Seluruh lapisan rakyat negeri ini, khususnya warga Sungai Petani dijemput hadir ke acara acara Ambang Sejahtera menunggu detik 12 malam menjelang tahun baru 2011 yang akan diadakan di Dataran Jam Besar Sungai Petani.
Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak bersama barisan exconya serta Ahli Dewan Undangan Negeri, ketua-ketua jabatan akan hadir bersama rakyat meraikan majlis tersebut.
Program bermula pada jam 5 petang orang ramai akan dapat menyasikkan persembahan sepakraga ratus yang terdiri daripada 300 orang dan pertunjukan seni mempertahan diri pelbagai kaum yang terdapat di negeri Kedah ini.
Selain itu, para peminat bola sepak jangan lepaskan peluang melihat aksi perlawanan persahabatan antara Skuad Liga Super Kedah melawan Skuad Piala Presiden Kedah.
Pada sebelah malamnya pula diadakan persembahan kebudayaan pelbagai kaum seperti gendang harmoni, tarian singa dan tarian merak. Persembahan kebudayaan juga tidak ketinggalan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan