Duduk di pondok bukan berangan
Rehat sebentar jumpa penghulu
Jika wang kurang di tangan
Beli barangan yang hanya perlu
Pergi ke kebun ambil kelapa
Minum airnya sebagai ubat
Jika gaji tidak seberapa
Bawa bekal datang ke pejabat
Di Selangor air di sini ayak
Salah sebut jangalah segan
Jika gaji tolaknya banyak
Kereta baru difikir jangan
Tengok nangka di luar pagar
Suruh anak tolong jolokkan
Jika lapar masa di luar
Makan di rumah isteri sediakan
• Atas: Berehat sebentar di pondok sebelum keluar.
• Tengah:Pokok kelapa di kawasan sawah di Titi Hj. Idris.
• Bawah: Buah nangka di kampung Padang Serai, Pokok Sena.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan