HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Khamis, 9 Disember 2010

KUASA MEMBELI SEMAKIN KURANG

Angkut benih pisang berangan
Benih diangkut pakai selipar

Bila pendapatan sering berkurangan

Kerja berat janganlah berlapar

Pergi ke kebun membawa parang
Parang diguna memotong dahan

Gaji sedikit pembelian kurang

Peluang ada buatlah perubahan

Baling burung dikejar kerbau
Kayu dibaling tersangkut di dahan
Bila barang mahal melampau
Rintihan rakyat tidak diheran

• Atas: Kebun pisan di Bukit Lala, Pokok Sena.
• Tengah:Jalan kebun di kg. Kejai, Kuala Nerang.

• Bawah: Ternakan kerbau di kg. Yoi, Poko Sena.

• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan