HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Isnin, 12 Mei 2008

PERGI TAK KEMBALI LAGI

Pagi tadi baru saja saya menulis dalam blogger tentang "Esok belum pasti ada" Jiran kampung saya di kampung Keda telah pergi buat selama-selamanya. Jenazahnya telah selamat disembahayangkan pada jam 9.30 malam selepas solat Isyak di Masjid Sungai Durian Pokok Sena.

Allayahram menghembuskan nafasnya pada petang 12 Mei 2008. Ramai sahabat handai telah menghadiri dan mengucapkan takziah kepada keluarganya. Tiada yang kekal melainkan Allah. Keluarganya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada mereka yang datang membantu menguruskan hingga selesainya pengkebumian jenazah Allayarham.

Semogga apa yang kita lihat dan alami dapat mengikis sifat-sifat tercela yang ada pada diri kita. Perbanyakkanlah doa, agar hidup kita terselamat di Dunia dan Akhirat. Yang pergi takkan kembali lagi, yang hidup akan turut jua. Alfatihah.

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum. Teringat akan sabda Rasulullah saw bahawa umur ummatnya sekitar 60'an. Jadi bagi kita yg telah menghampiri dan juga yang telah melebihi 60'an, ingatlah bahwa kita akan/telah berada di dalam kumpulan yang dimaksudkan. Oleh itu bersihkanlah kekotoran dalam diri dan warnakan dengan amalan2 yang disyariatkan oleh Allah swt.

    BalasPadam