Kerajaan Negeri Kedah merangka beberapa strategi dalam usaha mengembangkan sektor pelancongan di negeri ini dengan meneroka ekopelancongan dalam masa terdekat.
Usaha juga sedang dilakukan dalam mengenal pasti lokasi yang sesuai untuk dibangunkan bagi menarik kemasukan pelancong terutama dari negara Eropah dan Timur Tengah.
Sempadan antara Pokok Sena dan Pendang.
Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak (gambar), kerajaan negeri bercadang untuk membangunkan 1,000 ekar tanah di daerah Pendang untuk tanaman pokok buah-buahan tempatan seperti rambutan, durian serta manggis dan sebuah kolam ternakan ikan tilapia juga akan dibina dengan kemudahan resort.Rumah tradisional di Kubur Panjang, Pendang.
“Kedah sudah bersedia untuk mempromosikan ekopelancongan di peringkat antarabangsa kerana memiliki beberapa tarikan sedia ada,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis perjumpaan Menteri Besar Bersama Pelajar Tahun Akhir Lembaga Biasiswa Negeri Kedah (LBNK) di Hotel Regency Alor Setar, di sini.
Kebun buah-buahan di kampung Tuk Kun, Pokok Sena.
Menteri Besar menjelaskan, kerajaan negeri sudah membangunkan ladang anggur di Beris, Sik dan ladang kurma di Semeling di mana kedua-dua projek berkenaan boleh digabungkan dalam pakej ekopelancongan yang pastinya menjadi daya penarik yang unik.Selain menggalakkan sektor pelancongan, katanya, ia secara tidak langsung dapat menyediakan peluang pekerjaan sampingan kepada penduduk sekitar.
Ladang anggur di Beris. Sik.
Beliau memberitahu, projek akuakultur di Langkawi menarik minat pelabur dari Mesir untuk menjalin kerjasama pada masa akan datang dan berikutan itu, kerajaan negeri bercadang menubuhkan sebuah pusat latihan pemandu pelancong khususnya yang fasih berbahasa Arab bagi melahirkan pemandu pelancong yang bertauliah.
“Graduan yang fasih berbahasa Arab digalakkan menceburi bidang lain, bukan sahaja tertumpu pada bidang pengajaran serta pendidikan dan sekiranya terdapat pemandu pelancong yang fasih berbahasa Arab, saya percaya kita dapat menarik lebih ramai pelancong Arab untuk melawat Langkawi,” jelasnya.
Tambahnya, kajian perkembangan semasa sektor pelancongan turut mendapati ia berpotensi untuk dibangunkan memandangkan alam sekitar di Langkawi masih terpelihara dengan baik selain menjadi lokasi pilihan pelancong serata dunia.
Majlis perkahwinan masyarakat Melayu kedah, Pokok Sena.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan