HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Ahad, 12 Disember 2010

KEHIJAUAN DAN KEBERSEHAN

Pergi ke Alor Setar hari selasa
Singgah di Mergong mecari barang

Persekitaran hijau bersih selesa
Mata yang kabur menjadi terang

Pokok buluh dibubuh baja
Baja diisi di dalam timba

Jika sampah dibiarkan saja

Lama kelamaan penyakit pun tiba


Pergi kebun kutip pegaga
Pegaga dijual di pasar Pokok Sena

Jika persekitaran hijau tidak dijaga

Rumah cantik tidak sempurna



• Atas: Jambatan merentengi sungai Kedah di Alor Setar.
• Tengah: Rumah contoh Bandar Sejahtera Pokok Sena.
• Bawah: Taman Sena Impian yang telah siap dibena untuk diduduki.
• Youtube: Ku sangka hujan hingga ke petang ‘Hujan tengah hari’.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan