HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Jumaat, 16 Mei 2008

POKOK KADOK

Pokok kadok banyak tumbuh meliar di kawasan kampung kami. Pokok ini sangat subur.Pokok ini mudah hidup sama ada ditanam atau terbiar ditepi-tepi longkang, jalan kampung atau di belakang rumah. Pokok-pokok ini menjadi hiasan di halaman atau dalam rumah kita, sememangnya ia mempunyai khasiat pada sudut perubatan herba yang mungkin selama ini tidak kita ketahui.

Mungkin sesetangah daripada kita mengetahui hakikat tersebut atau kelebihannya. Sebab itulah pokok tersebut ditanan kerana mudah apabila hendak digunakan dan kita tidak perlu meredah hutan atau kampung untuk mendapatkannya.

Segelintir saja dikalangan kita menanam pokok kadok hanya untuk hiasan halaman rumah sahaja. Nama saintifik bagi pokok Kadok ialah Piper sarmentosum. Daunnya seperti daun sirih tetapi lebih lembut. Kehijauannya agak lebih tua dan rasanya sedikit pedar dan pedas.

Pucuk pokok kadok turut digunakan sebagai ulam. Daunnya pula digunakan sebagai bahan penyedap dalam masakan lemak. Di antara khasiat yang agak popular adalah untuk merawat penyakit sembelit, sakit gigi, malaria, cacing, lemah dan skit dalam tulang, batuk dan panau.

Tambahanya lagi, kebayakan cara rawatan penyakit tersebut kecuali cacing, panau dan batuk, adalah dengan merebus seluruh pokok kaduk tersebut, bersama akarnya sekali dan rebus sehingga mendidih,bila sudah mendidih sejukkan sekejap hingga ia sudah menjadi agak suam sedikit, ambil air rebusan tersebut minulah perlahan-lahan. Bagi merawat cacing dalam perut adalah dengan mengambil beberapa helai daun kaduk yang segar, daun-daun tersebut diramas-ramas dan dicampurkan dengan air kemudian siramkan air itu keseluruh badan.

Bagi batuk pula, caranya ialah ambil beberapa helai daun kaduk, kisarkannya dengan sedikit air sehingga agak lumat dan setelah itu, ambil daun yang telah dikisarkan kemudian sapukan pada leher. Untuk merawat penyakit panau, ambil beberapa helai daunnya ditumbuk sehingga lumat, kemudian tampalkan pada bahagian yang dijangkiti panau tersebut, cuba lah.

Sekiranya anda datang ke rumah kami sudilah menjamah ulam kadok ini bersama gulai ayam kampung campur pisang. Sambil anda makan bolehlah menikmati keindahan sawah padi, pokok getah dan pokok Palas yang hidup meliar di kawasan kebun getah. "Cuti sekolah ni pakat maila no" orang sini kata.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan