Keadaan angin kencang dan laut bergelora kategori pertama dijangka berlaku di perairan Perlis, Kedah, utara Pulau Pinang dan Phuket bermula Ahad hingga Selasa ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataannya hari ini berkata, dalam tempoh itu angin Barat Daya dijangka bertiup dengan kelajuan antara 40 hingga 50 kilometer sejam dan ombak pula mencapai ketinggian 3.5 meter.
Keadaan itu berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti rekreasi dan sukan laut. – Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan