HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Khamis, 10 Mac 2011

PERASMIAN KARNIVAL KEDAH SEJAHTERA

Saya tiba di tapak perasmian Karnival Kedah Sejahtera pada pukul 9.00 malam di Stadium Darul Aman. Semasa saya tiba tempat-tempat duduk sudah dipenuhi oleh orang ramai yang terdiri daripada pelbagai kaum yang hadir menyaksikannya.

Majlis di dahulukan oleh ucapan aluan oleh
YB Ustaz Abd Ghani Ahmad. Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan 3 Tahun Kedah Sejahtera.

Dalam ucapan beliau menerangkan tujuan program ini diadakan adalah untuk menyampaikan mesej kepada rakyat tentang pembaharuan dan perubahan yang dibuat oleh kerajaan negeri sepanjang tiga tahun memerintah negeri Kedah.

Seterusnya ucapan serta perasmian oleh Dato' Ustaz Azizan Abdul Razak. Sebelum berakhir satu tayangan video Kedah Sejahtera mengenai kejayaan dan kemajuan yang telah dicapai sepanjang 3 tahun menerajui negeri Kedah dan penyampaian cenderahati kepada pasukan sukarela serta pertubuhan yang cemerlan yang telah memberi sumbangan bakti kepada kerajaan negeri.

Majlis berakhir pada jam 11.00 malam dengan pemberian cenderhati daripada wakil kaum kepada YAB Dato' Menteri Besar di dahulukan oleh wakil masyarakat Melayu, Cina , India dan wakil Masyarakat Siam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan