Selasa, 13 Mei 2008
UK 11 TAHUN BERLALU
Sue Stepen apa khabar anda sekarang?, kami sekeluarga mengharapan anda dan suami sentiasa ceria dan tabah menghadapi kehidupan di dunia ini. Sedar atau tidak, hari ini sudah genap 11 tahun saya berada di negara anda di mana banyak memberi pengelaman dan menefaat dalam kehidupan saya. Banyak yang saya lihat, banyak yang saya pelajari.
Sue, sengaja saya menulis warkah ini dalam Bahasa Malaysia, supaya cerita ini dapat di kongsi bersama oleh rakyat Malaysia yang belum ke negara anda. Sesungguhnya Tuhan jadikan manusia ini berbangsa-bangsa dan pelbagai bahasa agar kamu kenal antara satu sama lain. Saya sangat terhutang budi di atas layanan anda dan warga UK terhadap saya semasa saya di sini. Tuhan saja dapat membalasnya. Sekiranya anda bertemu dengan Mr Barry tolong sampaikan yang saya sudah melepaskan jawatan di MRB dan sekarang saya tinggal di Bukit Lala Pokok Sena, Kedah Malaysia.
Sue, tidak kira sama ada kita orang Eropah, Asia, Arab atau orang yang tinggal di hutan belantara, kita semuanya dari keturunan Adam dan Hawa. Kita adalah bersaudara.Saya berterima kasih di atas kunjungan anda semasa saya di Hulu Langat, Selangor dulu. Semogga persahabatan kita berkekalan. Salam saya sekeluarga untuk Sue sekeluarga.
Pelan ke TIBLA
Cuti-cuti Malaysia (Kedah)
Catatan Seorang pelajar UK
Melawat UK
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan