HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Rabu, 14 Mei 2008

LGM DALAM KENANGAN

Hari ini cuaca agak mendung, tidak tahu bila hujan akan tiba. Sudah seminggu kami tidak pergi menoreh bukan kerana malas tetapi hujan turun dengan lebatnya. Pokok getah adalah hasil mata pencarian kami di sini. Dengan harga barangan yang naik sejak kebelakangan ini, sukar untuk meramalkan bilakah harga barangan akan turun semula seperti air hujan yang turun akan berhenti jua akhirnya. Hal ini akan membantutkan urusan perbelanjaan kami sekeluarga. Anda bagimana?

Kami masih bersyukur kerana tanah kebun masih boleh di kerjakan apabila hujan sudah reda. Tidak seperti jiran negara kita yang dilanda taufan Nargis yang mengorbankan nyawa dan harta benda. Manusia hanya mampu berusaha namun ketentuannya pasti Allah jua. Kita bersyukur kerana kita masih bernafas di bumi tercinta. Apabila masih hidup di dunia ikutlah panduan yang telah digariskan oleh Allah sebagai jalan untuk bahagia di dunia dan Akhirat.

Lakukanlah setiap tugasan dan amanah anda dengan penuh rasa tanggunjawap. Kita tidak mahu datang berkerja hanya mengambil gaji dan menunggu pencen tanpa rajin membuat kerja . Bertaubatlah sebelum ajal tiba. Kita sering alpa, janganlah bertangguh untuk berbuat amal dikhuatiri kita akan pergi buat selama-lamanya. Kita tak sehebat mana. Kejayaan bagi sesebuah organisasi atau sebuah jabatan semua pihak ada sumbangannya. Walau sekecil mana taraf kemampuan mereka, sumbangan mereka tetap ada. Sesebuah jambatan atau bangunan bermungkinan boleh runtuh tanpa "pelapik getah" ( Rubber Bearing) jika kita lupa memasangnya. Ingatlah manusia sering lupa.

Kita masih belum terlambat kerana pintu taubat masih terbuka. Walaubagaimanapun janganlah kita melengah-lengahkannya. Salam sejahtera nikmat untuk semua, walaupun warga LGM jalan ceitanya. Akhir sekali, maafkan saya jika ada tersilap bicara mahupun terkasar bahasa. Semoga kita bertemu lagi di lain hari sekiranya umur masih ada.

Hanya untuk renungan...

Taufan Nargis
Dunia dan Akhirat
Nur Hidayah
Sahabat kita Dr. Sahrom

Tiada ulasan:

Catat Ulasan