HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Rabu, 30 Jun 2010

MELAWAT KEBUN DI HARI CUTI

Kawasan yang nampak terang adalah kawasan tanaman semula getah di kawasan Gajah Mati, Pokok Sena, Kedah.Melawat kebun di Gajah Mati
Dengan keluarga di hari cuti
Lain di mulut lain di hati
Bertemu Allah itulah yang pasti

Petang hari memukat ikan
Ikan dijual di waktu pagi
Keadilan perlu ditegakkan
Agar rakyat dapat dilindungi

Selasa, 29 Jun 2010

DI PERKUBURAN

Pemandangan di kawasan perkuburan Alor Malai bersebelahan Masjid Al Bukhary, Alor Setar, Kedah.Ambil gambar di Alor Malai
Persekitaran kubur bersih selalu dijaga
Yang baik tetap bernilai
Segala kepalsuan diketahui juga

Buluh madu ditanam di Bukit Lada
Jualannya laris di pasar Pokok Sena
Modal banyak pengalaman pun ada
Peniagaan rugi mana yang kena

Persekitaran halaman Masjid Al Bukhary Alor Setar, Kedah.

Isnin, 28 Jun 2010

ILMU DAN ALAM

Kawasan hutan balak di Kuala Pai terletak 5km dari Bukit Tembaga, Kuala Nerang.Ke Kuala Pai pergi berkelah
Medaki bukit badan tak larat
Ilmu yang dipelajari kerana Allah

Ahad, 27 Jun 2010

JERNIHNYA AIR DI SUNGAI TUALANG

Pemandangan indah hampir senja di kawasan sungai di Tualang, Pokok Sena. AFGA DC-1033s.Air sungai di sini banyak diguna
Menjadi kebangaan pendudud di Tualang
Badan yang lemah kurang tenaga
Sokongan samar kerpercayaan hilang

Sabtu, 26 Jun 2010

POKOK BELIMBING BULUH

Pokok belimbing buluh mudah ditanam dan hidup di tanah berpasir atau tanah sawah. Lokasi kampung Padang Serai, Pokok Sena.@tiblakedah.blogspot.com
Pokok belimbing buluh sesuai ditanam di tanah berpasir atau berhampiran sawah. Jika kita ditanam di hadapan rumah ia sesuai juga sebagai pokok hiasan taman, terpulanglah kepada kesesuaian kita untuk menanamnya sama ada di halaman atau di belakang rumah.
Buahnya yang berbentuk bujur dan memanjang. Warnanya hijau kekuningan. Setiap buah mempunyai 4-5 bonggol yang tidak kelihatan. Apabila telah masak, isinya lembik dan mengandungi banyak air serta rasanya masam. Walaupun begitu, ia tetap menjadi kegemaran kanak-kanak. Saya masih ingat semasa kecil dulu saya suka memakannya bersama garam halus.
Ibu saya bila memasak ikan pindang sering memasukan buah belimbing buluh bersama cili api. Kuahnya amat enak dimakan bersama nasi. Ia juga boleh ditumbuk bersama sambal belacan atau dipotong nipis digaul bersama cencaluk. Buah belimbing sebenarnya mengandungi banyak khasiat yang tidak ternilai. Daunnya apabila digiling halus dan dilumur, ia dapat menghilangkan jerawat dan melembutkan kulit di muka, sakit-sakit sendi serta panau.
Jika direbus pula, ia boleh mengubati batuk, menurunkan tekanan darah tinggi dan pitam. Bagi mereka yang menghidap penyakit seperti darah tinggi pula, petik 3 biji buah Belimbing Buluh. Potong kecil-kecil dan rebus. Minum air rebusannya selepas sarapan pagi setiap hari.
Bagi bayi yang diserang penyakit kuning pula dimandikan dengan air rebusan daun belimbing untuk meredakannya. Yang penting kita mencuba dan ianya tidak ada kesan sampingan bila kita memakanya,selamat mencuba.

Jumaat, 25 Jun 2010

PENANTIAN

Persekitaran yang indah dengan deretan pokok-pokok yang menghijau dan rendang.Loksi: sungai Tualang. Waktu petang melawat ke Tualang
Kawasannya indah pokok berderetan
Masa depan bersinar harapan cermerlang
Rakyat menanti penuh kegembiraan

Khamis, 24 Jun 2010

REHAT DI WARUNG

Bena warung menyewa tanah
Tempatnya sesuai untuk meniaga
Kebebasan rakyat jangan dimusnah
Negara aman masa depan terjaga

Selasa, 22 Jun 2010

TERKENANG-TERKENANG

Getah murah hanya enam kupang
Barang murah hidup selesa
Badan sihat fikiran lapang
Hidup gembira ceria sentiasa

Isnin, 21 Jun 2010

KEDAH AKAN PROMOSI EKOPELANCONGAN

Simpang tiga menuju ke Sik dan Pendang dari Kuala Nerang.Kerajaan Negeri Kedah merangka beberapa strategi dalam usaha mengembangkan sektor pelancongan di negeri ini dengan meneroka ekopelancongan dalam masa terdekat.
Usaha juga sedang dilakukan dalam mengenal pasti lokasi yang sesuai untuk dibangunkan bagi menarik kemasukan pelancong terutama dari negara Eropah dan Timur Tengah.
Sempadan antara Pokok Sena dan Pendang.
Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak (gambar), kerajaan negeri bercadang untuk membangunkan 1,000 ekar tanah di daerah Pendang untuk tanaman pokok buah-buahan tempatan seperti rambutan, durian serta manggis dan sebuah kolam ternakan ikan tilapia juga akan dibina dengan kemudahan resort.
Rumah tradisional di Kubur Panjang, Pendang.
“Kedah sudah bersedia untuk mempromosikan ekopelancongan di peringkat antarabangsa kerana memiliki beberapa tarikan sedia ada,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis perjumpaan Menteri Besar Bersama Pelajar Tahun Akhir Lembaga Biasiswa Negeri Kedah (LBNK) di Hotel Regency Alor Setar, di sini.
Kebun buah-buahan di kampung Tuk Kun, Pokok Sena.
Menteri Besar menjelaskan, kerajaan negeri sudah membangunkan ladang anggur di Beris, Sik dan ladang kurma di Semeling di mana kedua-dua projek berkenaan boleh digabungkan dalam pakej ekopelancongan yang pastinya menjadi daya penarik yang unik.
Selain menggalakkan sektor pelancongan, katanya, ia secara tidak langsung dapat menyediakan peluang pekerjaan sampingan kepada penduduk sekitar.
Ladang anggur di Beris. Sik.
Beliau memberitahu, projek akuakultur di Langkawi menarik minat pelabur dari Mesir untuk menjalin kerjasama pada masa akan datang dan berikutan itu, kerajaan negeri bercadang menubuhkan sebuah pusat latihan pemandu pelancong khususnya yang fasih berbahasa Arab bagi melahirkan pemandu pelancong yang bertauliah.
“Graduan yang fasih berbahasa Arab digalakkan menceburi bidang lain, bukan sahaja tertumpu pada bidang pengajaran serta pendidikan dan sekiranya terdapat pemandu pelancong yang fasih berbahasa Arab, saya percaya kita dapat menarik lebih ramai pelancong Arab untuk melawat Langkawi,” jelasnya.
Tambahnya, kajian perkembangan semasa sektor pelancongan turut mendapati ia berpotensi untuk dibangunkan memandangkan alam sekitar di Langkawi masih terpelihara dengan baik selain menjadi lokasi pilihan pelancong serata dunia.

Majlis perkahwinan masyarakat Melayu kedah, Pokok Sena.

Ahad, 20 Jun 2010

PAGAR

Pagar kayu sesuai dibena di rumah kampung.@tiblakedah.blogspot.com
Penggunaan pagar sudah lumrah dibina di kawasan perumahan di kawasan bandar atau di kampung. Di bandar biasanya pagar dibina untuk menggelakkan kawasan rumah diceroboh. Jika di kampung hanya sekadar untuk menggelakkan dimasuki binatang ternakan.
Pagar buluh didirikan di kawasan rumah tepi sungai. Tualang.
Ketika memasang pagar rumah, Anda harus menentukan jenis pagar apa yang sesuai dengan rumah anda. Di bandar jika pagar dibina tidak sesuai dengan rumah secara keseluruhan, hal ini dapat menjejaskan penampilan rumah secara keseluruhan. Walaupun kebanyakan orang akan memilih pagar berdasarkan model yang disukai berdasarkan citarasa mereka tersendiri. Kebanyakan di bandar biasanya pagar dibina dengan besi atau batu bata.
Pagar kayu didirikan di kawasan rumah kampung. Tibla.
Bagi mereka yang tinggal di kampung terpulanglah kepada penghuninya kerana amat jarang sekali rumah mereka dicerobohi atau dimasuki pencuri. Ada yang membinanya hanya dengan kayu atau buluh. Mereka memasangnya hanya sekadar untuk menggelakan dimasuki binatang ternakan. Namun dengan adanya pagar sekurangnya dapat mengindahkan kawasan rumah tempat mereka tinggal.

WAHAI ANAK KU

Pemandangan di waktu hampir senja di sungai Tualang, Pokok Sena. • Hai anakku; ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, ramai manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan Sampan yang bernama Takwa, Isinya ialah Iman dan Layarnya adalah Tawkkal kepada Allah.
• Hai anakku; orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari Allah. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari Allah juga.
• Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada Allah, maka dia tawadduk kepada Allah, dia akan lebih dekat kepada Allah dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada Allah.
• Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukan oleh mu, maka marahnya ibubapa terhadap mu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.
• Hai anakku; Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
• Hai anakku; Dan selalulah berharap kepada Allah tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai Allah. Takutlah kepada Allah dengan sebenar-benar takut( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat Allah.
• Hai anakku; seseorang pendusta akan lekas/cepat hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seseorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak mengelamunkan hal-hal yang tidak benar.. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian/nasihat kepada orang yang tidak mahu mengerti atau mendengar nasihat.
• Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih berat lagi daripada semua itu,adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.
• Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang tidak cerdik sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.
• Hai anakku; Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang merbahaya.
• Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.
• Hai anakku; janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.
• Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan apa sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan apa saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.
• Hai anakku; Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yg takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.
• Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yg mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.
• Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.
• Hai anakku; selalulah baik tuturkata dan halus budi-bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang yang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.
• Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yg tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.
• Hai anakku; Jadikanlah dan jagalah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya’ yang akan mendatangkan celaan pada dirimu.
• Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.
• Hai anakku; usahakanlah dan jagalah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.
• Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.
• Hai anakku; Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata-kata yang mengandungi racun, dan sesiapa yg tidak dapat menahan lidahnya dari berkata-kata kotor tentu akan menyesal.
• Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagaikan tanah yang subur yang selalu disirami air hujan.
• Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain.Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.
(NASIHAT LUQMAN HAKIM)

Sabtu, 19 Jun 2010

BUDAYA ILMU

Kehijauan pokok mengindahkan pemandangan kawasan persekitaran yang indah dan selesa. Lokasi jalan Nawa, Pokok Sena. Kehijauan pokok indahkan jalan
Jalan ke kampung banyakan bertanya

Jumaat, 18 Jun 2010

POKOK MENGKUANG

Pokok mengkuang hidup subur di kawasan paya di kampung Bukit Lala, Pokok Sena.@tiblakedah.blogspot.com
Pokok mengkuang mudah diperolehi di kampung kami. Ia boleh diperoleh di tepi sungai atau paya. Daun mengkuang yang tua dipotong dari batang pokoknya sehelai demi sehelai, kemudian pangkalnya diratakan dan hujungnya dipotong sama panjang. Seterusnya, daun-daun tersebut dilayur di atas api. Biasanya orang kampung menggunakan daun kelapa yang kering atau sabut untuk melayur daun mengkuang.

Tikar mengkuang dijadikan hiasan dinding bilik bacaan.

Setelah daun mengkuang dilayur sehingga layu dan dibuang batang dan durinya dengan alat yang dipanggil jangka sehingga selesai, daun tadi diikat dan direndam dalam air selama seminggu. Setelah seminggu direndam, keluarkan daun mengkuang dan toskan airnya seterusnya dijemur sehingga kering.
Setelah daun mengkuang kering, warnakannya mengikut warna-warna yang sesuai dengan cara merebusnya di dalam pencelup warna. Kemudian ia dijemur semula sehingga kering. Setelah itu, daun tadi sudah boleh dianyam.
Sebelum dianyam hendaklah dilurutkan dengan menggunakan buluh yang dibuat seperti pembaris. Cara anyaman tikar mempunyai pelbagai corak dan motif. Diantaranya adalah dikenali sebagai kelarai. Semua jenis kelarai adalah berunsurkan alam semulajadi iaitu seperti tumbuh-tumbuhan, bunga, fauna dan sebagainya.
Tikar mengkuang yang lebar bilah anyamannya (tikar bangkar) biasanya digunakan untuk menjemur padi, mengalas lantai dapur atau jemuran, melapik punggung di dangau dan sebagainya. Tikar yang dianyam untuk kegunaan demikian tidak dicelupkan warna. Berbanding dengan tikar yang dikhaskan untuk tetamu, tikar dibentangkan bukan sahaja halus anyamannya malah bercorak menarik dan berwarna-warni.
Pada kebiasaannya, tikar mengkuang yang dianyam berwarna-warni akan diletakkan di dalam bilik tidur kerana ia menyerlahkan lagi kecantikkan bilik tersebut. Kini tikar mengkuang jarang sekali kita jumpai dipasaran tetapi yang berminat bolehlah memperolehinya di Pekan Rabu Alor Setar.
INFO:

Khamis, 17 Jun 2010

BEREHAT SAMBIL BERFIKIR

Perigi masih digunakan di kampung kami bila bekalan air terputus.Duduk rehat di tepi telaga
Sambil melihat ayam serama
Akhlak yang baik patut dijaga
Supaya rakyat sentiasa bersama

Jalan ke Jitra dengan kereta
Ikut Dehrang, rehat minum air nira
Tanggungan hutang rakyat menderita
Reformasi perlu dibuat dengan segera

Pondok di sawah tempat berehat
Keadaannya kukuh pastikan selamat
Ada telingar dengar ada mata lihat
Supaya kita dapat maklumat

Rabu, 16 Jun 2010

BERITA DARI KAMPUNG

Berehat seketika bersama keluarga sambil menikmati minuman di pondok setelah penat mengerjakan kawasan kebun di belakang rumah.Hidup di kampung tidakklah mewah
Mampu diadakan kenduri kendara
Pemimpin adil rakyat bermarwah
Negeri maju aman sejahtera

Jalan besar dari Jitra ke lapangan terbang Kepala Batas.

Isnin, 14 Jun 2010

PONDOK KAYU

Kayu mudah diperolehi di kawasan persekitaran kampung kami di Bukit Lala.Pondok kaya mereka dirikan
Kayu diambil terpijak duri

Nasi basi jangan dimakan
Mudaratnya ke atas diri sendiri

Ustaz Hassan Shukri telah kembali ke rahmatullah pada 14 Jun. 2 petang # Al-Fatihah - Jenazahnya akan disembahyangkan jam 8.30 pagi esok di Surau Taman Melewar dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Selaseh 2

“Percayalah...sesiapa yang memperjuangkan Islam, dia tidak akan susah. mungkin tidak kaya tetapi tidak ada yang susah atau tidak makan...Saya sendiri tidak pernah rasa gaji besar tetapi kehidupan saya tidak susah dan alhamdulillah makin bertambah baik". Ustaz Hassan Shukri.

Ahad, 13 Jun 2010

MUSIM HUJAN SUDAH TIBA

Sediakan payung sebelum hujan
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.
• Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.
• Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.
Bak cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.

Jumaat, 11 Jun 2010

POKOK LIMAU

Pokok limau di tepi saliran berlatar bukit bukau, sawah padi dan rumah penduduk di kampung Yoi, Pokok Sena, Kedah.Pokok limau durinya tajam
Diguna pakai jadi sebutan
Badan letih mata pun pejam
Bila terjaga segarlah ingatan

Rabu, 9 Jun 2010

PEMANIS KATA

Pokok Tanduk Rusa ditanam sebagai hiasan warung tepi jalan Nawa, Pokok Sena.Tanam pokok biarlah sempurna
Agar tidak menggangu jalan

Harta dikejar entah kemana

Yang sedia ada terus keciciran

Tanam pokok halanya melintang
Tempat yang sesuai patut digali

Pemanis kata selamat datang
Ada masa singgahlah sekali

Selasa, 8 Jun 2010

SELAMAT BERMUKTAMAR PAS

Dewan Putih Kota Baru, Kelantan tempat yang akan berlangsungnya muktamar PAS ke56 yang akan diadakan pada 10 - 13 Jun 2010Selamat datang kepada perwakilan, pemerhati dan penyokong PR ke Muktamar Tahunan PAS ke-56 yang bakal berlangsung pada 10 hingga 13 Jun 2010 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik).

Takbir - Allahhuakhbar.
Daripada : Teratak Impian Bukit Lala,
Pokok Sena, Kedah.

Isnin, 7 Jun 2010

JANGAN DIKEJAR HUTANG

Kebun getah di kampung kami, kelihatan terdapat pokok-pokok yang mengalami kerimg kulit menyebabkan hasil pendapatan berkurangan. Usahakan sesuatu sebelum merebak dan parah. Menoreh getah di waktu pagi
Sawah dikerjakan sebelah petang
Pendapatan kurang selera tinggi
Hidup tak senang dikejar hutang

Ahad, 6 Jun 2010

YANG DIPEROLEHI BIARLAH JELAS

Pokok palas mudah diperolehi di kawasan kebun getah di kampung kami, tidak payak ditanam hidup dengan subur.Buat ketupat daun palas
Pokoknya rimbun pangkal dikerat

Wang diberi pastikan jelas
Agar selamt dunia akhirat

Sabtu, 5 Jun 2010

MUSIM HUJAN DAN CUTI SEKOLAH

Sungai adalah tempat yang disukai oleh kanak-kanak untuk mandi dan berenang. Lokasi: kawasan kunci air kampung Yoi, Pokok Sena, Kedah.@tiblakedah.blogspot.com
Sekarang ini boleh dikatakan setiap hari hujan turun. Waktu sebelumnya hujan hanya turun di waktu petang. Pagi ini hujan turun agak lebat. Saya terjaga pada jam 4.00 pagi hujan sudah turun. Entah jam berapa hujan mula turun dan pastinya kami penduduk di sini tidak turun ke kebun untuk menoreh.

Pastikan anak-anak pulang awal, suasana persekitaran semakin gelap, elakan pekara yang tidak diingini belaku.Lokasi: Kampung Bukit Larik, Pokok Sena.
Saya suka hujan sebab bunyi air yang jatuh dari atap ke bumi itu pada saya memberi kedamaian. Tambah pula rumah kami berdekatan dengan sawah, macam-macam bunyi yang kedengaran dari seranga kecil hinggalah haiwan yang melata dan juga binatang ternakan.

Teringat dulu masa kanak-kanak, bila musim tengkujuh begini, saya dan adik beradik paling seronok sebab ada peluang main hujan dan yang paling menyenangkan kami tidak perlu bersusah-payah mengangkut air di perigi yang jauh dari rumah. Hanya perlu tadah air hujan dan angkut ke atas rumah berdekatan dengan dapur.

Tapi yang paling saya tidak boleh lupa masa hujung tahun masa saya darjah enam. Masa itu saya tak boleh hendak main hujan masa musim tengkujuh sebab berkhatan. Hanya dapat melihat adik dan abang-abang saya bermain air hujan dari kawasan rumah. Dalam pada itu, berasa seronok dapat melihat mereka main rakit batang pisang. Abang saya pula siap memasang bubu dekat celah-celah anak sungai. Hal ini bagi memudahkan ikan dari sungai yang melimpah masuk ke dalam bubu.

Masa musim hujan makanan memang bercatu sebab ada kebun kami yang ditengelami air. Ubi dan pisang banyak yang mati nasib baik sebelum itu bapa kami telah mengambilnya bolehlah kami makan untuk hidangan keluarga. Ikan tiada masalah sehinggakan terlampau banyak emak buat ikan salai.

Musim hujan begini memang ‘best’ makan ubi rebus dengan kelapa parut. Kadang emak buat ‘ubi getok’ memang berselera. Maklumlah masa tu mana ada makanan segera dan ayam goreng bersalut rempah. Kami sering dihidangkan nasi dengan ikan salai dan sayur kangkung saja. Kadang-kadang lauk dari kulit lembu yang dikeringkan ditumis semacam sotong kering. Memang best masakan emak. Masa musim hujan ini, apa pun sedap sebab perut sentiasa lapar. Kena pulak sekali-sekala dapat pulut tanak dengan kelapa parut dan ikan kering, perghh!

Jauh betul saya bawa anda semua di zaman kanak-kanak. Budak-budak zaman sekarang saya kira ibu bapa mereka pasti tidak membenarkan anak-anak mereka bermain hujan tambahan pula yang tinggal di bandar. Apa tidaknya, hujan sekarang berasid dan boleh mendatangkan penyakit. Berbeza pada zaman dahulu, air hujannya bersih dan tidak berasid. Malah kanak-kanak dahulu biarpun aktif dengan aktiviti luar yang lasak, namun ketahanan badan mereka begitu kuat sehingga sukar mendapat penyakit.

Berbincang sesama rakan sebaya di satu lorong jalan ke kampung Bukit Lala.
Berbalik masa cuti sekolah bagi anak-anak yang masih bersekolah eloklah mengulangkaji buku pelajaran dan yang berkerja di kampung musim hujan eloklah membuat kerta-kerja yang sesuai di rumah. Jemputan kenduri kawin pun banyak juga. Mana-mana ada undangan kenduri kawin eloklah ditunaikan dengan sebaik-baiknya sebagai memenuhi tanggungjawap kita sebagai jiran atau sahabat.
Suasana mendung kebiasaan hujan akan turun. Lokasi: Jalan Langgar, Alor Setar.
Apa pun yang penting beringat sebelum kena, seperti kata pepatah “sediakan payung sebelum hujan”. Musim cuti sekolah dan kebetulan musim hujan, berhati-hatilah ketika memandu di jalan raya yang basah dan licin. Pastikan juga anak-anak kita dipantau aktiviti mereka. Jangan biarkan mereka bermain di tepi-tepi longkang atau sungai kerana ainya deras dan berlumpur. Selamat bercuti dan balik kampung dan hati-hati ketika memandu.

Jumaat, 4 Jun 2010

AMARAN ANGIN KENCANG, LAUT BERGELORA

4 Jun 2010 - Amaran angin kencang, laut bergelora di utara. Sumber : Bernama.Keadaan angin kencang dan laut bergelora kategori pertama dijangka berlaku di perairan Perlis, Kedah, utara Pulau Pinang dan Phuket bermula Ahad hingga Selasa ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataannya hari ini berkata, dalam tempoh itu angin Barat Daya dijangka bertiup dengan kelajuan antara 40 hingga 50 kilometer sejam dan ombak pula mencapai ketinggian 3.5 meter.

Keadaan itu berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti rekreasi dan sukan laut. – Bernama

Khamis, 3 Jun 2010

GEMBALA LEMBU

Situasi seperti di dalam gambar di atas adalah pekara biasa di kampung kami kebanyakan orang kampung memberi makanan peliharaan mereka dengan cara memotong rumput di kawasan tepi sawah atau kebun getah.

Mereka memotong rumput setelah selesai mengerjakan sawah. Rumput yang dipotong dikumpulkan ke dalam guni dan diangkut menggunakan basikal atau motor.

Kebiasaannya lembu dibela sekadar untuk kegunaan sendiri samada digunakan untuk majlis kenduri kawin atau untuk majlis korban. Ada juga yang membela lembu untuk dijual sebagai pendapataan tambahan, biasanya mereka pelihara lebih dari 10 ekor lembu.

Rabu, 2 Jun 2010

MUTIARA INDAH

Tempat rehat di kawasan perkuburan Alor Malai bersebelahan Masjid Al Bokhary, Alor Setar, Kedah." Jangan bangga dengan jenama pakaian, pakaian terakhir kita adalah kain kafan. Jangan bangga dengan kenderaan mewah, kendaraan terakhir kita adalah keranda. Jangan bangga dengan tempat tidur yang empuk, tempat tidur terakhir kita adalah tanah. Jangan bangga dengan rumah yang mewah, karena rumah terakhir kita adalah kubur ".

Selasa, 1 Jun 2010

HARGAILAH MEREKA

Kawasan sawah di kampung Yoi berlatarkan rumah-rumah penduduk di kampung tersebut yang kebanyakannya berkerja sebagai petani dan penoreh getah.Di sawah padi tanam kelapa
Pemandangan cantik indah belaka

Orang tua jangan dilupa

Luangkan masa ziarahilah mereka

Warga emas kampung Bukit Pak Kiau, Pokok Sena.