Arkib tibla : Pokok bacang yang sudah hampir berumur 50 tahun dan masih berbuah.
Semasa mereka sedang sibuk berkerja, saya suka berkeliaran di sekitar kawasan kebun mencari buah-buah yang ada ditanam atau yang hidup meliar di kawasan kebun. Di kebun kami buah yang paling mudah diperolehi ialah buah bacang, kewinin, cempedak dan rambai.
@ tiblakedah.blogspot.com
Saya masih ingat semasa saya kecil dahulu saya suka ikut bapa saya ke kebun di belakang rumah. Bapa saya selalunya membersihkan kawasan kebun dengan mengunaan cangkul dan parang panjang. Ibu akan turut serta membantu membersihkan kebun setelah selesai mengangkut air dari telaga yang berdekatan.
Semasa mereka sedang sibuk berkerja, saya suka berkeliaran di sekitar kawasan kebun mencari buah-buah yang ada ditanam atau yang hidup meliar di kawasan kebun. Di kebun kami buah yang paling mudah diperolehi ialah buah bacang, kewinin, cempedak dan rambai.
Kebanyakannya buah yang sudah masak ranum pada masa itu ialah buah bacang. Pantang melihat buah bacang yang sudah gugur di atas tanah, saya akan mengutip kesemuanya dan memasukkannya ke dalam upih pinang untuk dibawa pulang ke rumah. Dalam perjalanan untuk sampai ke rumah, saya sempat memakan buah bacang itu dengan cara mengigitnya.
Saya menyangka buah bacang boleh digigit dan dimakan terus tanpa dikupas terlebih dahulu seperti buah mangga yang lain. Namun, apabila saya menggigit sahaja buah bacang itu tanpa disangka-sangka bibir saya bengkak dibuatnya.
Dalam pada itu saya menjadi panik dan menjerit kesakitan. Mujurlah emak saya ada pada ketika itu. Dia segera mengambil minyak kelapa dan menyapu minyak tadi pada bahagian yang terkena getah bacang. Dua tiga hari juga saya menanggung akibat untuk pulih semula. Begitulah zaman kanak-kanak saya yang penuh dengan pengalaman dan kenangan pahit yang bertukar manis yang sukar untuk dilupakan.
*Jeruk dari putik bacang yang gugur (Resepi Tibla)
Jangan biarkan sahaja putik bacang yang gugur (sebesar telur ayam) dibuang begitu saja
- Kupas kulit bacang dengan pisau dan dipotong nipis.
- Rendam dengan air garam (lebihkan garam) dengan mengunakan air panas.
- Biarkan semalaman. Kemudian buangkan airnya dan ditoskan.
- Bancuh air gula dalam kepekatan yang serderhana bersama sedikit cuka .
- Masukan semua hirisan bacang yang telah ditoskan tadi ke dalam air gula.
- Untuk rasa jeruk yang lebih enak bolehlah disimpan di dalam peti sejuk. Setelah sejuk bolehlah dimakan. Selamat mencuba.
your blog is very good
BalasPadam