HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Sabtu, 26 Mac 2011

KEBENARAN PASTI BERJAYA JUA AKHIRNYA



Ramai orang menyangka dengan hartanya banyak

Ia boleh mebahagiakan dirinya dan orang lain
Bertapa banyak juga yang kecewa kerannya.
Kerana kekayaan yang ada telah disalahguna.
Sehingga ia terlena dibuai mimpi yang indah belaka
Hingga kematian datang menjemputnya.
Sudah terlambat kerana
Penyesalan dan taubat sudah luput waktunya.

Ada pemimpin sering menjanjikan nikmat kemajuan
Sedangkan kemajuan hanya datang
Bila ada kematian atau pilihanraya
Jerat dipasang untuk mencari mangsa
Yang kena hanya yang lalai dan leka
Atau yang ada kepentingan
Dan sekadar ingingkan habuan yang sementara
Maruah tergadai masa depan gelap gulita
Rasuah dan fithah akan mermarahajalela
Negara binasa dan purak puranda

Sedarkanlah kita semua
Bersatulah dengan tekat dan satu cita-cita
Ubahlah sekarang, jangan tunggu lama
Kita jangan mudah lupa
Wang sogokkan yang tidak seberapa
Tujuan mengelapkan fikiran kita
Jika tidak diambil pun tidak boleh papa kedana
Sedangkan kita boleh berusaha
Sekarang kita jangan lupa
Undi adalah hak milik kita
kebenaran dan keiklasan
Pasti berjaya jua akhirnya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan