Jumaat, 23 Mei 2008
PASAL DURI
Duri I - Bahagian yang tajam terdapat pada tumbuh-tumbuhan atau binatang.
Onak dan duri - Kesusahan atau kesukaran yang dihadapi.
Duri di hutan siapa pertajam - Kekuasaan Tuhan itu tidak ada batasnya.
Bagai duri dalam daging - Hal yang menyusahkan orang lain.
Air diminum rasa duri, nasi dimakan rasa serkam - terlalu bersedih hati.
Apa kata Tok Guru?
Khamis, 22 Mei 2008
HATI-HATI DI JALAN RAYA
Beberapa panduan di jalan raya:
Pastikan kereta anda dalam keadaan baik.
Baca doa naik kenderaan.
SUBHAANAL LADZII SAKHKHORO LANAA HAADZAA WAMAA KUNNAA LAHU MUQRINIINA WA INNAA ILAA RABBINAA LAMUN' QOLIBUUN
Artinya :
“ Maha suci Allah yang telah memudahkan kendaraan bagi kami, sedangkan kami tidak bisa memudahkan kepadaNya, dan kepada Allah kami kembali ”
Elakan memandu telalu laju
Rehat bila letih (solat sunat, lihat pokok-pokok yang menghijau di persekitarn)
Bila hujan pasang lampu dan elahkan berhenti di tepi jalan
Pasang radio ikim, keset ceramah atau nasyid
Elakan mengunakan handphone
Bila memotong kenderaan, pastikan laluan hadapan selamat
Bila sampai ke distinasi jangan lupa sebut Alhamdulillah.
Cuti-cuti Malaysia (Kedah) . Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua
Jarah perjalanan di negeri Kedah
Pelan jalan ke TIBLA
Isnin, 19 Mei 2008
Jumaat, 16 Mei 2008
POKOK KADOK
Mungkin sesetangah daripada kita mengetahui hakikat tersebut atau kelebihannya. Sebab itulah pokok tersebut ditanan kerana mudah apabila hendak digunakan dan kita tidak perlu meredah hutan atau kampung untuk mendapatkannya.
Segelintir saja dikalangan kita menanam pokok kadok hanya untuk hiasan halaman rumah sahaja. Nama saintifik bagi pokok Kadok ialah Piper sarmentosum. Daunnya seperti daun sirih tetapi lebih lembut. Kehijauannya agak lebih tua dan rasanya sedikit pedar dan pedas.
Pucuk pokok kadok turut digunakan sebagai ulam. Daunnya pula digunakan sebagai bahan penyedap dalam masakan lemak. Di antara khasiat yang agak popular adalah untuk merawat penyakit sembelit, sakit gigi, malaria, cacing, lemah dan skit dalam tulang, batuk dan panau.
Tambahanya lagi, kebayakan cara rawatan penyakit tersebut kecuali cacing, panau dan batuk, adalah dengan merebus seluruh pokok kaduk tersebut, bersama akarnya sekali dan rebus sehingga mendidih,bila sudah mendidih sejukkan sekejap hingga ia sudah menjadi agak suam sedikit, ambil air rebusan tersebut minulah perlahan-lahan. Bagi merawat cacing dalam perut adalah dengan mengambil beberapa helai daun kaduk yang segar, daun-daun tersebut diramas-ramas dan dicampurkan dengan air kemudian siramkan air itu keseluruh badan.
Bagi batuk pula, caranya ialah ambil beberapa helai daun kaduk, kisarkannya dengan sedikit air sehingga agak lumat dan setelah itu, ambil daun yang telah dikisarkan kemudian sapukan pada leher. Untuk merawat penyakit panau, ambil beberapa helai daunnya ditumbuk sehingga lumat, kemudian tampalkan pada bahagian yang dijangkiti panau tersebut, cuba lah.
Sekiranya anda datang ke rumah kami sudilah menjamah ulam kadok ini bersama gulai ayam kampung campur pisang. Sambil anda makan bolehlah menikmati keindahan sawah padi, pokok getah dan pokok Palas yang hidup meliar di kawasan kebun getah. "Cuti sekolah ni pakat maila no" orang sini kata.
BUAT GURU
Teruskan usaha mulia mendidik anak bangsa.
Cikgu Ayop Tanjung Kepah di mana?"
"Saya nak awak dapat markah lebih daripada 100 %" ,kata-kata cikgu Tajuddin yang mengajar Tawarikh.
Cikgu Nawawi Bota lama dah tak jumpa. Masih kenea saya ke?
Cikgu Salmah ajo Ilmu Alam Iskandar Shah tinggal dimana?
"Awak ni pagi tidur, tengah hari tidur, malam tidur, sejuk tidur, panas tidur", kata-kata beliau masih segar dalam ingatan. Cikgu Mat, guru Add. Math. yang tampak hensem orangnya.
"Awak ni entah le" kata-kata cikgu Mat Kuala tegas orangnya .
"10 talak 2" (10 tolak 2 (-) cikgu ? dah lupa namanya.
Tidak lupa semua cikgu, terutamanya di Lekio.
Terima kasih untuk semua guru yang pernah mengajar saya.
Rabu, 14 Mei 2008
LGM DALAM KENANGAN
Kami masih bersyukur kerana tanah kebun masih boleh di kerjakan apabila hujan sudah reda. Tidak seperti jiran negara kita yang dilanda taufan Nargis yang mengorbankan nyawa dan harta benda. Manusia hanya mampu berusaha namun ketentuannya pasti Allah jua. Kita bersyukur kerana kita masih bernafas di bumi tercinta. Apabila masih hidup di dunia ikutlah panduan yang telah digariskan oleh Allah sebagai jalan untuk bahagia di dunia dan Akhirat.
Lakukanlah setiap tugasan dan amanah anda dengan penuh rasa tanggunjawap. Kita tidak mahu datang berkerja hanya mengambil gaji dan menunggu pencen tanpa rajin membuat kerja . Bertaubatlah sebelum ajal tiba. Kita sering alpa, janganlah bertangguh untuk berbuat amal dikhuatiri kita akan pergi buat selama-lamanya. Kita tak sehebat mana. Kejayaan bagi sesebuah organisasi atau sebuah jabatan semua pihak ada sumbangannya. Walau sekecil mana taraf kemampuan mereka, sumbangan mereka tetap ada. Sesebuah jambatan atau bangunan bermungkinan boleh runtuh tanpa "pelapik getah" ( Rubber Bearing) jika kita lupa memasangnya. Ingatlah manusia sering lupa.
Kita masih belum terlambat kerana pintu taubat masih terbuka. Walaubagaimanapun janganlah kita melengah-lengahkannya. Salam sejahtera nikmat untuk semua, walaupun warga LGM jalan ceitanya. Akhir sekali, maafkan saya jika ada tersilap bicara mahupun terkasar bahasa. Semoga kita bertemu lagi di lain hari sekiranya umur masih ada.
Hanya untuk renungan...
Taufan Nargis
Dunia dan Akhirat
Nur Hidayah
Sahabat kita Dr. Sahrom
Selasa, 13 Mei 2008
UK 11 TAHUN BERLALU
Sue Stepen apa khabar anda sekarang?, kami sekeluarga mengharapan anda dan suami sentiasa ceria dan tabah menghadapi kehidupan di dunia ini. Sedar atau tidak, hari ini sudah genap 11 tahun saya berada di negara anda di mana banyak memberi pengelaman dan menefaat dalam kehidupan saya. Banyak yang saya lihat, banyak yang saya pelajari.
Sue, sengaja saya menulis warkah ini dalam Bahasa Malaysia, supaya cerita ini dapat di kongsi bersama oleh rakyat Malaysia yang belum ke negara anda. Sesungguhnya Tuhan jadikan manusia ini berbangsa-bangsa dan pelbagai bahasa agar kamu kenal antara satu sama lain. Saya sangat terhutang budi di atas layanan anda dan warga UK terhadap saya semasa saya di sini. Tuhan saja dapat membalasnya. Sekiranya anda bertemu dengan Mr Barry tolong sampaikan yang saya sudah melepaskan jawatan di MRB dan sekarang saya tinggal di Bukit Lala Pokok Sena, Kedah Malaysia.
Sue, tidak kira sama ada kita orang Eropah, Asia, Arab atau orang yang tinggal di hutan belantara, kita semuanya dari keturunan Adam dan Hawa. Kita adalah bersaudara.Saya berterima kasih di atas kunjungan anda semasa saya di Hulu Langat, Selangor dulu. Semogga persahabatan kita berkekalan. Salam saya sekeluarga untuk Sue sekeluarga.
Pelan ke TIBLA
Cuti-cuti Malaysia (Kedah)
Catatan Seorang pelajar UK
Melawat UK
Isnin, 12 Mei 2008
PERGI TAK KEMBALI LAGI
Pagi tadi baru saja saya menulis dalam blogger tentang "Esok belum pasti ada" Jiran kampung saya di kampung Keda telah pergi buat selama-selamanya. Jenazahnya telah selamat disembahayangkan pada jam 9.30 malam selepas solat Isyak di Masjid Sungai Durian Pokok Sena.
Allayahram menghembuskan nafasnya pada petang 12 Mei 2008. Ramai sahabat handai telah menghadiri dan mengucapkan takziah kepada keluarganya. Tiada yang kekal melainkan Allah. Keluarganya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada mereka yang datang membantu menguruskan hingga selesainya pengkebumian jenazah Allayarham.
Semogga apa yang kita lihat dan alami dapat mengikis sifat-sifat tercela yang ada pada diri kita. Perbanyakkanlah doa, agar hidup kita terselamat di Dunia dan Akhirat. Yang pergi takkan kembali lagi, yang hidup akan turut jua. Alfatihah.
ESOK BELUM PASTI ADA
Saya teringat nak telepon Dr. Sahrom yang pernah berkerja setempat dengan saya di LGM. Dia berkawan dengan sahabat saya yang tinggal di Kedah. Mereka ni sekarang aktif dalam penulisan, Dr. Sahrom dalam blogger nya: http://budakkampung.blogspot.com dan kawan saya : http://www.esasterawan.net/esasterawan/1.asp?uid=89 dia seorang wartawan.
Seronok juga bila dapat membaca blogger kawan-kawan untuk mendapatkan berita dan bertukar maklumat. Ada yang kata" esok masih ada" tapi kenapa yang ada dah tiada?, fikir-fikirlah anda. Buatlah apa yang anda suka tapi ingat, kita akan di kembalikan jua akhirnya.
Perjalanan kita masih jauh, bekalan masih belum mencukupi. Sekira ingin mencukupi perbanyakan amal soleh (buat yang baik tinggalkan yang mungkar). Semasa kita menanam pokok, baja kita buboh pastikan rumput-rumput yang tidak perlu kita buang, tanah kita gembur, air kita siram agar pokok dapat hidup subor. Jumpa lagi sekiranya esok masih ada.
5 Pekara yang boleh menghilangkan sifat Takbur. Sifat Takbut boleh merosakkan akidah.
Jumaat, 9 Mei 2008
TANGKAP LINTAH
Di kawasan persekitaran sawah tebiar dan paya di kawasan Bukit Lala banyak Lintah yang boleh diperolehi, yang besaiz besar untuk tujuan perubatan. Lintah digunakan untuk menghisap darah. Jika anda ke sini kalau berani bolehlah tangkap seberapa banyak yang anda mahu. Jangan anda pengsan sebelum saya datang.
Harga jualan kepada pemborong di antara 50 sen - RM 1.00 mengikut saiz. Pada masa ini hujan boleh dikatakan hari-hari turun, jadi yang tidak pergi menoreh tu bolehlah mengalih pencarian dengan menangkap Lintah, Cubalah, cuma jangan jadi Lintah darat sudahlah. Jumpa lagi Wassalam.
Sila lihat TIBLA Koleksi Video.
Isnin, 5 Mei 2008
SALAM HORMAT DARI SAYA
kami mengharapkan anda menukar dari : http://smadiu.blogspot.com/ ke http://tiblakedah.blogspot.com/ ini bersesuaian dengan apa yang kami mahu perkenalkan, Teratak Impian Bukit Lala. Di bawah ini empat blog kami sediakan mengikut kesesuaian tajuk.
1. Teratak Impian Bukit Lala Pokok Sena - Umum
2. TIBLA Video Pilihan - keluarga serta umum
3. Ceramah & Tazkirah - di sekitar Parlimen Pokok Sena
4. smadiu - cerita yang bersifat kekeluargaan.
Buat masa ini masih dalam pengubahsuaian, kami harap anda memberi teguran dan pandangan untuk dikongsi bersama. Kalau tidak mahu mencuba kita tidak tahu silapnya. Tiap-tiap kesilapan lakukan banyak yang kita boleh pelajari.
Terima kasih dan salam hormat dan jumpa lagi. Tanpa anda siapalah kami.
Akan datang: Tangkap lintah "kampung boy" di kawasan paya di Bukit Lala.