HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Isnin, 12 Mei 2008

ESOK BELUM PASTI ADA

Hari ini cuaca agak mendung, cuma tidak hujan. sudah seminggu lamanya penduduk di sini tidak pergi menoreh sebab hujan. Sekarang harga barangan di pasaran naik melambung, bila agaknya harganya akan setabil?. Tunggu lima tahun lagi ke agaknya?.

Saya teringat nak telepon Dr. Sahrom yang pernah berkerja setempat dengan saya di LGM. Dia berkawan dengan sahabat saya yang tinggal di Kedah. Mereka ni sekarang aktif dalam penulisan, Dr. Sahrom dalam blogger nya: http://budakkampung.blogspot.com dan kawan saya : http://www.esasterawan.net/esasterawan/1.asp?uid=89 dia seorang wartawan.

Seronok juga bila dapat membaca blogger kawan-kawan untuk mendapatkan berita dan bertukar maklumat. Ada yang kata" esok masih ada" tapi kenapa yang ada dah tiada?, fikir-fikirlah anda. Buatlah apa yang anda suka tapi ingat, kita akan di kembalikan jua akhirnya.

Perjalanan kita masih jauh, bekalan masih belum mencukupi. Sekira ingin mencukupi perbanyakan amal soleh (buat yang baik tinggalkan yang mungkar). Semasa kita menanam pokok, baja kita buboh pastikan rumput-rumput yang tidak perlu kita buang, tanah kita gembur, air kita siram agar pokok dapat hidup subor. Jumpa lagi sekiranya esok masih ada.

5 Pekara yang boleh menghilangkan sifat Takbur. Sifat Takbut boleh merosakkan akidah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan