HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Rabu, 1 Disember 2010

MELAWAT SAWAH DAN RUMAH LAMA DI TUALANG

Selesai ke pasar dan membersihkan kawasan rumah saya terus ke dapur untuk mengoreng kwetiau. Sekali-sekala memasak mengambil tugas isteri, kebetulan isteri saya ke kebun yang berdekatan mengambil kacang tanah yang kami tanam beberapa bulan yang lepas.

Selesai mengoreng saya pun terus makan kerana isteri saya belum balik. Saya terus menaiki motor menuju Pekan Pokok Sena dan seterunya menghala ke Titi Haji Idris, Langgar. Jarak dari rumah kira-kira 16 kilometer. Saya lebih selesa menaiki motor kerana mudah untuk melalui jalan-jalan kampung dan kawasan ban di sawah.

Saya tiba di sini dalam pukul 10.30 pagi, saya dapati pesawah di kawasan ini sedang sibuk menanam padi, mereka agak terlewat sedikit, sementara sawah di kawasan Tualang sudah selesai menanam. Pesawah di sini mengusahakan tananaman padi menggunakan anak semaian.

Kerja mencabut anak semaian, pesawah tepaksa mengupah pekerja dengan bayaran RM 1.00 seikat. Mereka memperolehi sekitar RM 30.00 hingga RM 50.00 sehari. Anak semaian yang telah diikat diangkut ke kawasan sawah yang akan ditanam.

Pekerjaan menanam dilakukan oleh pekerja wanita, manakala upah yang dibayar mengikut relung. Harga yang dikenakan tidaklah saya ketahui kerana terlupa untuk bertanya.

Sekembalinya dari sawah saya sempat singgah untuk melawat rumah lama yang terletak di tepi jalan di Tualang yang mana ia dibina sekitar tahun 1951. Walaupun bumbungnya sudah bocor, kayunya masih kelihatan kukuh.

Sekiranya rumah ini dibaiki dan dijaga pasti boleh diduduki semula. Manakala kawasan persekitarannya dibersehkan serta ditanam pokok-pokok pastinya menarik minat pelancung yang lalu lalang dari Nawa ke Kubur Panjang dan Pekan Pendang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan