjut sila hubungi:-

  • Mohamad Jan Sulong – 019 2704432
  • Haji Wan Yunud Abd Rahman – 013 3806710
  • Haji Yunus Bahari - 019 2289221

Istiqamah - Dato ismail Kamus

NASIHAT LUQMAN HAKIM KEPADA ANAKNYA


  1. Hai anakku; ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, ramai manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama takwa, isinya ialah Iman dan layarnya adalah Tawakal kepada Allah.

  2. Hai anakku; orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari Allah. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari Allah juga.

  3. Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada Allah, maka dia tawadduk kepada Allah, dia akan lebih dekat kepada Allah dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada Allah.

  4. Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukan oleh mu, maka marahnya ibubapa terhadap mu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

  5. Hai anakku; Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

  6. Hai anakku; Dan selalulah berharap kepada Allah tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai Allah. Takutlah kepada Allah dengan sebenar-benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat Allah.

  7. Hai anakku; seseorang pendusta akan lekas/cepat hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seseorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak mengelamunkan hal-hal yang tidak benar.. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian/nasihat kepada orang yang tidak mahu mengerti atau mendengar nasihat.

  8. Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih berat lagi daripada semua itu,adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

  9. Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang tidak cerdik sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

  10. Hai anakku; Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang merbahaya.

  11. Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

  12. Hai anakku; janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

  13. Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan apa sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan apa saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

  14. Hi anakku; Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yg takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

  15. Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yg mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

  16. Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.

  17. Hai anakku; selalulah baik tuturkata dan halus budi-bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang yang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

  18. Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yg tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

  19. Hai anakku; Jadikanlah dan jagalah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya’ yang akan mendatangkan celaan pada dirimu.

  20. Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptakan Allah bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

  21. Hai anakku; usahakanlah dan jagalah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

  22. Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.

  23. Hai anakku; Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata-kata yang mengandungi racun, dan sesiapa yg tidak dapat menahan lidahnya dari berkata-kata kotor tentu akan menyesal.

  24. Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagaikan tanah yang subur yang selalu disirami air hujan.

  25. Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain.Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.
Get this widget Track details Al Muaalim

Ahad, 26 Julai 2009

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN



Ramadhan yang ditunggu telah tiba
Yang telah berlalu tidak akan datang semula
Rebutlah peluang ketika umur masih ada
Menyesal tiada guna jika kematian datang tiba-tiba

Get this widget Track details Asmaulhusna

Jumaat, 24 Julai 2009

RAMADHAN TIBA

"ROKOK DITINGGALKAN"

Khamis, 23 Julai 2009

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN

Kepada : Muslimin dan Muslimat di mana jua anda berada dan tidak lupa juga kepada semua kakitangan Lembaga Getah Malaysia dengan ucapan selamat berpuasa semogga puasa kali ini adalah yang terbaik buat kita semua.
Ramadhan akan tiba, sebutlah peluang yang ada - 1 Ramadhan 1429

Banyakkan Beribadat di Bulan Ramadan

Sabda Rasulullah s.a.w, mafhumnya :
Sesiapa sahaja yang mengambil peluang di bulan Ramadan dengan syarat dia beriman dan patuh kepada perintah Allah SWT serta mengharapkan ganjaran pahala dan keredhoan Allah SWT insya’Allah, dosa-dosanya yang terdahulu akan diampunkan oleh Allah.

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Barangsiapa melakukan ibadah Ramadhan karana iman dan mengharap redho-Nya, maka diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu."
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Selasa, 21 Julai 2009

PENGORBANAN IBU

Ingatlah jasa IBU....

Bila dahaga, ku cari ibu disusukannya aku
Bila lapar, disuapkannya aku
Bila keseorangan, dia sentiasa di sampingku
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. ibu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja... aku dekati ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku...ibu
Bila merajuk... yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..ibu
Bila takut... yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk... yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..ibu
Bila sedih, aku mesti talipon... ibu
Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu... ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuu! "
Bila sakit, orang paling risau adalah ..ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. ibu

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni... ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, ibu
Yang selalu berleter kat aku.. . ibu
Yang selalu puji aku.. ibu
Yang selalu nasihat aku.. ibu
Bila sudah tiada hanya doa buat mu IBU….

tiblakedah.blogspot.com

Get this widget Track details IBU

HUTANG



Seseorang yang suka berhutang dengan niat untuk tidak membayarnya adalah amat keji mengikut pandangan islam "Sesiapa juga yang berhutang dan dia bercita-cita tidak akan membayarnya, dia akan menemui Allah sebagai pencuri." (Hadis riwayat Ibn Majah dan Baihaqi).

Manakala dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Thabarani dalam Al-Saghir dan Al-Awshat dengan sanat perawi-perawinya yang tsiqah menyatakan bahawa orang yang enggan membayar hutang telah menipu sehingga dia mengambil wang dan harta orang yang menghutanginya. Jika dia mati dalam keadaan dia tidak membayar hutangnya, dia akan menemui Allah sebagai seorang pencuri.

Imam Ahmad, Al-Nasa’i dan Al-Hakim yang mensahihkan riwayat daripada Abu Sa’id Al-Khudriy Radiallahu anhu yang maksudnya : "Saya mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : " Aku berlindung dengan Allah daripada kekufuran dan hutang. Lalu berkata seorang lelaki : " Wahai Rasulullah! Adakah setanding hutang itu dengan kufur?" Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : "Ya!"

Dari itu, selaku orang-orang yang beriman, jika kita berhutang hendaklah dijelaskan kepada orang yang memberi hutang supaya kita terhindar daripada segala kemurkaan Allah Subhanahu wataala dan balasan buruk kerana menanggung hutang sepertimana yang diterangkan di atas.

Ahad, 19 Julai 2009

BAHAYANYA FITNAH


Maksud firman Allah SWT:
“Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan fitnah kepada orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab Jahannam dan bagi mereka azab (neraka) yang membakar.”
(Al-Buruuj:10)

Jumaat, 17 Julai 2009

SOLAT KHUSUK ZAHIR BATIN


Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk
solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk
dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya,
demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam
dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"
Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin."
Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"
Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air". Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara:

  • Bertaubat
  • Menyesali dosa yang telah dilakukan
  • Tidak tergila-gilakan dunia
  • Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
  • Tinggalkan sifat berbangga
  • Tinggalkan sifat khianat dan menipu
  • Meninggalkan sifat dengki.

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.

Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:

  1. Aku sedang berhadapan dengan Allah,
  2. Syurga di sebelah kananku,
  3. Neraka di sebelah kiriku,
  4. Malaikat Maut berada di belakangku, dan
  5. Aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan
  6. menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku,
    kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."
  7. "Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku
    rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh
    pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat
    selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya
yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Khamis, 16 Julai 2009

BERSABARLAH DENGAN UJIAN ALLAH


Allah SWT berfirman yang maksud-Nya: Dan Kami (Allah) pasti akan menguji kamu dengan secebis rasa ketakutan, kelaparan, kekurangan harta benda, kehilangan nyawa serta tanam-tanaman yang tidak menjadi. Dan khabarkanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata; Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan sesungguhnya kepada-Nya jualah kami akan kembali. (al-Baqarah: 155)

Rabu, 15 Julai 2009

SAAT KEMATIAN TELAH DIYAKINI

@ tiblakedah.blogspot.com
Saat kematian telah diyakini
Sanak saudara sahabat handai turut simpati
Harta dan pangkat hanya memori
Hanya tangisan menginsafkan diri
Semuanya tidak memberi erti
Kerana masa tidak mengizini
Pintu taubat harus didekati
Itulah jalan yang perlu dihampiri

Tinggallah semua yang dikasihi
Kerana masa tidak mengizini
Tali gantung sudah pasti
Semuanya gelap menyelubungi diri
Menanti masa untuk diakhiri
Menemui Allah yang kekal Abadi
Mahasuci Allah, Allahhurabi

“Maha Suci Allah Yang ditanganNyalah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa diantara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” ( Surah Al Mulk: Ayat 1 - 2)
Get this widget Track details Tuhan yang Satu

Selasa, 14 Julai 2009

TAHNIAH & TERIMA KASIH

@ tiblakedah.blogspot.com
Tahniah kami ucapkan kepada seluruh pengundi Manik Urai yang telah memberi kepercayaan untuk memenangkan calun PAS YB Mohd Fauzi Abdullah. Kami juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua penyokong dan petugas-petugas di semua peringkat dalam Pakatan Rakyat yang bertungkus lumus dari awal hingga akhir membantu PAS hingga dapat memenangkan calun yang kita pilih.

Semoga kerja sama ini dapat diteruskan hingga ke PRU13. Kemerosot undi yang kita perolehi tidak akan melemahkan semangat perjuangan kita. Anggaplah ini sebagai satu cabaran untuk kita terus berjuang hingga mencapai kemenangan yang mutlak untuk Pakatan Rakyat.

BN tewas 65 undi
Kuala Krai: Pas memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai apabila calonnya, Mohd Fauzi Abdullah, menang tipis 65 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat.

Mohd Fauzi, 50 memperoleh 5,348 undi berbanding Tuan Aziz yang mendapat 5,283 undi. Sebanyak 117 undi rosak. Pada pilihan raya umum 2008, Pas memenangi kerusi itu dengan majoriti 1,352 undi.

Keputusan Manik Urai lewat berkumandang
Petanda calun PAS akan menang
Rakyat bebas memilih BN tak senang
Lima kali Pilihanraya kecil BN masih kecundang

Isnin, 13 Julai 2009

PAS AKAN MENANG

PAS AKAN MENANG, SELAMAT MENGUNDIMANIK URAI MILIK KITA. JAMBATAN AKAN DIBINA JUA. BERSABARLAH
Pyzam Glitter Text Maker

Sabtu, 11 Julai 2009

JANGAN MUDAH LUPA

Jangan mudah lupa
Kerana esok belum pasti kita ada
Kadang-kadang kita dijemput dengan tiba-tiba
Tidak diduga mungkin kerana alpa
Yang hidup hendahlah sentiasa bersedia
Agar terselamat dari syaitan durjana

Yang dikasihi telah mendahului kita
Yang terkenal di dunia pergi dengan tiba-tiba
Kadang-kadang yang terlantar lama
Masih ada entah bila
Sabar menunggu masa yang akan tiba
Entah bila itulah hakikatnya

Jangan mudah kita lupa
Masa yang datang pantas sentiasa
Sekarang Rejab, Saaban Ramadhan akan tiba
Peluang bertaubat masih luas terbuka
Berkorbanlah dengan masa yang ada
Semogga hidup kita tidak sia-sia

Kita selalu silap dan salah sangka
Kerana kita kata umur masih muda
Jadi yang kemasjid hanya untuk orang tua
Banyak pengajian dan ilmu yang ada
Di masjid adalah tempatnya
Tempat lain pun ada
Tetapi takan sama

Janganlah tunggu esok dan hari seterusnya
Takut terlambat dan kematian sudah tiba
Masa itu menyesal rugi tak terkata
Syaitan suka kerana sudah berjaya
Nasihat diberi untuk kita semua
Agar kita tidak mudah lupa

Khamis, 9 Julai 2009

PANTUN NASIHAT 7

Kehijauan hutan tenang dan nyaman
Pelbagai tumbuhan mudah didapati
Jika hidup tidak mahu beriman
Harta yang banyak tidak bererti

Kedah sejahtera sudah terbukti
Pemimpinnya telus ada pegangan
Jika kejahatan dilakukan hingga kemati
Semasa nazak menyesal apalah erti

Balik kampong anak menanti
Naik bas expres duduk di tepi
Duit yang banyak tidak bererti
Halal dan haram ditolak tepi

Ramai berkampung di Manik Urai
Tanda sokongan capai kemenangan
Sudah lima puluh tahun rakyat terabai
Baru sekarang nak beri bantuan

Selesema babi peristiwa yang ngeri
Datang bersama pelawat ke dalam negeri
Pemimpin yang baik dihormati
Pemimpin yang khianat sentiasa diawasi

Selasa, 7 Julai 2009

PANTUN NASIHAT 6

KISAH BANGLO MEWAH

Banglo mewah milik si kaya raya
Dibena hasil penindasan rakyat
Rakyat bersuara bukan mengukit
Hanya menuntut yang mereka punya

Banglo dibina jutaan ringgit
Hasil mahsum negeri Selangor
Manik Urai UMNO nak pingit
Tunggu rakyat membaling telor

Banglo mewah bagikan istana
Tempat tinggal wakil rakyat tebilang
Bila rakyat sudah dihina
Undurlah cepat dari sekarang

Bunglo mewah bukannya dongeng
Ceritanya benar dengan izin
Rakyat jelata banyak yang pening
Debat diajukan UMNO tak ingin

Banglo mewah tersegam indah
Pemiliknya dari keturunan jawa
Jika hidup suka bermegah
Sudah jatuh tersiksa jiwa

Ahad, 5 Julai 2009

PERGI BUAT SELAMA-LAMANYA

Olih : @ tiblakedah.blogspot.com
“Abang, bangun ada call”, isteri
ku memanggil. Semasa itu saya sedang tidur lena. Apabila terjaga daripada panggilan, saya terus mencapai handset dan menjawab panggilan. ”Man isteri saya dah meninggal semalam hari Sabtu” . Dalam keadaan terpinga-pinga, saya cuba bertanyakan siapa yang bercakap ni?. “Harun”, jawabnya ringkas. “Innalillah wainailaihirojiuun” jawapku. Jam pada ketika itu menunjukkan pukul empat petang, hari Ahad, 5 Julai 2009.

Sebenarnya pada hari Harun membuat panggilan itu, kami baru saja pulang dari Hulu Langat iaitu dalam tiga hari yang lepas. Hari sebelum kami pergi ke Hulu Langat, kami telah menghadiri majlis perkahwinan anak abang saya di Sitiawan. Kami pergi ke sana dengan menaiki bas. Manakala anak saya, Firdaus turut menghadiri majlis perkahwinan tersebut dengan menaiki kereta daripada Hulu Langat. Setelah selesai majlis kami bercadang untuk pulang ke Hulu Langat untuk berehat di sana selama beberapa hari. Kami pulang ke sana dengan menaiki kereta anak saya.

Ada juga terlintas di hati ingin menziarahi kawan saya Harun yang tinggal di Taman Jasmin, Kajang. Saya selalu juga menghubunginya, bertanyakan khabar tentang kesihatan dirinya. Dia mengalami penyakit kencing manis, darah tinggi dan yang terbaru sebelah matanya tidak dapat melihat disebabkan kencing manis yang dihidapinya.

Baru-baru ini saya menelefon Harun. Menurut Harun, dia baru saja menjalani dua kali pembedahan mata, tetapi matanya masih belum dapat melihat. Dia terpaksa dihantar dan diambil oleh isteri apabila hendak ke pejabat. Manakala isterinya suri rumah sepenuh masa. Itulah rutin harian isterinya. Manakala dia berkerja sebagai ahli lembaga pengarah di sebuah syarikat perundingan yang berurusan dengan KTM.

Saya amat terkejut dengan berita tentang kematian isterinya kerana sebelum ini isterinya sihat dan tidak mengalami sebarang penyakit yang serius. Hanya dalam dua tiga hari mengalami demam biasa, kemudian arwah meninggal dunia. Untuk makluman, saudara Harun Hilmi adalah anak Ustaz Aziz yang pernah mengajar di Sekolah Kebangsaan Batu Sepuloh sekitar tahun 60an. Semogga Allah mencucuri Rahmatnya isterinya bersama orang yang beriman dan beramal soleh, Amin.
Get this widget Track details Hanya Ingatan