HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Ahad, 27 Mac 2011

PERUNTUKAN 13 JUTA UNTUK PERTANIAN

Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak menyeru rakyat Kedah datang ke Jabatan Pertanian bagi mendapat khidmat nasihat dan bimbingan dalam membangunkan sektor pertanian. Ini kerana, bagi tahun 2011 kerajaan negeri memperuntukkan RM13 juta untuk sektor pertanian.

Namun, apa yang beliau kesalkan amat sedikit rakyat yang datang ke Pejabat Pertanian untuk mendapat khidmat nasihat bagi membangunkan sektor pertanian, dan lebih utama menjana pendapatan.

“Adalah menjadi agenda utama kerajaan negeri untuk menjadikan Kedah sebagai pengeluar makanan utama dunia atau sekurang-kurangnya kepada rakyat. “Kita (kerajaan) peruntukkan RM13 juta untuk pertanian, tapi malang amat sedikit datang ke Jabatan Pertanian untuk dapat khidmat nasihat mengenai pertanian. Saya sarankan kepada rakyat untuk datang ke Pejabat Pertanian untuk tujuan itu.

“Kita ada dua matlamat dalam pertanian, pertama sekali kita menolong memberi satu usaha fardu kifayah kepada rakyat, jangan fikir ia sebagai satu perniagaan biasa untuk hasil, seperti di Libya, kaya dengan minyak, tapi hadapi krisis makanan juga, ke mana saja kita pergi bila lapar mesti nak makan.

“Yang keduanya kita bukan sahaja beri jaminan food security, tapi beri pendapatan tambahan kepada rakyat,” jelas beliau pada Majlis Perasmian Karnival Kedah Sejahtera Peringkat Daerah Yan Tahun 2011 yang diadakan di Kompleks Dewan Serbaguna Pekan Guar Chempedak.

Beliau turut menyampaikan bantuan kebajikan masyarakat dan Kafalah kepada penduduk di sekitar Daerah Yan.
(Sumber: Warta Kedah)
Catatan: Gua Chempedak, terletak di kawasan parlimen Jerai,wakil dewan negerinya adalah matan pegawal LGM.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan