@tiblakedah.blogspot.com
Pokok belimbing buluh sesuai ditanam di tanah berpasir atau berhampiran sawah. Jika kita ditanam di hadapan rumah ia sesuai juga sebagai pokok hiasan taman, terpulanglah kepada kesesuaian kita untuk menanamnya sama ada di halaman atau di belakang rumah.
Buahnya yang berbentuk bujur dan memanjang. Warnanya hijau kekuningan. Setiap buah mempunyai 4-5 bonggol yang tidak kelihatan. Apabila telah masak, isinya lembik dan mengandungi banyak air serta rasanya masam. Walaupun begitu, ia tetap menjadi kegemaran kanak-kanak. Saya masih ingat semasa kecil dulu saya suka memakannya bersama garam halus.
Ibu saya bila memasak ikan pindang sering memasukan buah belimbing buluh bersama cili api. Kuahnya amat enak dimakan bersama nasi. Ia juga boleh ditumbuk bersama sambal belacan atau dipotong nipis digaul bersama cencaluk. Buah belimbing sebenarnya mengandungi banyak khasiat yang tidak ternilai. Daunnya apabila digiling halus dan dilumur, ia dapat menghilangkan jerawat dan melembutkan kulit di muka, sakit-sakit sendi serta panau.
Jika direbus pula, ia boleh mengubati batuk, menurunkan tekanan darah tinggi dan pitam. Bagi mereka yang menghidap penyakit seperti darah tinggi pula, petik 3 biji buah Belimbing Buluh. Potong kecil-kecil dan rebus. Minum air rebusannya selepas sarapan pagi setiap hari.
Bagi bayi yang diserang penyakit kuning pula dimandikan dengan air rebusan daun belimbing untuk meredakannya. Yang penting kita mencuba dan ianya tidak ada kesan sampingan bila kita memakanya,selamat mencuba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan