HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Jumaat, 31 Disember 2010

HARGA BARANGAN SEMAKIN TIDAK MENENTU

Terlena di pondok keletihan
Kebun semak siap dikerjakan
Melihat barang dipasaran rasa tak tahan
Wang di tangan cepat kekeringan

Duduk di tangga melihat kehijauan
Badan yang letih terasa segar
Harga barangan di pasaran tidak ketahuan
Rintihan Rakyat sukar dengar



• Atas: Berehat di atas pondok sementara hujan teduh.
• Tengah: Melihat kawasan persekitaran yang hijau dari atas tangga.
• Youtube: Ku sangka hujan hingga ke petang ‘Hujan tengah hari’.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Rabu, 29 Disember 2010

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011

Tahun hijrah baru berlalu
Tahun baru menjelang tiba

Kesilapan diperbetulkan usahlah malu

Ubah sekarang perlu dicuba


Kepada semua yang melawati blog saya, warga LGM, teman-teman yang mengenali saya juga tidak ketinggalan kepada sumua rakyat Malaysia.

Selasa, 28 Disember 2010

PILIHAN KITA BERSAMA

Halaman hijau berseh selesa
Persekitaran dijaga perlu bersama

Hidup di dunia aman sentosa

Itulah pilihan yang paling utama

Padi di sawah menguning sudah bermula
Padinya subur dijaga dan dibaja

Kesejahteraan rakyat sentiasa terbela

Pemimpin dan rakyat boleh semeja



• Atas: Laman menghijau indah dipandang.
• Tengah: Kawasan sawah di Bukit Lala, Pokok Sena.

• Youtube: “Dari rumah ke Petronas, Pokok Sena”.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Isnin, 27 Disember 2010

SAMBUTAN AMBANG SEJAHTERA 2011

Seluruh lapisan rakyat negeri ini, khususnya warga Sungai Petani dijemput hadir ke acara acara Ambang Sejahtera menunggu detik 12 malam menjelang tahun baru 2011 yang akan diadakan di Dataran Jam Besar Sungai Petani.

Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak bersama barisan exconya serta Ahli Dewan Undangan Negeri, ketua-ketua jabatan akan hadir bersama rakyat meraikan majlis tersebut.

Program bermula pada jam 5 petang orang ramai akan dapat menyasikkan persembahan sepakraga ratus yang terdiri daripada 300 orang dan pertunjukan seni mempertahan diri pelbagai kaum yang terdapat di negeri Kedah ini.

Selain itu, para peminat bola sepak jangan lepaskan peluang melihat aksi perlawanan persahabatan antara Skuad Liga Super Kedah melawan Skuad Piala Presiden Kedah.


Pada sebelah malamnya pula diadakan persembahan kebudayaan pelbagai kaum seperti gendang harmoni, tarian singa dan tarian merak. Persembahan kebudayaan juga tidak ketinggalan.

Ahad, 26 Disember 2010

JANGAN RINGANKAN BAB HUTANG

"Ya Tuhanku! Aku berlindung diri kepadaMu dari berbuat dosa dan hutang. Kemudian ia ditanya: Mengapa Engkau banyak minta perlindungan dari hutang ya Rasulullah? Ia menjawab: Karena seseorang kalau berhutang, apabila berbicara berdusta dan apabila berjanji menyalahi." (Riwayat Bukhari).Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang di dunia wajib dibayar
Jangan sampai bawa ke mati

Getah skrap diisi seorang diri
Kerja dibuat di waktu pagi
Hutang banyak janganlah lari
Akhirat tak selamat sangalah rugi

Duduk rehat ditepi perigi
Balik ke rumah lalu dititi
Hutang bertimbun ditambah lagi
Hidup tak tenang sampai kemati



• Atas: Pokok menghijau, tanaman pisang di belakang rumah.
• Tengah: Titi kayu kawasan sawah di Telaga Mas, Pokok Sena.
• Bawah: Mengisi skrap ke dalam guni di kebun Buki Lala, Pokok Sena.
• Youtube: “Bab Hutang oleh Dato' Fadzilah Kamsah ”.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Sabtu, 25 Disember 2010

UBAH DARI SEKARANG

Getah diangkut gunakan timba
Pembeli yang datang harga tak sama

Menghisap rokok penyakit tiba

Duit dihabis kenser menjelema


Getah mahal kereta bergaya
Kereta terbaru buatan Malaysia
Nafas berbau jemaah terasa loya

Ubah sekarang tinggalkan yang sia-sia





• Atas: Pokok di serang penyakit di kebun Telok Gadung, Pokok Sena.
• Tengah: Melalui jalan utama Bukit Lala untuk ke Pekan Pokok Sena.
• Youtube: “ Balik dari kebun selepas menoreh".
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Jumaat, 24 Disember 2010

CIRI-CIRI KESEMPURNAAN POKOK GETAH

• Cepat besar supaya pokoknya boleh cepat ditoreh.
• Lilitan batang pokok yang baik apabila ditoreh boleh menanggung jemalanya yang kian membesar dan berat.
• Daunya lebar hijau tua dan bersinar supaya cepat mencanai makanan pokok.
• Mempunyai dahan utama yang menjalar ke atas untuk mengimbangi jemala.
• Mempunyai dahan sisi yang kecil mendatar teratur agar mengimbangi jemalanya.
• Pokok rendang tidak mudah goyang ditiup angin.

• Batang lurus, tegak, licin dan bulat mudah ditoreh.
• Kulit daranya licin dan tebal supaya mudah ditoreh.
• Kulit pulihannya cepat pulih licin dan tebal supaya cepat ditoreh semula.
• Hasilnya tinggi supaya pekebun terus memberi pendapatan pekebun yang utama.

• Hasil tidak merosot pada musim daun gugur supaya tidak terganggu pendapatan.
• Respon yang baik terhadap rangsangan hasil.
• Lateks cepat keluar dan laju supaya lateks terkumpul banyak sebelum saluran torehan kering.

• Pokoknya mempunyai daya tahan penyakit.
• Masa menoreh dikurangkan jika perlu.
• Kandungan getah kering (DRC) tinggi dan setabil.
• Pokoknya sesuai ditanam di semua keadaan tempat.

• Atas: Daunnya leber jenis klon 306 di kebun getah di Tokai Pendang.
• Tengah: Pokok getah di tepi bukit di kampung Yoi, Pokok Sena.
• Bawah: Pokok yang terkena penyakit kulit di kampung Bukit Lala.
• Youtube: “ Pendapatan penoreh di kampung kami".
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Khamis, 23 Disember 2010

JANGAN JEMU DAN BERPUTUS ASA

Seluruh lapisan rakyat negeri ini, khususnya warga Sungai Petani dipersilakan hadir di acara Ambang Sejahtera menunggu detik 12 malam menjelang tahun baru 2011 yang akan diadakan di Dataran Jam Besar Sungai Petani. MB Dato’ Ustaz Azizan dan esko akan turut hadir. Datanglah beramai-ramai.Ke Bukit Payung melawat kebun
Pokok getah tua ada yang dewasa

Jika kerja banyak bertimbun

Buat selalu dan jangan berputus asa


Kebun yang subur perlu dijaga
Hendaklah berpagar dibersehkan sentiasa

Pangkat yang ada tidak dibangga

Hubungan baik perlu selesa



• Atas: Kawasan kebun getah di Bukit Payung, Pokok Sena.
• Tengah: Pokok getah muda yang belum ditoreh di kg. Tok Kun.

• Youtube: “ Kebun getah di Bukit Payung”.

• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Rabu, 22 Disember 2010

MASANYA TELAH TIBA

Torehan dibuat biarlah cermat
Supaya pokok bertahan lama

Pemimpin adil rakyat selamat
Kekayaan yang ada dinikmati bersama


Pergi ke kebun mengambil nangka
Guna tangga anak panjatkan

Pemimpin ditarbiyah tidak derhaka
Negara berdaulat keadilan ditegakkan


Pergi ke sawah mandi manda
Ainya bersih terasa segar

Islam difahami membebaskan minda
Kita yang dah faham perlulah sedar




• Atas: Lawatan ke kawasan kebun getah di Tokai, Pendang.

• Tengah: Dusun buah-buahan di kampung Yoi, Pokok Sena.

• Bawah: Budak-budak mandi kawasan sawah di Tualag, Pokok Sena.
• Youtube: " Melawat kawasan kebun".
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Selasa, 21 Disember 2010

JALINKAN HUBUNGAN PERSAHABATAN

Pokok kelapa daunnya rendang
Tanam bersebelahan dengan rambutan
Cuti sekolah banyak yang mengundang
Jemput ditunaikan jalin persahabatan

Kawasan bendang ditumbuhi kangkung
Kangkungnya subur segar kehijauan
Cuti sekolah baliklah kampung
Persahabatan terjalin kukuhkan persaudaraan



• Atas: Tanaman kelapa pandan dan rambutan di kawasan rumah.
• Tengah: Kangkung tumbuh meliar di kawasan kampung di Tunjang.
• Youtube: “ Menghadiri majlis perkahwinan di Hutan Kampung ”.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Isnin, 20 Disember 2010

MENCARI KEDAMAIAN

etang hari pergi ke bendang
Ambil betik tepi perigi

Harta banyak tidak dipandang

Hanya amalan soleh dibawa pergi


Pergi ke sungai untuk mandi
Sambil mandi terus berenang

Hidup di dunia banyak berbudi
Sudah tiada dikenang orang




• Atas: Betih di kawasan bekas bendang di belakang rumah.

• Tengah: Kawasan sungai di Telaga Mas, Pokok Sena.

• Youtube: “Menghadiri kenduri di Hutan Kampung”

• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Ahad, 19 Disember 2010

SEKADAR PERINGATAN

Tunggu Jemaah Haji di LTSAH Alor Setar
Ketibaannya lewat mengambil masa
Jangan takut usahlah gentar
Ditimpa kesusahan sabar sentiasa

LTSAH Alor Setar dibena ditepi sawah
Loksinya mudah untuk dikunjungi
Persekitaran cantik bukanlah bermewah
Sekadar tempat rehat petang dan pagi



• Atas: Balai Ketiban di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim
• Tengah: Kanak-kanak turut mengambil peluang mengambil gambar.
• Youtube: Ketibaan Jemaah Haji di Balai Ketibaan.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Sabtu, 18 Disember 2010

KEHIJAUAN ITU SEJUK DAN INDAH

“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”. (Maksud Quraan surah Al-Room - ayat 41)Berehat di kolam sambil membaca
Majalah dibaca diperolehi percuma
Pokok menghijau menyejukan cuaca
Manafaat yang diterima dinikmati bersama

'Cd player' dipasang memekakkan telinga
Kurang manis disebut ‘tak reti basa’
Persekitaran yang hijau perlu dijaga
Supaya kehidupan ceria dan selesa



• Atas: Kawasan kolam di halaman.
• Tengah: Melihat ke halaman dari kawasan kebun.
• Youtube: “Berehat di kawasan kolam ikan”.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Jumaat, 17 Disember 2010

KEDAMAIAN YANG KIAN TERHAKIS

" Hai anakku; ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, ramai manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan Sampan yang bernama Takwa, Isinya ialah Iman dan Layarnya adalah Tawkkal kepada Allah. ". - Luqman Hakim.Orang kampung suka membela
Sebagai sumber makanan di masa depan

Jika syariat islam tidak terbela

Kedamaiankan hilang musnahnya kehidupan


Petik ulam ambil yang muda
Pergi menjual di pasar Pokok Sena

Jika maksiat dibiarkan tindakan tiada
Musibah datang sumuanya kena




• Atas: Binatang tenakan berkeliaran di tepi halaman.
• Bawah: Jalan utama penduduk ke Pekan Pokok Sena.
• Youtube: “Menikmati suasana pagi di halaman”.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Khamis, 16 Disember 2010

KECUAIAN UNDANG PETAKA

Ke Kubur Panjang lalu di Nawa
Isi minyak di Pokok Sena
Sikap cuai dan sambil lewa
Bahaya datang semuanya kena

Kawasan sawah ada kelapa
Kelapa ditanam di tepi paya
Tindakan terburu bahaya menimpa
Sesal kemudian masyarakat terinaya



• Atas: Jalan Nawa unuk ke Kubur Panjan, Pendang.
• tengah: Padi di kawasan sawah di kg. Bukit Lala.
• Youtube: "Sawah menhijau dan kicauan burung.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Rabu, 15 Disember 2010

TUGAS DAN PENGELAMAN

" Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain.Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu ". - Luqman Hakim.Air minum ambil di perigi
Airnya berseh badan pun segar
Tugas bertambah tidaklah rugi
Pengelaman yang diperolehi tidak tebayar

Naik perahu mudek ke hulu
Perjalanannya jauh sudah biasa
Kesihatan yang baik amat perlu

Tugas disempurna ceria sentisa


Tanam labu dibuat para
Bila berbuah nampak ketara

Perkhidmatan diberi cepat dan mesra

Doa pelangan aman sejahtera




• Atas: Perigi di kawasan kampung di Apil, Jeniang.
• Tengah: Laluan sungai di kawasan Tualang, Pokok Sena.
• Bawah: Kawasan tanaman sayuran di kawasan tanaman semula.

• Youtube: "Tanaman jagung mani di Bukit Lala".

• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Selasa, 14 Disember 2010

ELAKKAN DIRI DIBEBANI HUTANG

" Hai anakku: Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam " - Luqman Hakim. Lalu di titi kayu sebatang
Keadaan begini bukanlah asing
Gaji sedikit memperbanyakan hutang
Hidup menderita fikiran rungsing

Pergi ke sawah di waktu petang
Sawah dipenuhi si burung pipit
Jika hidup dibebani hutang
Dunia luas terasa sempit



• Atas: Titi kayu di kawasan sawah Titi Haji Idris, Langgar.

• Bawah: Pemandangan sawah di waktu petang di kg. Bukit Lala.
• Youtube: “Lawatan ke Restu Ilham Wang Tepus".
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Isnin, 13 Disember 2010

MERENUNG SEJENAK

Berhenti sebentar di perkuburan
Tempatnya sunyi redup kedinginan

Berusaha lebih susah usahlah hairan

Doa berterusan semoga Allah perkenan

Jalan di perkuburan tidaklah lebar
Kawasanya luas dipenuhi tumbuh-tumbuhan
Musibah datang perlulah bersabar
Agar hidup mengikut panduan




• Atas: Kawasan perkuburan di Kampung Kiew, Pokok Sena.

• Tengah: Laluan di kawasan perkuburan Padang Serai.
• Youtube: “Merenung sejenak…”
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Ahad, 12 Disember 2010

KEHIJAUAN DAN KEBERSEHAN

Pergi ke Alor Setar hari selasa
Singgah di Mergong mecari barang

Persekitaran hijau bersih selesa
Mata yang kabur menjadi terang

Pokok buluh dibubuh baja
Baja diisi di dalam timba

Jika sampah dibiarkan saja

Lama kelamaan penyakit pun tiba


Pergi kebun kutip pegaga
Pegaga dijual di pasar Pokok Sena

Jika persekitaran hijau tidak dijaga

Rumah cantik tidak sempurna



• Atas: Jambatan merentengi sungai Kedah di Alor Setar.
• Tengah: Rumah contoh Bandar Sejahtera Pokok Sena.
• Bawah: Taman Sena Impian yang telah siap dibena untuk diduduki.
• Youtube: Ku sangka hujan hingga ke petang ‘Hujan tengah hari’.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Sabtu, 11 Disember 2010

KEBAHAGIAN YANG CARI

Kayuh basikal lalu di titi
Titinya sempit perlu waspada

Duit banyak tidak bererti

Hidup hina marwah tiada

Panas terik tekak dahaga
Ceduk air ambil di telaga

Hidup di dunia sentiasa diduga
Kemewahan hidup jangan dibangga




Lepas subuh kutip peria

Di kebun gelap guna pelita

Hidup aman sentiasa ceria

Doa dan harapan sentiasa dipinta

• Atas: Berbasikal ke sawah pekara biasa di kampung kami.

• Tengah:Memandang keluar ke kebun yang menghijau.
• Bawah: Youtube " Cemburu"
- Dato'. Fadzilah Kamsah.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Jumaat, 10 Disember 2010

PEMIMPIN YANG ADIL

Kerajaan Negeri Kedah dengan kerjasama Pentadbiran Wilayah Satun, Thailand akan menganjurkan ‘Kedah-Satun International Fishing Challenge 2010’ di Taman Tema Tasik Darul Aman, Jitra pada 18 Disember 2010 - Sumber Warta Kedah.Tanan padi belum selesai
Dilanda banjir banyak yang mati

Pemimpin adil nikmatnya dirasai

Hidupkan aman hormat menghormati


Memotong getah di waktu pagi
Cuaca sejuk suasananya nikmat

Pemimpin adil rakyat sayangi

Dunia selamat akhirat pun selamat




• Atas: Sawah padi di Jabi, Pokok Sena.
• Tengah: Kebun getah menghijau di Kg. Bukit Lala, Pokok Sena.
• Bawah: Youtube " Khtubah Jumaat - Pemimpin Adil".
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Khamis, 9 Disember 2010

KUASA MEMBELI SEMAKIN KURANG

Angkut benih pisang berangan
Benih diangkut pakai selipar

Bila pendapatan sering berkurangan

Kerja berat janganlah berlapar

Pergi ke kebun membawa parang
Parang diguna memotong dahan

Gaji sedikit pembelian kurang

Peluang ada buatlah perubahan

Baling burung dikejar kerbau
Kayu dibaling tersangkut di dahan
Bila barang mahal melampau
Rintihan rakyat tidak diheran

• Atas: Kebun pisan di Bukit Lala, Pokok Sena.
• Tengah:Jalan kebun di kg. Kejai, Kuala Nerang.

• Bawah: Ternakan kerbau di kg. Yoi, Poko Sena.

• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.